cabaran seo lelaki kacak

Kelebihan Menyertai Kontes SEO

In SEO by neu23 Comments

Kelebihan Menyertai Kontes SEO

Apa pun pandangan peribadi anda, setiap cabaran SEO mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri, di bawah jawapan mudah tentang kelebihan cabaran SEO yang sering kali diadakan.

Apa itu SEO sebenarnya.

Dengan menyertai kontes, ramai akan lebih alert mengenai apa itu SEO. Setiap peserta akan cuba menghasilkan yang terbaik untuk mereka mendapatkan kedudukan serta ranking yang baik dalam cabaran ini.

Malahan ini merupakan masa yang terbaik untuk anda mencuba pelbagai teknik dan tips SEO yang diketahui. Cabaran SEO juga merupakan platform yang paling sesuai untuk mencuba skill SEO anda secara tidak langsung. Setiap peserta akan cuba menghasilkan yang terbaik dalam penulisan entri SEO tersebut, sudah tentu anda juga perlu memberi yang terbaik bukan.

Ramai menulis untuk kepentingan SEO blog di luar sana, tidak terkecuali anda – mungkin anda berjaya mendapat ranking yang di ingini sebelum ini, namun dalam contest sebegini setiap peserta akan menghasilkan yang terbaik dalam penulisan mereka. Sudah semestinya persaingan yang wujud akan membuatkan sedikit sukar untuk anda mendapatkan ranking yang baik.

Jadi pastikan dimana kedudukan entri anda dalam apa jua kontest SEO yang anda sertai.

Belajar dari Kesilapan (Trial & Error)

Anda boleh gunakan cabaran SEO sebegini sebagai platform untuk anda belajar sesuatu yang baru dan praktikan apa yang anda ketahui. Jangan hanya pandai memberi teori dan membuat andaian tetapi gunakan kemahiran di dada untuk sesama bersaing secara sihat. Jika apa yang anda lakukan berjaya meletakkan entri anda di hadapan, maka secara tidak langsung membawa maksud teknik serta skill SEO yang anda gunakan menjadi.

Sepanjang belangsungnya cabaran anda boleh mengkaji apa yang dilakukan oleh pesaing anda untuk meletakan entri mereka di muka pertama. Entri mereka bagaimana, penceritaan mereka bagaimana dan bagaimana mereka bermain dengan keywords tersebut.

Ketahui Kepentingan Backlinks

Untuk rank sesuatu keywords, umum mengetahui backlinks merupakan sesuatu yang perlu – tidak kira anda cuba rank sesuatu keywords ke homepage atau post anda, backlinks sesuatu yang perlu.

Mungkin tanpa backlinks anda boleh mendominasi keywords yang tidak popular dan tidak mempunyai persaingan. 6 bulan dahulu mungkin keywords ini tidak popular dan dengan menghasilkan entri yang mempunyai keywords lelaki kacak sudah mencukupi untuk anda berada di muka pertama Google.

Apabila contest ini berlangsung, adakah dengan menghasilkan entri berkaitan lelaki kacak sudah mencukupi untuk entri anda berada di muka pertama. Mungkin boleh jika laman web anda mempunyai autoriti, Page Rank yang tinggi, usia domain anda dan pelbagai lagi faktor perlu di ambil kira. Tetapi agak sukar untuk laman blog yang dihasilkan sebulan yang lalu hanya untuk menyertai contest ini mendapat tempat yang baik tanpa backlinks yang secukupnya.

Kelebihan Menyertai Cabaran SEO – Kata Aku

Sebenarnya pelbagai kelebihan serta kebaikan menyertai cabaran SEO sebegini boleh diberikan begantung kepada penilaian dan bagaimana anda menilai cabaran SEO sebegini.

Jika anda seorang yang sukakan cabaran, ingin mempelajari sesuatu atau motivasi anda lebih kepada hadiah yang ditawarkan maka cabaran SEO sebegini sesuai untuk anda. Kongsi pendapat anda mengenai di ruangan komen di bawah.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Bila bermain dengan seo, bounce rate juga memainkan perasan. Sekiranya blog kita dapat tempat pertama untuk sesuatu keyword tetapi bounce ratenya tinggi. Blog kita tak akan bertahan lama di tempat pertama.

    Itu antara cabaran apabila cuba bermain dengan keyword-keyword panas. πŸ™‚

    Betul atau tidak ya apa yang saya cakap pasal bounce rate tu?

    1. Author

      ada kebenaran jg bro pasal bounce rate tu tp taknak komen sbb xda bukti yg tepat pasal topik tu πŸ™‚

  2. Yeahhh.. entri ni nak lebih kurang sama dengan entri terbaru kat blog aku ni.. πŸ™‚

    Betul tu bro.. byk kelebihan menyertai contest seo ni.. paling best bila dpt tengok aksi potong memotong..

  3. hoho..secara jujurnya, memang aku tak terfikir pun keyword lelaki kacak ni banyak menjurus kepada gay. Bila korang tulis..barulah aku perasan. haha..

  4. terima kasih info ni, ilmu baru ni…tang backlink tu tak brp nak gaham lg. tapi bleh belajar skit2 dr artikel yg ada dlm ni…ada yg dah baca tp lum khatam lg…hehe

  5. hahaha..saya baru sedar keyword lelaki kacak ni lebih kepada gay. apa boleh buat. memang banyak kebaikan kita ikut cabaran seo ni. kalau nak terangkan satu-satu, tak cukup satu post. haha

  6. putera join contest lelaki kacak ini untuk mencari pengalaman tentang SEO,,,tidak mengharapkan 1st page,,sebab memang tak dapat…tetapi akan terus mencuba untuk menyelitkan diri ,,,,

  7. memang ada perasan.. pasal keyword lelaki berunsurkan 18sx.. siot jer.. rasanya memang sebelum nih memang selalu lah kot…

  8. Pingback: Kecantikan Dalaman Lelaki Kacak

Leave a Comment

CommentLuv badge