Berapa banyak kategori yang anda perlukan untuk blog anda? Jenis kategori? dan, Apa yang perlu anda tempatkan dalam Kategori tersebut? Artikel atau entri bagaimana yang sesuai? Mungkin anda merasakan Kategori blog merupakan satu aspek yang kecil, anda boleh menggunakan pelbagai kategori dan sebagainya. Mungkin juga anda boleh mengatakan bahawa tulis dahulu, Kategori kemudian.
Artikel ini sebahagian dari siri artikel tips penulisan blog yang akan menyentuh tentang kepentingan kategori blog dan mengapa anda perlu bermula dengan kategori blog yang kecil untuk pembinaan blog anda.
Mari cipta satu situasi:
Pernah atau tidak anda terfikir mengapa mana-mana Boy Band seperti Maroon 5 atau Girl Band seperti Spice Girls hanya di anggotai oleh 5 orang. Selalunya angka 5 menjadi pilihan, ada sebab disebalik pemilihan 5? kebetulan? atau 5 merupakan nombor ajaib.

Maroon 5 - Moves Like Jagger
Jawapan terbaik yang boleh di beri berkemungkinan berkaitan dengan marketability, keuntungan dan mungkin berkaitan dengan fokus. Kebanyakan kumpulan nyanyian hanya dianggotai oleh jumlah ahli kumpulan yang kecil, itu realiti. Namun situasi tersebut boleh dikaitkan dengan blog. Bagaimana?
Kepentingan Kategori Blog – Anda Yang Tentukan
Kategori blog diwujudkan atas pelbagai sebab dan alasan. Yang paling utama ialah, anda perlu mempunyai Kategori yang tersusun, kategori tersebut memudahkan navigasi pembaca, dapat menyampaikan idea secara kasar dan Kategori juga mempunyai kepentingan SEO yang tertentu. Ini antara sebab utama anda mewujudkan sesuatu kategori.
Selain itu terdapat beberapa sebab lain yang perlu difikirkan oleh blogger yang baru, terutamanya yang masih lagi mencari rentak dan fokus penulisan. Di bawah antara beberapa alasan mengapa anda perlu bermula dengan kategori blog yang kecil. Mulakan dengan 5 – 8 sebelum anda mula kembangkan kategori blog anda secara perlahan-lahan.
Momentum
Anda masih baru dalam penulisan blog, terbaik anda bermula dengan kategori yang kecil supaya anda dapat mencari fokus penulisan anda. Seterusnya anda akan dapat mengekalkan momentum penulisan anda untuk membina blog anda dengan baik.
Anda perlu ingat bahawa Senang Saja Menghasilkan Blog…Untuk Berjaya Dengan Blog Itu Susah…
Pengurusan kandungan
Kepelbagaian kategori yang tidak terurus serta tersusun adalah satu kesilapan dalam penulisan blog anda di mana sampai satu masa anda akan merasakan sukar untuk menghasilkan penulisan yang baik. Kepelbagaian tersebut akan menghalang anda untuk memberi yang baik dalam tiap penghasilan artikel anda. Fokus anda sudah pelbagai di sini.
Anda boleh mengatakan yang kategori blog yang pelbagai boleh membantu anda dalam penghasilan pelbagai entri. Mudah untuk menceritakan pelbagai perkara dalam satu blog dan anda secara fleksibel boleh menceritakan pelbagai perkara. Itu jawapan anda. Pernah anda fikirkan mengapa anda perlu menulis untuk pembaca? Apa yang menarik minat pelawat ke blog anda? dan sebagainya. Semua itu berkaitan dengan kandungan….
Pernah anda fikirkan bagaimana pula jika anda ingin serius dalam penulisan blog dan seterusnya menjana pendapatan dari blog anda. Anda perlu mempunyai penulisan yang fokus dimulakan dengan kategori blog anda. Jika anda berkira-kira ingin menjana pendapatan dari blog anda.
Ini kerana ada advertisers yang melihat kepada elemen pengurusan kandungan sebelum membuat keputusan “membeli sesuatu” dari anda.
SEO
Jika anda seorang guru. Adakah jumlah murid mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran anda. Kelas yang mempunyai jumlah murid yang kecil memudahkan anda untuk menguruskan mereka bukan. Begitu juga dengan blog, kategori blog yang kecil sebenar membantu anda dalam banyak perkara, terutamanya SEO blog anda.
Penumpuan anda kepada suatu perkara yang kecil sebenarnya memudahkan pengurusan terhadap perkara tersebut. Mempunyai kategori blog yang kecil membantu anda mengoptimasikan kategori tersebut untuk kepentingan enjin carian. Secara mudah anda boleh menumpukan perhatian dalam penghasilan kandungan melalui kategori blog yang anda telah fokuskan. Jika anda berjaya melakukan dengan baik tidak mustahil anda akan berjaya mendapat hasil SEO yang baik.
Tidak percaya, cuba anda baca bagaimana menghasilkan kategori blog yang mesra SEO.
Penghasilan Kandungan
Mempunyai set kategori blog yang kecil sebenarnya akan membantu anda menghasilkan kandungan yang lebih baik dan berkesan. Mengapa? Kategori anda merupakan refleksi fokus, minat, kepakaran dan nilai yang di punyai oleh anda. Sudah semestinya ia akan membantu anda dalam penghasilan kandungan yang baik.

Apa Yang Terbaik Untuk Aku
Idea Menulis
Ramai di luar sana merupakan blogger dan rata-ratanya mempunyai kategori penulisan yang pelbagai. Persoalan kepada rakan semua – dari mana datangnya idea untuk anda menulis? Mungkin jawapannya pelbagai.
Namun jika anda mempunyai kategori blog yang kecil yang anda telah setkan kategori tersebut dari awal penghasilan blog anda. Maka mungkin idea untuk anda menulis datang dengan hanya melihat kepada kategori blog yang anda telah setkan dari awal.
Saya mengatakan begitu kerana, idea menulis akan datang secara automatik kerana apa yang anda sudah lakukan setiap hari sebagai rutin, mahirkan dan fokus dengan hanya melihat kepada kategori blog anda. Apa yang akan anda hasilkan secara automatik akan berada dalam fikiran anda.
Secara ringkas, dengan hanya melihat kepada kategori blog anda. Idea untuk anda menulis sudah bermain dalam kepala – anda hanya perlu brainstorm sedikit mengenai Apa yang di cari oleh pembaca dan kategori penulisan yang mendapat sambutan pembaca.
Sedikit tips untuk mencuri idea menulis yang sah. Cuba anda praktikkan.
Keuntungan
Sampai satu tahap anda perlu memikirkan tentang keuntungan yang boleh di jana oleh blog anda. Sekiranya anda mempunyai blog yang baik, kandungan yang tersusun dan kategori yang teratur sedikit sebanyak ia mempengaruhi “nilai” blog anda.
Kebanyakan pengiklan, advertisers dan individu yang berminat untuk beriklan dengan blog anda melihat kepada faktor tersebut. Selain dari kadar kejayaan anda menukar pembaca kepada pembeli yang membawa keuntungan kepada pengiklan.
Penjenamaan
Sekiranya anda mempunyai kategori yang fokus maka kandungan yang akan ada hasilkan akan berlegar-legar di ruang fokus anda sahaja, kandungan blog akan kelihatan lebih menarik dan ianya dapat menyumbang kepada penjenamaan blog anda.
Antara kepentingan utama penjenamaan ialah blog anda akan mempunyai autoriti dalam sesuatu bidang yang tidak mungkin dapat di capai secara mudah.
Kata Anda – Blog Aku Mempunyai Kategori Yang Pelbagai
Sudah tentu anda boleh melakukan apa sahaja dengan blog anda. Kepelbagaian kategori tidak menjadi satu masalah sebenarnya jika anda sudah lama menulis dan mempunyai pembaca yang ramai. Namun kepada blogger baru, sebelum anda wujudkan apa-apa kategori, cuba anda pastikan adakah kategori tersebut sesuai dengan blog anda.
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang kategori blog dan kepentingannya. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.
Jika anda merasakan artikel ini berfaedah, bantu blog ini dengan menekan butang Google+, Twitter atau Facebook di bahagian kiri supaya artikel ini dapat dikongsikan dengan rakan lain.
p/s – sedikit sibuk untuk update….sekali update berjela-jela.
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
Dulu kategori di blog saya banyak ada yang berulang jadi saya semakin mengecilkan kategori tersebut. Entri saya lebih fokus
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #16 – Pilihan sukar
Awal masa aku blogging dulu mmg rojak. skang blog aku 1 blog fokus 1 niche dah… senang golongan tertentu nak fokus… tuk selalu membaca… kalo rojak update lain. pembaca pon eh “entri lain ni”
Shah Blogger recently posted..Google Snippet Blogspot (Google Plus +1 Profile)
rasanya kategori ni elok sesuaikan dengan niche blog sahaja…mungkin kalau nak besarkan pun,berdasarkan topik daripada kategori utama
izwannizam recently posted..Urus Sendiri SOHO Anda
setakat ni aku rojak.nak buat ikut niche macam tak terjaga pulak nanti.sebab tu bagi blog yang niche-nya rojak,memang kategori la yang menjadikannya lebih kemas.apapun blog yang ber-niche ni memang perlu jugak kategori ni supaya artikel tu lebih tersusun dan teratur
betul gak.. mula2 kena kecilkan kategori.. lebih baik fokus 2-3 kategori yang kita betul-betul minat.. baru best tulis..
Blog saya caca marba
ssekarang aku dah muka mengkategorikan secara tersusun setiap entry aku
Juan recently posted..Cerpen – Matahari Disebalik Awan
dalm proses utk penyusunan yg lebih baik…
Saya sudah mula biasa mengkategorikan penulisan blog sejak menggunakan
platform blogspot.
Sehingga berpindah studio ke wordpress. Saya tetap sentiasa set-kan apa kategori
penulisan blog saya.
Syukur, ia sangat menjamin penulisan saya padsa masa akan datang.
Terima kasih saudara Neu atas perkogsian yang sangat bermutu ini.
Asyrof Asri recently posted..I Want To Go Back Home This Year