Pernah atau tidak anda memikirkan kepentingan matlamat blog anda? Apa hala tuju blog yang anda hasilkan dan apa yang ingin di capai melalui blog tersebut? Mungkin kebanyakan dari kita selalu memikirkan yang…..
Blogger selalu;
Daftar domain, set up blog, launch projek -> satu proses yang agak MUDAH bagi mana-mana blogger.
Namun…..
Untuk membina blog yang berjaya dan mampu menghasilkan pendapatan dari blog tersebut merupakan suatu perkara yang agak SUKAR. Ini kenyataan…dan ramai rakan blogger luar sana sedang berusaha ke arah itu.
Kebanyakan dari kita melalui fasa ini, mungkin dibezakan dengan laluan yang kita pilih – cepat atau sebaliknya.
Sebagai penulis blog tentu anda juga pernah memikirkan tentang perkara ini bukan. Bagaimana membina dan menghasilkan blog yang baik? Bagaimana hendak menjana pendapatan dari blog? Menghasilkan penulisan yang baik amat sukar bagi aku? Pelbagai lagi persoalan boleh disebutkan di sini yang tidak dapat menukar kenyataan “untuk berjaya dengan blog itu susah”.
Untuk menghasilkan “Kejayaan” atau “Blog yang Berjaya” sesuatu yang nampak sukar jika kita tidak berusaha ke arah itu. Menulis, memerah idea, promosi, networking, link building dan sebagainya hanya usaha yang sia-sia tanpa PENGURUSAN dan PERLAKSANAAN yang tepat untuk membina kejayaan blog anda.
Mungkin juga kebanyakan dari kita gagal untuk menafsirkan dengan tepat apa itu “kejayaan” dan bagaimana rupa blog yang berjaya. Kejayaan yang dimaksudkan ialah kejayaan untuk anda dan juga kejayaan untuk blog anda.
Kepentingan Matlamat Blog
Kejayaan blog bermula dari anda – di mana anda sebagai seorang penulis perlu meletakkan matlamat dan hala tuju blog anda dan apa yang anda ingin capai melalui blog tersebut.
Hala tuju + Matlamat
Anda perlu mengetahui hala tuju blog anda dengan tepat supaya segala usaha yang anda lakukan untuk pembinaan blog tersebut tidak lari dari matlamat asal anda. Segala apa yang anda lakukan, penulisan, networking dan sebagainya perlu menjurus ke matlamat tersebut. Anda perlu meletakkan matlamat anda sebagai core value supaya mudah untuk anda menentukan sama ada anda telah berjaya menghasilkan blog yang baik atau tidak.
Sekiranya anda berjaya meletakkan hala tuju dan matlamat blog anda, maka setiap satu yang anda lakukan untuk blog anda akan dibimbing oleh matlamat tersebut. Ini penting untuk menentukan kejayaan blog anda.
Dengan kata mudah, dengan adanya matlamat yang jelas anda boleh:
- Menentukan kejayaan blog anda sekiranya matlamat asal anda menulis berjaya di capai
- Matlamat yang jelas boleh membimbing anda untuk fokus kepada pembinaan blog anda.
- Matlamat yang jelas memberi anda panduan mengenai setiap tindakan anda.
- Matlamat yang jelas merupakan asas dan motivasi kepada anda untuk terus memberi yang terbaik dalam setiap tindakan anda.
Apa Yang Boleh Dilakukan – Hari Ini….
- Fikirkan rupa kejayaan kepada anda?
- Jadi arkitek blog yang baik?
- Apa topik yang anda tulis, ulas dan sampaikan kepada pembaca? Adakah penulisan tersebut mencapai matlamat asal anda menulis blog?
- Lihat perkembangan blog anda? Apa perkembangan terbaru blog anda?
- Cari formula terbaik untuk membina blog anda, sama ada dimulakan dengan penulisan, kandungan, cara penyampaian dan sebagainya.
Kata Anda – Kepentingan Matlamat Blog
Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.Kepentingan Matlamat Blog – kongsi sedikit formula yang digunakan oleh anda untuk membina blog anda. Apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013

kejayaan ada macam2 bentuk.sama ada dari segi duit yg dijana atau kualiti ilmu yg disampaikan.terpulang pada blogger tu sendiri jugak..kalau dia memang kejar duit,memang kena usaha keraslah.kalau rasa nk sampaikan ilmu saja,kena mantapkan penulisan lah.
izwannizam recently posted..Infografik Sejarah Kad Kredit
setuju. Ada org meletakkan target untuk di capai dari berbagai sudut. Jika itu la target mereka dan dapat, maybe itu la kejayaan yg memuaskan hati mereka. Ada target yg susah dan ada yg senang. Tp nak capai satu tahap yg btl2 berjaya dan di nobat sbg berjaya dari kalangan blogger tu juga – mmg bukan mudah mcm buaT BLOG. HEHE..setuju neo
shah Blogger recently posted..Benarkah Template ini Mesra Seo?
biasalah tu. ramai yang hangat-hangat tahi ayam aje. hehe..
titan recently posted..Komisen kedua dari RO2.biz
bila dah sejuk padam la semangat tu yer
(dofollow)
neo recently posted..How To Build 25 Unique Backlinks to Your Pages Every Single Day With SocialMonkee
btl kata titan tu ekeke. Harap2 aku x hangat cam tahi ayam hahaha
shah Blogger recently posted..Ujian Template Adakah Mesra Seo
takde yang mudah dalam dunia ni.apapun dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik memerlukan usaha yang sehabis baik dan Insya Allah pencapaiannya akan menjadi semakin baik
bukan senang nak senang,bukan susah nak susah
yup bukan senang nak senang bro – tp kalau kita usaha ke arah itu, boleh aku rasa
(dofollow)
neu recently posted..Senang Saja Menghasilkan Blog…Untuk Berjaya Dengan Blog Itu Susah…
dulu rasa macam tak best aje tulis blog ni..tapi bila dah terjebakk..rasa tak best plak bila tak masuk blog hari-hari. hehee.
ohcikgu recently posted..Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu VS Negeri Sembilan
sekali terjebak nak lg – motivasi menulis lain-lain..tp once dah menulis mmg xbole tinggal dah blog
(dofollow)
neu recently posted..Senang Saja Menghasilkan Blog…Untuk Berjaya Dengan Blog Itu Susah…
Saya setuju dengan tajuk entri ini. Hendak membina blog mudah tapi hendak menetapkan niche dan kerja-kerja berkaitan blog bukan mudah.
Ramai juga yang tewas disekerat jalan apabila niche mereka Internet Marketing tidak menjadi dan akhirnya blog terbengkalai disekerat jalan
akubiomed recently posted..Pelumba MotoGP Marco Simoncelli meninggal dunia
kbanyakan begitu bro – sekerat jalan tp blog mereka dari segi kandungan baik juga mungkin ada krja lain yg lbih penting rasanya
(dofollow)
neu recently posted..Senang Saja Menghasilkan Blog…Untuk Berjaya Dengan Blog Itu Susah…
Ada gak yg suka lauch projek mcam2 tp biasalah … lama2 senyap trus projek tu..
blog dah ada , usaha dah ada ,,,kalau tak berjaya jangan putus asa , usaha lagi dan lagi , sampai kita berjaya dan puas hati dengan hasil yang kita dapat , saya sendiri masih berada ditahap susah
puanbee recently posted..Peminat Kura-Kura
betul tu puanbee. pertama kali cuba x semestinye terus berjaya.
Denaihati recently posted..Jadual Peperiksaan SPM 2011
itu maksud entri ini..kebanyakan dari kita ingat senang untuk berblog….menghasilkan blog mmg mudah namun sukar untuk berjaya (satu perkara yg subjektif berjaya di sini)..
(dofollow)
neu recently posted..Senang Saja Menghasilkan Blog…Untuk Berjaya Dengan Blog Itu Susah…
kalau tengok orang yang dah berjaya , kita mesti frust baik tengok cara orang yang dah berjaya tu berjaya …
puanbee recently posted..Wallpaper Watak Pada Zaman Dahulu Animasi Baru Les’ Copaque
perkara ni depends pada blogger. memang ada yang berblog saja suka-suka.so, memang rasanya diorang tak akan ada matlamat untuk itu ini.lainlah kita ni, bukan berblog suka-suka tapi sebab nak share pendapat, nak tambah pendapatan juga.
Lizz recently posted..Isu Perempuan Tanggung Kos Sara Hidup Lelaki
setuju… 1st step must tanam matlamat fasa pertama untuk di capai
shah Blogger recently posted..Cara Buat Backlink Berkualiti Hubpages
dulu aku amat rajin sangat membeli domain setup blog itu ini..boleh katakan sebulan 1 blog akan dihasilkan..tapi aku lupa..ghairah sangat masa tu..tak fokus..so banyak la perkara tergendala..skang ni aku nak back to the basic….senang cite..
reezluv recently posted..Bagaimana Menjadi Blogger Yang Best?
setuju dengan ko
Juan recently posted..Muxlim | Enhancing the Muslim Lifestyle
mmg bagus tips bro.. kena setkan matlamat utama blog terlebih dulu…
seterusnya isi kandungan blog kena fokus kpd matlamat tersebut…. adakah tercapai….
sekali sekala kita perlu remind balik matlamat utama kita… takut leka dan tersasar…
mcm blog saya lebih kpd membina keinginan pelangan membeli produk saya..
Hairul Hissam recently posted..Tak tahan asyik kena kutuk. Petua nie memang best.
terima kasih sudi singgah sauadara hairul….hanya brkongsi apa yg patut shj