Kerja di rumah secara online

Kerja di Rumah Secara Online: Awas Jangan Mudah Tertipu

In Blog, Hebahan by zeo24 Comments

Buat kerja di rumah! Kerja dari rumah! Kerja mudah di rumah! Job di rumah! Lakukan kerja dari rumah dan anda akan di BAYAR.

Apa jua yang saya sebutkan di atas mempunyai pendekatan yang sama dan konsepnya juga sama. Iaitu, anda lakukan kerja tetentu di rumah dan anda akan di bayar.

Nampak menarik bukan? Buat kerja di rumah dan di bayar untuk kerja tersebut.

Persoalannya benarkah ada pekerjaan yang begitu mudah. Hanya dilakukan di rumah dan di bayar.

MUDAH ATAU TIDAK, BUKAN ISU…

Ya, mudah atau tidak melakukan kerja di rumah bukan satu isu disebabkan ia bergantung juga kepada jenis kerja yang dilakukan.

Namun…

Penulisan ini lebih berminat untuk berkongsi penipuan yang mungkin boleh berlaku di sebalik konsep kerja di rumah.

KERJA DI RUMAH + PENIPUAN

Sebenarnya, ini bukan sesuatu yang baru, dan ianya pernah menjadi isu hangat dahulu, malahan di luar negara, scammer ini telah lama bergerak aktif.

Ini kerana “kerja di rumah” berjaya menarik golongan licik menipu memperdayakan si pencari kerja dengan jerat “kerja mudah dari rumah”.

BAGAIMANA BOLEH TERTIPU?

Mereka bijak mencari peluang, menggunakan “kesusahan” individu lain untuk mengaut keuntungan, bergerak secara teratur dan ramai tidak menyedari mereka di tipu sehinggalah di tipu.

Bagaimana mereka di tipu? Antara yang nampak jelas di mata ialah, “si pencari kerja” perlu membayar dahulu untuk di berikan kerja. Ini sudah jelas menipu. Mengapa perlu bayar dahulu sedangkan ingin melakukan kerja?

PENGALAMAN PERIBADI

Kakak saya pernah tertipu sebegini. Hanya tertarik melihat iklan kerja di rumah melalui keratan iklan di akhbar. Kakak dalam diam memohon dan beliau di minta membayar dalam jumlah tetentu sebelum diberikan kerja.

Atas keinginan untuk mencari kerja, kakak membayar dan seminggu selepas itu menerima bungkusan mengandungi “permainan kecil”.

Arahan yang diterima ialah kakak perlu memasang permainan kecil tersebut. Setelah siap perlu poskan kembali ke alamat yang telah diberikan.

Dan itu merupakan kerja pertama dan terakhir kakak yang dilakukan di rumah.

Kakak sebenarnya rugi dua kali di sini:

1) Perlu membayar untuk menbuat kerja di rumah
2) Perlu membayar kos pengeposan hanya untuk menghantar kerja yang beliau bayar sebelumnya.

Nampak bertapa licik golongan penipu bekerja. Yang benar-benar ingin mencari kerja di rumah akan terus di tipu.

blogging

2014 KERJA YANG SESUAI DILAKUKAN DI RUMAH

Jadi sekiranya anda benar-benar berminat untuk bekerja di rumah, maka, saya ingin kongsikan beberapa cara bekerja di rumah yang anda boleh lakukan pada tahun 2014 tanpa perlu risau di tipu.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kerja yang sememangnya anda boleh lakukan di rumah. Hanya memerlukan set komputer, usaha dan kemahiran tetentu.

Yang paling utama, anda tidak perlu membayar untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

FREELANCE WRITER
Kerjaya yang memerlukan anda mempunyai minat menulis dan kepakaran dalam bidang tetentu. Jika anda berminat dengan kerja menulis di rumah maka anda perlu lawat laman di bawah. Pelbagai peluang ditawarkan.

Pilih kerjaya sebagaimana yang sesuai dengan anda dan cuba berhubung dengan pengiklan. Mungkin rezeki anda di sana.

MENINGGALKAN BLOG KOMEN
Ini kerja yang hanya memerlukan anda melakukan blog komen. Selalunya anda akan di bayar berdasarkan jumlah komen yang anda lakukan. Selalunya bayaran sekitar $10/RM30 untuk 50 komen.

  • ODESK
  • FACEBOOK GROUP – aktif di Facebook blogger luar negara.
  • HUBUNGI SAYA – saya juga membayar jumlah yang sama untuk 50 komen. Jika anda berminat, boleh saja terus hubungi saya.

SEDIA KHIDMAT PENULISAN
Jika anda mempunyai kemahiran menulis, anda boleh mencuba menyediakan khidmat penulisan. Pilih topik-topik menarik tetentu dan sediakan servis menyediakan kandungan kepada yang berminat.

  • ODESK
  • MUDAH
  • FACEBOOK
  • BLOG SENDIRI
  • HUBUNGI SAYA – Selalunya saya memerlukan penulis yang mahir untuk “rewrite” dan ubahsuai artikel terdahulu dan juga artikel berbentuk pengiklanan. Perlulah mahir berbahasa English.

SERVIS DESIGN
Kepada yang mempunyai skill design, apa kata anda tawarkan servis design anda kepada yang berminat. Saya punyai ramai rakan yang menawarkan khidmat ini dan mereka hanya menggunakan platform Facebook dan blog personal untuk mencari pelanggan.

Gunakan platform percuma untuk mencari client. Antaranya gunakan Facebook, Facebook Fan Page, Blog, forum dan direktori yang membenarkan anda mengiklan kemahiran anda.

MENULIS BLOG
Yang mahir menulis dan mempunyai kesabaran, maka blog juga boleh anda jadikan sebagai sumber pendapatan. Namun usah terlalu cepat mengharapkan pulangan mudah. Menjana pendapatan melalui blog memerlukan usaha.

Blogger ShutterStock

MENJUAL KREATIVITI
Jika anda kreatif dan mahir menggunakan kamera. Cuba jual kreativiti anda di platform berikut, khas untuk yang suka menggunakan kamera.

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi platform yang anda boleh cuba. Apa yang saya sebutkan hanyalah sebahagian dari laman yang anda boleh gunakan untuk menjual kreativiti anda.

BERNIAGA ONLINE
Masalah “tiada barang” untuk diniagakan bukan satu masalah sekiranya anda ingin berniaga secara online sekarang.

Saya mengambil contoh isteri saya di rumah. Beliau niagakan pelbagai barang secara online di rumah, dan beliau tidak menyimpan stok barangan tersebut. Hanya bijak dan rajin niagakan barangan peniaga lain melalui konsep “dropship”.

Anda boleh cuba, rasanya terdapat pelbagai program dropship di laman internet yang tidak memerlukan anda membayar dahulu untuk menjadi sebahagian dari pengedar mereka.

KERJA DI RUMAH SECARA ONLINE

Apa jua yang anda lakukan pastikan anda memeriksaan kesahihan kerja yang ditawarkan oleh pihak terbabit. Apa yang boleh lakukan ialah melihat latar belakang penyedia kerja tersebut. Bagaimana feedback dari “pekerja” terdahulu dan sebagainya perlu di ambil kira.

Usah biarkan diri di tipu oleh mereka yang bijak mengambil kesempatan dari kesusahan anda.

Bagi saya, mengeluarkan wang untuk mendapatkan kerja tidak normal. Β Sedangkan program yang saya sebutkan di atas tidak meminta anda membayar atau memasukkan wang dahulu untuk membolehkan anda bekerja.

Anda akan di bayar setelah anda selesai melakukan tugas-tugas yang telah ditetapkan.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info.. Banyak peluang pekerjaan yang boleh dilaksanakan dari rumah rupanya.. Tanpa perlu mengeluarkan modal pun boleh dapat duit dengan bekerja di rumah.. πŸ˜‰
    Anuar recently posted…Baby Naila Semakin Tembam…My Profile

    1. neu
      Twitter:

      tanpa modal di sini tidak bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan langsung wang. namun program kerja di rumah yang disebutkan di sini tidak memerlukan ANDA membayar hanya untuk mendapatkan kerja.

      kenyataan kadang kala susah hendak diterima, ini mentaliti apabila kita sudah terikut dengan sesuatu perkara. perlu juga kadang kala buka minda dan lihat dari sudut berbeza.
      neu recently posted…Kerja di Rumah Secara Online: Awas Jangan Mudah TertipuMy Profile

  2. HipMom

    Perkongsian yang sangat bagus. Saya sendiri pernah guna Freelance dan Elance, dua-dua syarikat tersebut memang membayar dan kita boleh bina kredibiliti melalui rating yg ditinggalkan pelanggan yang berpuas hati. Selalunya, kita yg over deliver kpd pelanggan.
    HipMom recently posted…REAL Christmas Tree in The HouseMy Profile

  3. Cik Atenn Azlan

    Salam. Boleh tak aten nak share dalam blog aten ? Sebab ramai kawan kawan yang baru graduate , ingat nak bantu sesama kawan cari sedikit pendapatan. Thanks πŸ™‚

  4. Merlyn Hasshim
    Twitter:

    Pertama kali kena tipu pada tahun 2003, masa tu baru lepas grad, di Johor Bharu.Sudah ada kerja tetap, tapi konon nak buat extra income. So bayarlah wang pendaftaran RM60. Setiap kali nak buat kerja, kena pergi ofis, ambil brg dan buat kat rumah. dah siap hantar. Rates utk satu kerja=2 jam=RM2. Masuk akal ker? 4 kali buat, rasa kena tipu hidup-hidup. So, end up saya MIA terus.

    Kali kedua tahun 2004, masa ni baru pindah ke Kanada. Ada iklan buat kerja dari rumah, tapi kena bayar 40 dollar, so bayarlah.dia bagi satu booklet yg mengandungi senarai kerja. ok, saya pun cuba apply dua kerja. tapi kena bayar jugak nak dpt info kerja tu. yang pertama tu dia suruh poskan poskad kepada org, kalau ada org sign up guna code kita, dptlah duit. yg satu lagi buat gelang manik. dia kata, sebelum buat job ni, kita kena beli starter pack dulu, buat dulu mcm manual dia bagi, suruh dia check, kalau ikut spec, baru dpt job. tapi kena bayar bahan nak buat. Upah untuk satu gelang yang dah siap 15 dollar. Tapi complicated, sampai sudah tak siap. Total loss kat sini 200 dollar .

    ok,sekian pengalaman saya. skang kalau org offer kerja dari rumah tapi suh bayar, kirim salam jer la. Baikla daku kerja main contest ker, confirm masuk.

    Maaf terpanjang, saja nak kongsi pengalaman.
    Merlyn Hasshim recently posted…PROJEK 1 DAPUR UNTUK 1 KELUARGA – Misi Bantuan Fasa ke-3 Mangsa Banjir Pantai Timur – PART 2My Profile

  5. waniematnoor

    salam saudara, saya dapat link dari maukerja dot com utk golongan yang nak tmbah pendapatan dari rumah dgn menggunakan komputer utk buat kerja data entri, pereka grafik, penterjermah dsb..boleh say mintak pendapat? adakah tawaran ni boleh dipercayai..dan disitu juga dinyatakan mereka (maukerja dot com) bergabung dengan Digital Malaysia utk usaha ni…berminat tapi ragu2..

Leave a Comment

CommentLuv badge