Komen Anda Peribadi Anda

idea dan blogger

Ya komen anda merupakan peribadi anda. Begitu juga penulisan anda merupakan luahan peribadi anda juga.

Sekiranya anda hendak meninggalkan komen, pendapat, luahan dan maklumat pastikan setiap apa yang anda tuturkan, tulis, luahkan dalam artikel atau post tidak memberikan cerminan negatif individu lain terhadap anda. Walaupun anda sedang meninggalkan komen sebagai salah satu usaha untuk naikkan rank entri contest SEO Eridy anda.

Dah banyak saya menulis tentang komen, anda boleh baca di sini — 1001 komen atau bagaimana meninggalkan komen. Inilah jadinya, bila dunia blog dipenuhi dengan pakar.

Jadi, apa pendapat anda tentang komen seperti di bawah sekiranya anda yang menerimanya? Jadilah pemilik blog yang dihormati dan bukan untuk di keji.

Howdy Informatif article. All due respect, Almost Seo entry joining contest like on going now in malaysia ‘Contest SEO Eridy’, Look a like ‘Copy & Paste’ fashion blogging, plagiarism and expulsion but to me, there is no such thing as intellectual property. As quote from Jean-Luc Godard; It’s not where you take things from — it’s where you take them to.

Di atas komen yang baru saya terima, tiada yang negatif, tiada yang pelik. Namun, komen ini mengarut, komen yang entah apa-apa dan komen yang hurm….. tiada kena mengena langsung dengan apa yang saya ceritakan.

Inilah jadinya jika bukan anda yang meninggalkan komen dan pendapat, apabila anda bergantung dan menggunakan “tool” yang anda rasakan bagus untuk SEO blog anda.

P/S: Saya dah lama tinggalkan semua tool SEO, semua software dan semua alat yang dikatakan terbaik untuk SEO blog. Ini kerana saya hendak berblog untuk satu jangkamasa yang lama, untuk di ingati dan bukan untuk menjahanamkan blog sendiri.

Comments

  1. says

    peringatan yang baik. Ada yang cuba menjadi hero dengan komen-komen yang diberikan..Tanpa sedar ia memberikan refleksi yang negatif kepada si pengomen…Alhamdulillah so far tak ada yang mengaru..tapi bila baca kat blog-blog lain..hmmm….
    raudzah recently posted..Gambar Ni Boleh Guna Ke ?My Profile

  2. says


    Twitter:
    Keterlaluan menggunakan SEO akan membunuh blog suatu masa nanti. Saya mengalami keadaan sedemikian sekarang. Pengalaman saya tentang komen yang diterima ialah akan terus delete semua komen yang berbahasa inggeris ataupun daripada ip luar negara kerana bagi saya orang luar tidak faham bahasa melayu. Kalau pun mereka komen dalam bahasa melayu itu hanyalah menggunakan google translate sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.