KONTES REVIEW KLINIK CINTA

Kontes Review Klinik Cinta

In Blog by zeo13 Comments

Berikut merupakan entri Kontes Review Klinik Cinta, segala pendapat merupakan pendapat peribadi setelah di minta berbuat demikian berdasarkan syarat kontes.

Kepelbagaian Dalam Berblog

Apabila menghasilkan blog, kepelbagaian itu penting. Kepelbagaian sumber pendapatan, kepelbagaian cara penyampaian dan kepelbagaian niche merupakan perkembangan yang amat baik bagi seorang blogger.

Tidak cukup dengan satu blog, seseorang blogger yang percaya dengan kemampuan blog untuk melangkah jauh, akan menghasilkan blog lain yang dirasakan mempunyai pemintaan tinggi.

Niche Cinta, Blog Cinta, Cinta Mencintai

Melihat kepada perkembangan dan minat pembacaan di Malaysia, saya merasakan niche “cinta” merupakan satu niche yang boleh diterokai lebih jauh. Topik yang amat menarik untuk diterokai, topik yang menpunyai rasa “pahit, masam dan manis” yang tersendiri disebabkan ramai antara kita yang berpengalaman dalam cinta.

Topik cinta mempunyai kalangan pembacanya tersendiri. Walaupun saya bukan pakar cinta, dr love dan sebagainya. Tetapi saya pernah juga merasa bagaimana bercinta. Pernah muda remaja, jadi sudah tentu cinta monyet bukan…

Menulis kali ini disebabkan terpanggil untuk menghasilkan satu review, khas untuk blog Klinik Cinta. Review saya amat mudah dah akan dipecahkan kepada beberapa point utama.

Kontes Review Klinik Cinta – Kata Aku

Disebabkan penulisan yang di minta adalah mengenai pendapat yang positif, idea serta cadangan penambahbaikan blog Klinik Cinta, maka review ini adalah lebih ke arah itu.

Domain

Klinik Cinta merupakan domain yang di pilih dan saya merasakan ianya domain “brandable” yang sesuai dengan niche yang di pilih. Tanpa perlu memikir panjang dan sebelum menjejakkan kaki ke laman Klinik Cinta, saya sudah boleh mengagak yang blog ini adalah berkisar tentang percintaan.

Tekaan saya benar, dan Klinik Cinta merupakan sebuah laman yang berkisar tentang cinta. Terdapatnya beberapa entri yang dikongsikan amat menarik dan sesuai dengan niche yang di pilih.

Admin Kontes Review Klinik Cinta – Berbagai

Ini sesuatu yang menarik perhatian saya. Kepelbagaian Admin Klinik Cinta, lelaki dan perempuan dan rasanya rata-rata antara mereka mempunyai blog personal sendiri. Tidak mustahil blog Klinik Cinta boleh pergi lebih jauh jika para admin bersatu untuk mempromosikan blog ini di blog personal masing-masing.

Promosi dan marketing secara percuma sebegini akan menambah lagi readerbase blog Klinik Cinta.

Kepelbagaian Admin sesuatu yang menarik dan sukar di temui di blog-blog lain, di harap kepelbagaian ini akan memberi kepelbagaian penceritaan dalam tiap entri yang akan dihasilkan nanti.

Di harap juga kepelbagaian ini merupakan kepelbagaian yang “harmoni”. Ini kerana saya sudah melihat blog yang mempunyai admin yang pelbagai hanya mampu bergerak separuh jalan.

KONTES REVIEW KLINIK CINTA

SERP dan SEO

Rujuk gambar di sebelah, nampak bulatan merah. Kenapa saya bulatkan?

Sebenarnya ia berkaitan dengan posting rules, freshness dan juga fake . Lihat tarikh entri di publish, 23 Oktober 2013, sehari selepas tamat kontes review Klinik Cinta. Mengapa admin berbuat demikian tidak ingin saya huraikan, mungkin admin Klinik Cinta mempunyai jawapan tersendiri.

Kata aku: Anda tidak perlu berbuat demikian, disebabkan kontes dianjurkan oleh pihak anda. Kelebihan yang anda dapat adalah lebih dari kelebihan ranking SERP dan SEO. Pendedahan pembaca ke blog membuatkan pemilik blog yang terlibat dalam kontes ini adalah sama rata.

Update: Admin memberi maklum balas yang berikut merupakan cara untuk Sticky Post jika menggunakan Blogspot.

Deskripsi Laman

Amat baik sekiranya, admin meluangkan masa melihat kembali meta description blog Klinik Cinta. Saya merasakan ianya terlalu ringkas jika laman sebegini baik hanya meletakkan “Sebuah blog tentang cinta” ( 25 chrs ) sebagai deskripsi.

Sebagai point utama dalam kontes review Klinik Cinta dan sebagai penambahbaikan saya merasakan bahagian ini perlu dioptimasikan dengan meletakkan deskripsi yang lebih baik, terperinci, padat dan perlu menerangkan tentang apa sebenarnya laman tersebut.

Design Laman

Laman ini memilih untuk menggunakan template yang clean dan minimal dari pandangan saya. Template sebegini sememangnya tiada masalah bagi saya kerana ianya memudahkan pembacaan dan menonjolkan kandungan yang ingin disampaikan kepada pembaca.

Navigasi

Secara umum, navigasi laman Klinik Cinta adalah teratur. Menu utama dan menu kedua berada di bahagian atas memudahkan navigasi pembaca.

Penambahbaikan untuk kontes review Klinik Cinta: Buang ikon-ikon media sosial yang tidak digunakan di bahagian header.

Kategori

Kategori laman Klinik Cinta menarik sedikit perhatian saya. Kategori yang di pilih rasanya sememangnya sesuai dengan niche blog ini. Namun pemilihan kategori yang terlalu pelbagai akan menyukarkan pengisian kandungan. Contohnya kategori RESEPI, hanya mempunyai satu entri yang berkaitan sedangkan blog ini sudah wujud lebih dari sebulan.

Begitu juga kategori ADMIN, yang saya rasakan tidak perlu diwujudkan. Ini kerana label sebegini tidak membawa sebarang makna kepada pembaca dan kepada pembinaan blog itu sendiri.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan: susun atur kembali Kategori dan Tag utama laman (jika ada) untuk memudahkan navigasi pembaca dan pelawat.

Entri

Walaupun kandungan lebih terarah kepada cinta, namun penggunaan gaya bahasa formal dan baik adalah amat disukai oleh saya. Bahasa yang mudah difahami, ringkas, namun maklumat yang disampaikan difahami oleh kebanyakan pembaca.

Tiada penggunaan bahasa pasar, bahasa SMS dan bahasa rojak yang sememangnya perlu diteruskan. Setiap entri juga mempunyai gambar dan imej yang sesuai dengan blog tersebut.

Jia Bercinta - Baca KONTES REVIEW KLINIK CINTA

Kontes Review Klinik Cinta – Tamat di sini

Selain dari beberapa point di atas, saya merasakan laman ini sudah cukup menarik dan berpotensi untuk dibangunkan.

Jika penambahkaikan yang diharapkan, maka beberapa syor yang dikemukan di sini perlu di ambil kira.

Akhir sekali, kepada para admin Klinik Cinta, semoga sukses dengan blog anda.

Apa pula kata anda? Kongsikan pendapat di ruang komen nanti.

Kata saya – saya mungkin akan meletakkan laman ini di laman yang harus saya lawati untuk belajar lagi tentang cinta. Dengan Ustaz Azhar Idrus pun kita boleh belajar pasal cinta ni sebenarnya.

Penaja Kontes Review Klinik Cinta

Kredit Gambar: LOVE

Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge