Lagu Hari Raya Aidilfitri – Mengapa Lagu Malar Segar Menjadi Pilihan

Lagu Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri – Mengapa Lagu Malar Segar Menjadi Pilihan

Dendang Perantau, Suasana Hari Raya, Menjelang Hari Raya dan Satu Hari Di Hari Raya antara pilihan Lagu Hari Raya malar segar dan lagu Raya klasik yang begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tahun silih berganti, dari era 60-an hingga memasuki era 90-an kelahiran lagu seperti Aidilfitri Di Alaf Baru, Sesuci Lebaran dan Nazam Lebaran pula memancing pendengar. Mungkin itu juga pilihan anda.

Bagaimana pula dengan era millenium, tahun 2000 mungkin antara tahun yang dirasakan akan menjanjikan kegemilangan kepada negara kita. Namun apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri, pilihan lagu malar segar dan klasik tetap menjadi pilihan pendengar. Tidak kira tua atau muda.

Penguasaan lagu raya malar segar masih mendominasi corong radio setiap kali menjelang Aidilfitri sehingga kini. Mengapa itu berlaku dan di mana silapnya mungkin perlu diberikan perhatian oleh “orang seni” negara.

Mengapa itu Berlaku

Untuk memberi jawapan yang tepat agak sukar rasanya, namun apa yang boleh dikatakan ialah, lagu klasik mempunyai nilainya yang tersendiri, kena dengan citarasa pendengar dan lagu dari era 60-an ke 90-an berjaya mengamit kenangan pendengar.

Boleh dikatakan lagu raya adalah sebahagian daripada khazanah negara khususnya dalam menggambarkan tradisi menyambut Aidilfitri sesudah sebulan berpuasa. Penceritaan hari raya yang dikisahkan menerusi lagu malar segar ini menimbulkan nostalgia dan menceriakan sambutan itu.

Ini antara faktor utama yang menyebabkan mengapa lagu Raya Klasik era 60-an hingga 90-an menjadi pilihan pendengar. Kerana ianya lebih dekat dengan mereka.

Lagu Raya Masa Moden – Masa Kini

Tidak ingin menidakkan kualiti penciptaan Lagu Hari Raya masa kini, namun apa yang boleh diharapkan ialah – pencipta dan penulis lirik perlu mengambil langkah tertentu untuk menarik minat pendengar masa kini melalui penciptaan Lagu Hari Raya yang lebih dekat dengan selera pendengar.

Jika ini tidak dilakukan, maka lagu hari Raya moden akan terus tenggelam. Mungkin sesuatu yang tidak sihat untuk perkembangan seni muzik negara.

Lagu Hari Raya Pilihan….

Menjelang Raya mungkin ini antara lagu pilihan saya - Dendang Perantau, Suasana Hari Raya, Menjelang Hari Raya dan Satu Hari Di Hari Raya. Paling mengamit perasaan lagu yang didengdangkan oleh M.Nasir.

Lagu Hari Raya – Apa Kata Anda

Kongsikan pendapat anda di bawah jika ada sesuatu ingin anda katakan. Apa lagu hari Raya pilihan anda.

About neu

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. Lagi M Nasir dan CT jadi pilihan,mungkin lagu raya generasi baru kurang menyengat kot.

  2. lagu m.nasir dan CT memang susah dah nak lupa. Lagu raya raihan dengan senario pun boleh tahan gak. Yang lain..memang tak jadi lagu raya diorang..

  3. Lagu Raya evegreen tetap menusuk kalbu.:-)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.