Entri kali ini dihasilkan untuk melihat kepentingan SEO blog dan cuba mengaitkan sedikit dengan peraduan SEO Lelaki Kacak yang sedang rancak berjalan.
Sebagai blogger, bolehkah kita berjaya jika melakukan perkara yang sama iaitu mengkaji persaing, mengenalpasti persaingan yang wujud dan menggunakan hasil dari kajian tersebut untuk kebaikan blog sendiri. Terutamanya untuk kepentingan SEO blog.
Jika itu persoalannya, maka jawapannya mungkin YA atau TIDAK.
Namun apa yang penting ialah…
SEO Blog Merupakan Proses Pembelajaran
Belajar, belajar dan belajar – anda kecil, besar, remaja, dewasa atau ahli perniagaan anda perlu belajar. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, setiap individu perlu belajar. Tidak terkecuali, SEO melibatkan proses pembelajaran.
Pendidikan formal diperolehi sama ada di sekolah atau universiti, manakala pendidikan tidak formal diperolehi sama ada melalui asuhan atau melalui pemerhatian anda sendiri. Sebagai seorang penulis blog atau blogger, di mana pula hendak anda habiskan masa belajar setiap perkara yang berkaitan dengan penulisan dan aspek teknikal blog. Apa jawapan anda, kongsikan di ruang komen nanti.
Sebagai seorang blogger, tempat yang paling sesuai untuk mempelajari sesuatu ilmu mengenai blog mungkin anda boleh katakan anda boleh perolehinya secara percuma di ruang internet. Itu kenyataan. Namun seorang blogger juga boleh memperolehi ilmu dan belajar sesuatu yang baru melalui proses mengkaji persaing (research blogger lain).
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk belajar mengenai SEO – anda boleh meniru, modifikasi, spying, mengkaji dan sebagainya – atas alasan ingin belajar.
Ambil contoh kisah kejayaan individu dan syarikat terkemuka yang berjaya, golongan ini berjaya apabila mereka berjaya mengkaji persaing mereka. Kobe Bryan berjaya disebabkan beliau mengkaji corak permainan lawan. Pemilik Walmart pula akan melawat setiap kedai yang menjadi pesaingnya. Mereka ini berjaya dengan mengkaji persaing mereka.
Bagaimana Hendak Mengkaji Persaing
Untuk mengkaji persaing anda, terbaik anda perlu tahu apa yang diinginkan oleh anda. Tidak semestinya proses mengkaji tersebut digunakan untuk mencuri idea mereka. Terbaik apa yang perlu dilakukan ialah cuba mengetahui bagaimana mereka lakukan, apa strategi yang digunakan dan apa yang dilakukan oleh mereka untuk berjaya.
Blogger Apa yang Anda Boleh Belajar dari Pesaing Anda
- Belajar menjadi lebih Dinamik – penulisan, perceritaan serta olahan anda.
- Belajar untuk menjadi lebih baik dari persaing anda – jika anda mengkaji persaing anda sudah tentu dia lebih baik dari anda (secara teorinya). Jadi dengan mengkaji persaing yang wujud anda akan belajar untuk menjadi lebih baik dari mereka.
- Belajar untuk mengadaptasi dan lebih fokus dengan apa yang anda lakukan.
Blogger Apa yang Boleh Dilakukan Oleh Anda Untuk Mengkaji Persaing Anda.
- Lihat bagaimana blog tersebut berjaya, apa yang digunakan, apa yang dibincangkan dan apa sasaran pembacanya bagaimana.
- Apa niche blog tersebut, bagaimana bentuk penulisannya – lawak, serius atau mendidik. Perhatikan dan bandingkan dengan blog anda.
- Dari aspek SEO – apa yang anda boleh lakukan ialah perhatikan apa yang dilakukan oleh blog tersebut untuk menaikkan ranking keywords blognya, on-page SEOnya bagaimana dan sebagainya boleh diselidik untuk kebaikan blog anda.
SEO Kenapa Perlu Belajar Dari Pesaing Anda
Dalam SEO, persaingan yang wujud adalah begitu tinggi, setiap blog dan website akan cuba untuk berada selangkah dihadapan persaing mereka. Setiap blog yang wujud sebolehnya akan cuba untuk berada dihadapan.
Persaingan tinggi untuk mengoptimasikan sesuatu keywords atau kata kunci mewujudkan persaingan yang lebih ketara. Ramai berlumba-lumba untuk meletakan laman web atau blog mereka di muka pertama enjin carian.
Sebabnya mudah – SEO yang baik, optimasi keywords yang baik dan kedudukan enjin carian yang baik akan menjamin trafik serta keuntungan yang sememangnya pasti dalam dunia perniagaan internet.
Bagaimana dengan mengkaji persaing anda dapat membantu SEO blog?
Sebenarnya teknik SEO dalam sesuatu industri adalah berbeza, jadi untuk mengetahui jenis serta teknik SEO yang sesuai dalam niche blog anda adalah dengan melakukan kajian.
Kajian pasaran, niche, keywords dan sebagainya perlu dilakukan supaya data yang diperolehi dapat membantu anda dalam proses SEO blog anda. Salah satu cara utama untuk melakukan kajian SEO adalah mengkaji persaing anda.
Apa yang perlu dilakukan ialah – lakukan carian berdasarkan keywords yang anda cuba optimasikan untuk laman web anda. Sebagai contoh anda cuba optimasikan keywords “Lelaki Kacak”, lakukan carian menggunakan keywords tersebut dan lihat hasil carian – di mana laman web anda berada untuk keywords tersebut.
Jika blog anda berada di kedudukan ke 30, maka anda perlu mengkaji apa yang dilakukan oleh 29 persaing di atas untuk mengetahui bagaimana mereka boleh berada lebih baik dari anda. Gunakan link analysis tools untuk memahami mengenai inbound link dan bagaimana mereka memperolehinya. Dahulunya dengan mudah analisa inbound link boleh dilakukan dengan Open Site Explorer dari SEOmoz secara percuma (premium tool sekarang).
Sebenarnya apa yang disebutkan di atas merupakan antara cara paling asas untuk anda mengkaji persaing anda dan digunapakai untuk SEO blog anda.

Ini Bukan Cara Lelaki Kacak
SEO Blog – Lelaki Kacak
Persoalannya ialah…
Perlu atau Tidak Mengkaji Persaing Anda
Jawapannya mudah dan terletak kepada kehendak anda. Jika anda sememangnya merasakan itu yang perlu dilakukan untuk meletakkan blog anda dengan lebih baik di enjin carian, maka anda perlu melakukan sedikit kajian keatas persaing anda.
Jika anda salah seorang peserta contest SEO lelaki kacak, anda juga boleh melakukan kajian ke atas peserta lain (persaing anda). Lihat jenis artikel yang mereka hasilkan, bagaimana lelaki kacak berdasarkan penceritaan mereka, panjang artikel mereka, apa promosi yang mereka lakukan dan sebagainya. Itu antara sebahagian dari yang anda boleh lakukan.
Jika anda melakukan carian “lelaki kacak” anda akan dapati pelbagai keputusan carian berada di halaman pertama Google. Tajuknya pelbagai, ada yang memberi definisi tersendiri mengenai lelaki kacak, ada yang mengatakan kacak itu datangnya dari dalam dan ada pula yang mengulas mengenai strategi serta entri yang digunapakai oleh blogger yang menyertai peraduan ini. Menarik untuk membaca dan pelbagai teknik digunakan oleh rakan di luar sana.
[box_alert]Tidak terkecuali Lelaki Kacak seringkali dikaitkan dengan keywords lucah, gay dan sebagainya. Mungkin dengan contest sebegini carian popular untuk keywords berbaur lucah dapat dikurangkan. Lelaki Kacak bukan gay ok….[/box_alert]
Melihat kepada keupayaan kebanyakan peserta yang sudah mula menghasilkan artikel serta entri yang menarik mengenai lelaki kacak, agak sukar juga ingin menentukan pemenang. Jangkamasa 3 bulan juga merupakan satu jangkamasa yang agak baik diberikan oleh penganjur untuk membolehkan setiap peserta mencuba optimasikan setiap artikel “lelaki kacak” yang dihasilkan mendapat tempat yang baik di enjin carian.
Lelaki Kacak – Kata Aku
Sebagai salah seorang peserta contest SEO lelaki kacak peluang untuk rakan-rakan blogger yang menyertai peraduan ini berada di tempat terbaik adalah 50-50. Sesiapa sahaja boleh berada di hadapan berdasarkan usaha mereka.
Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan.
Anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin anda ada sesuatu untuk diperkatakan. SEO Blog Lelaki Kacak, Mengapa Anda Perlu Mengkaji Persaing Anda.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Twitter: azuanrazi
Huraian yang bagus bro..
bagi aku sendiri, mmg perlu la utk mengkaji pesaing..
sedikit sebanyak perlu jg buat
ada juga aku kaji pesaing..dalam proses belajar juga nih….
buat setakat yg mampu sj – post lelaki kacak bro dah ok tu
KALAU BAB-BAB MENERANGKAN NI, MEMANG AKU BAGI KAU AJELAH. MEMANG TELITI HABIS. HAHA..
ada hadiah tak hahha
Saya pun masih didalam proses pembelajaran mengenai ilmu SEO.
ada byk bahan bacaan kat luar sana bro – kena rajin cari dan buat
Saya mengkaji pesaing saja sikit-sikit. Tak pandai lagi nak kaji secara mendalam. Apa pun semua itu masih dalam proses pembelajaran.
pelahan-lahan nanti bleh tu – nak buat semua teruk jg
banyak perkara yang boleh kita belajar untuk membuat spy kata kunci lelaki kacak … cuma untuk bertahan dapat 1st page pun bukan senang jugak tuh…
yup bro untuk kekal 1st page tu susah sikit rsanya kalau tak usaha betul2 – walaupun keywords dia nampak cam mudah
Twitter: hatiputera
saya mencuba jer keyword lelaki kacak tu,,,walaupun blog belum sampai setahun jagung dan masih terlalu mentah dalam teknik SEO
mencuba tak salah. newbie @ blogger lama sama sj – rajin belajar nnti dapat la hasilnya tu bro.
ade juga yg kaji kepekatan lelaki kacak..hehe..
mcm2 kajian
memang betul tu, kita patut mengkaji pesaing kita. yang bagusnya, kita boleh dapat pengalaman dari cabaran seo ni. kalau berjaya cara yang kita buat. boleh di aplikasikan pada masa akan datang. itu yang penting.
entri panjang yg aku baca satu2 sampai habis..
kalau habis mmg kacak
Satu entri yg bagus tuk semua peserta SEO lelaki kacak….
TQ bro…
memang penerangan yang terperinci
lewis recently posted..Google Nexus 7 Di Malaysia