Rasanya ramai yang menyertai cabaran SEO Lelaki Kacak anjuran blog EarnCent. Hadiah yang disediakan juga agak lumayan bagi aku yang hanya mendapat income melalui internet.
Sebenarnya apa kelebihan dan kebaikan menyertai contest serta cabaran SEO sebegini. Entri hari ahad ini sebenarnya sekadar ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai kelebihan menyertai cabaran SEO Lelaki Kacak, terutamanya kepada “Lelaki Kacak” yang menyertainya.
Apa kebaikan menyertai contest sebegini? Keywords seperti “low class” pun ada kebaikan ker? Golongan Gay sahaja suka Google keywords sebegini? Benar atau tidak.
Apa pun pandangan peribadi anda, setiap cabaran SEO sebegini mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri, di bawah jawapan mudah tentang kelebihan cabaran SEO Lelaki Kacak.
Jika itu persoalan, mungkin ada jawapan – ini jawapan aku yang tiada ijazah dan “buku” dalam penulisan blog.
Kebaikan Menyertai Contest SEO Lelaki Kacak
Sebelum ke isi utama di bawah, perlu untuk diterangkan bahawa kelebihan menyertai cabaran SEO lelaki kacak adalah berdasarkan pandangan positif aku dan aku boleh menulis sebaliknya jika aku ingini. Berikut antara kelebihan menyertai cabaran SEO lelaki kacak:
Apa itu SEO sebenarnya.
Dengan menyertai contest sebegini ramai akan lebih alert mengenai apa itu SEO. Setiap peserta akan cuba menghasilkan yang terbaik untuk mereka mendapatkan kedudukan serta ranking yang baik dalam cabaran ini.
Malahan ini merupakan masa yang terbaik untuk anda mencuba pelbagai teknik dan tips SEO yang diketahui. Cabaran SEO ini merupakan platform yang paling sesuai untuk mencuba skill SEO anda secara tidak langsung. Setiap peserta akan cuba menghasilkan yang terbaik dalam penulisan entri SEO tersebut, sudah tentu anda juga perlu memberi yang terbaik bukan.
Ramai menulis untuk kepentingan SEO blog di luar sana, tidak terkecuali anda – mungkin anda berjaya mendapat ranking yang di ingini sebelum ini, namun dalam contest sebegini setiap peserta akan menghasilkan yang terbaik dalam penulisan mereka. Sudah semestinya persaingan yang wujud akan membuatkan sedikit sukar untuk anda mendapatkan ranking yang baik. Jadi di mana entri anda berada sepanjang berlangsungnya cabaran SEO ini.
Belajar dari Kesilapan (Trial & Error)
Anda boleh gunakan cabaran SEO sebegini sebagai platform untuk anda belajar sesuatu yang baru dan praktikan apa yang anda ketahui. Jangan hanya pandai memberi teori dan membuat andaian tetapi gunakan kemahiran di dada untuk sesama bersaing secara sihat. Jika apa yang anda lakukan berjaya meletakkan entri anda di hadapan, maka secara tidak langsung membawa maksud teknik serta skill SEO yang anda gunakan menjadi.
Sepanjang belangsungnya cabaran anda boleh mengkaji apa yang dilakukan oleh pesaing anda untuk meletakan entri mereka di muka pertama. Entri mereka bagaimana, penceritaan mereka bagaimana dan bagaimana mereka bermain dengan keywords tersebut.
Ketahui Kepentingan Backlinks
Untuk rank sesuatu keywords, umum mengetahui backlinks merupakan sesuatu yang perlu – tidak kira anda cuba rank sesuatu keywords ke homepage atau post anda, backlinks sesuatu yang perlu.
Mungkin tanpa backlinks anda boleh mendominasi keywords yang tidak popular dan tidak mempunyai persaingan. 6 bulan dahulu mungkin keywords ini tidak popular dan dengan menghasilkan entri yang mempunyai keywords lelaki kacak sudah mencukupi untuk anda berada di muka pertama Google.
Apabila contest ini berlangsung, adakah dengan menghasilkan entri berkaitan lelaki kacak sudah mencukupi untuk entri anda berada di muka pertama. Mungkin boleh jika laman web anda mempunyai autoriti, Page Rank yang tinggi, usia domain anda dan pelbagai lagi faktor perlu di ambil kira. Tetapi agak sukar untuk laman blog yang dihasilkan sebulan yang lalu hanya untuk menyertai contest ini mendapat tempat yang baik tanpa backlinks yang secukupnya.

Lelaki Kacak – Atasi Keywords Lucah
Lelaki Kacak – adakah keywords ini berunsur lucah? Mungkin Ya dan mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada apa yang ingin di cari berdasarkan keywords tersebut.
Namun jika anda lakukan carian Lelaki Kacak dan berdasarkan Result As You Type maka “lelaki kacak Melancap” merupakan antara carian popular untuk keywords tersebut. Sesuatu yang pelik mengapa keywords sebegini muncul sebagai keywords popular.
Tetapi dengan adanya contest sebegini rasanya keywords popular dan lucah mengenai “lelaki kacak” sebenarnya boleh diatasi. Bagaimana – anda boleh hasilkan entri mengenai lelaki kacak namun target keywords anda ke arah keywords lucah tersebut. Tidak salah kerana itu salah satu cara terbaik yang bleh dilakukan oleh serang blogger untuk mencuci keywords lucah sebegini.
Khas buat Lelaki Gay – Mereka Bukan Lelaki Kacak
Lelaki gay sukakan keywords sebegini, jika itu benar mari kita ajak setiap lelaki gay yang mencari mengenai lelaki kacak Malaysia untuk enjoy entri yang anda hasilkan khas untuk contest ini. Biar golongan Gay enjoy membaca entri sebegini.
Update Cabaran SEO Lelaki Kacak – Google Update Terbaru
SEO Buat Tetapi Jangan Terlebih Buat – Lelaki Kacak Baca

April, Google update terbaru lebih dikenali sebagai “Penguin” diperkenalkan oleh Google untuk menghapuskan webspam dari enjin carian. Update ini memberi kesan kepada ramai webmaster dan juga individu yang aktif melakukan linkbuilding sama ada secara white hat atau sebaliknya. Ini kerana secara tidak langsung banyak laman blog mendapat kesan dari update terbaru ini sama ada homepage, kategori atau pages yang sebelum ini mempunyai ranking yang baik di enjin carian mengalami penurunan.
Beberapa blog saya mendapat kesan yang sama secara tidak langsung, tidak terkecuali blog ini. Untuk keywords lelaki kacak, halaman yang saya cuba rankkan telah “hilang” dari enjin carian. Walaupun backlinks yang saya lakukan adalah terkawal. Di sini menunjukkan walaupun dalam contest lelaki kacak sebegini dan apa yang lakukan adalah terkawal, anda masih lagi tidak terlepas dari kawalan Google.
Untuk contest ini, saya hanya cuba rankkan kategori blog dan bukannya post seperti yang rakan lain lakukan. Tetapi selepas Penguin update, banyak yang berubah.
Kelebihan Menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak – Kata Aku
Sebenarnya pelbagai kelebihan serta kebaikan menyertai cabaran SEO sebegini boleh diberikan begantung kepada penilaian dan bagaimana anda menilai cabaran SEO sebegini.
Jika anda seorang yang sukakan cabaran, ingin mempelajari sesuatu atau motivasi anda lebih kepada hadiah yang ditawarkan maka cabaran SEO sebegini sesuai untuk anda. Kongsi pendapat anda mengenai Lelaki Kacak – Kelebihan Menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak di ruangan komen di bawah.
Berdasarkan kedudukan terkini setiap blog, kedudukan muka pertama sering berubah dan agak sukar untuk menyaingi kedudukan peserta yang berada di muka pertama.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Twitter: azrijohann
Hmmm, susah jugak contest SEO anjuran Titan ni… ramai yang join
ramai join xda msalah yg penting kita belajar sesuatu dari contest cam ni – bro ada join tak?
Terkedu apabila melihat senarai keyword lelaki kacak di kotak carian Google search engine.
biasa la bro – popular plak tu
Bila bermain dengan seo, bounce rate juga memainkan perasan. Sekiranya blog kita dapat tempat pertama untuk sesuatu keyword tetapi bounce ratenya tinggi. Blog kita tak akan bertahan lama di tempat pertama.
Itu antara cabaran apabila cuba bermain dengan keyword-keyword panas.
Betul atau tidak ya apa yang saya cakap pasal bounce rate tu?
ada kebenaran jg bro pasal bounce rate tu tp taknak komen sbb xda bukti yg tepat pasal topik tu
tp kalo bijak guna bounce rate..ia kan bg advantage kat kita..
kita tukar page lelaki kacak jdik landing page..mmg x derb ounce2 ag dah
Yeahhh.. entri ni nak lebih kurang sama dengan entri terbaru kat blog aku ni..
Betul tu bro.. byk kelebihan menyertai contest seo ni.. paling best bila dpt tengok aksi potong memotong..
kat mn kedudukan kita skg – cam takda harapan sj
Harapan tu ada.. sbb ko punya kategori page ni dah duk 1st page tu..
ha baru perasan – dia rank baik google.com
hoho..secara jujurnya, memang aku tak terfikir pun keyword lelaki kacak ni banyak menjurus kepada gay. Bila korang tulis..barulah aku perasan. haha..
aku tak tepikir jg pasal keywords gay ni, tp aku baca ada yg ckp ni keywords gay
haha, tu la pasal. nanti orang ingat blog aku blog lelaki gay plak. haha..
terima kasih info ni, ilmu baru ni…tang backlink tu tak brp nak gaham lg. tapi bleh belajar skit2 dr artikel yg ada dlm ni…ada yg dah baca tp lum khatam lg…hehe
hahaha..saya baru sedar keyword lelaki kacak ni lebih kepada gay. apa boleh buat. memang banyak kebaikan kita ikut cabaran seo ni. kalau nak terangkan satu-satu, tak cukup satu post. haha
Hehehe, bersedialah blog kita untuk menjadi santapan ‘lelaki kacak”
Twitter: hatiputera
putera join contest lelaki kacak ini untuk mencari pengalaman tentang SEO,,,tidak mengharapkan 1st page,,sebab memang tak dapat…tetapi akan terus mencuba untuk menyelitkan diri ,,,,
memang ada perasan.. pasal keyword lelaki berunsurkan 18sx.. siot jer.. rasanya memang sebelum nih memang selalu lah kot…
ini akan jadi pedomen utk peserta kontest yg lain.!!
first time join contest mcm ni..mmg kene kreatif utk dptkan page pertama..