Selain sering dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, seseorang yang memiliki wajah segak atau lawa juga didapati lebih cerdas berbanding orang lain.
Kajian terbaru dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat mendapati, tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi daripada orang biasa, Keputusan itu sekali gus menolak kepercayaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.
Kajian itu dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE), baru-baru ini.
Menurut keputusan kajian itu, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya.
Hasil hubungan itu, kata kajian berkenaan, pasangan terbabit boleh mendapat anak yang kemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.
Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.
“Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita,” katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford). – DM [Sumber]
Jadi benar atau tidak, lelaki kacak punyai IQ yang tinggi?
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
Tidak salah saya aktress wanita berambut perang simbol seks terkenal mendiang Marilyn Monroe mempunyai IQ yang tinggi.
aku setuju. hehe..
mmg untung la..syukur dgn pemberian tuhan
Bergantung pada tahap IQ masing2 rasanya he3..
Twitter: AkmaOmar
Pendapat saya kajian tu dibuat oleh negara besar yg mana bahasa pengantaraan dan subjek pembelajaran mereka dlm BI (bhsa diaorg sendiri) senang nak faham, so x mustahil % IQ golongan segak dan lawa tu tinggi.Rasanya kat msia ni % masih kurang he3.