LinkedIn – Tips Untuk Meningkatkan Backlink Dan SEO Blog

tips optimasi linkedin

Tips Untuk Meningkatkan Backlink Dan SEO Blog

Sedikit pembacaan aku mengenai tentang SEO serta link building telah membawa aku kepada Tips Untuk Meningkatkan Backlink Dan SEO Blog melalui LinkedIn tulisan Kevin Gibbons. Terdapat pelbagai cara dan tips yang boleh anda praktikkan untuk kepentingan SEO blog menggunakan laman sosial tersebut, terutamanya dengan mengoptimasikan profile LinkedIn anda.

LinkedIn merupakan antara laman sosial yang mungkin asing penggunaanya bagi aku tidak sepertimana Twitter atau Facebook. Ini kerana aku kurang melakukan aktiviti di sana. Namun untuk tidak ketinggalan, siap juga aku mengisi ruangan profile aku di sana. Tidak seperti laman sosial yang lain, LinkedIn memerlukan anda mengisi setiap rungan profile anda secara lebih terperinci – perincian yang aku maksudkan di sini ialah profile anda perlu kelihatan professional di LinkedIn. Mengambil masa juga untuk memenuhkan setiap ruangan kosong yang disediakan.

APAKAH LINKEDIN – SECARA UMUM

LinkedIn is the world’s largest professional network with over 100 million members and growing rapidly. LinkedIn connects you to your trusted contacts and helps you exchange knowledge, ideas, and opportunities with a broader network of professionals | Via What Is LinkedIn

Secara mudah LinkedIn merupakan rangkaian sosial untuk kebanyakan individu professional berhubung, bertukar pendapat, idea dan pandangan.

BLOGGER KENAPA ANDA PERLU SERTAI LINKEDIN

Keperluan untuk menyertai mana- mana rangkaian sosial terletak di tangan anda, bagaimana anda menggunakannya untuk kebaikan blog anda terserah kepada anda. Namun sekiranya anda telah menyertai LinkedIn atau akan menyertainya sebentar lagi, artikel dan tips mengoptimasikan LinkedIn ini untuk anda. Habiskan artikel ini, mungkin tips untuk meningkatkan backlink dan SEO blog ini berguna untuk Page Rank update yang akan datang – siapa tahukan.

Anda menggunakan LinkedIn, adakah anda benar-benar mengoptimasikan penggunaanya? Sebagai blogger, sekiranya anda menggunakan LinkedIn sudah tentu anda telah mengisi ruangan URL blog atau laman web anda dibahagian yang disediakan oleh LinkedIn bukan. Mungkin mengisi ruangan website atau blog merupakan antara perkara terawal yang anda lakukan – tanpa berselindung ini antara ruangan terawal yang aku penuhkan – mungkin disebabkan aku nak membina backlink.

Namun adakah anda benar-benar mengoptimasikan ruangan profil tersebut. Tahukah anda boleh mengoptimasikan lagi ruangan profil website tersebut dengan menggunakan anchor text untuk meningkatkan backlink serta PageRank blog anda. Ini antara mengapa LinkedIn menjadi pilihan para penulis blog di luar sana terutamanya untuk tujuan LinkedIn SEO. Malahan ianya membawa pemberat tetentu untuk kepentingan SEO blog anda.

Satu dari kebaikan ruangan website yang disediakan oleh LinkedIn ialah ruangan tersebut boleh dioptimasikan menggunakan anchor text pilihan anda, do follow link dan anda boleh mendapat backlink percuma dari salah satu rangkaian sosial terbesar yang mempunyai PR 9.

TIPS UNTUK MENINGKATKAN BACKLINK DAN SEO BLOG

LinkedIn membenarkan anda mengisi ruangan website/blog dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan default URL ke laman web anda, link ke “Portfolio” anda atau menggunakan fungsi “Other “yang anda boleh optimasikan dengan anchor text pilihan.

tips linkedin

Fungsi Default URL LinkedIn

  1. Default Url – anda masukkan blog URL anda sebagai menggunakan fungsi default yang disediakan oleh LinkedIn.
  2. Portfolio – anda boleh sambungkan portfolio anda menggunakan fungsi ini.
  3. Other (Anchor Text Ur)l – sebaliknya anda boleh meletakkan anchor text sebagai pilihan untuk kepentingan website/blog anda dalam enjin carian. Gunakan fungsi ini untuk optimasikan website dan blog anda.
Tips Untuk Meningkatkan Backlink Dan SEO Blog

Optimasi LinkedIn

Caranya – Ke ruangan profile – [edit profile] anda, klik [edit website]. Ruangan website anda pilih [Other] sekiranya anda memilih “Other” maka secara automatiknya anda boleh mengisi ruangan URL anda menggunakan anchor text pilihan anda. Sebagai contoh sekiranya blog anda membicarakan tentang SEO, anda boleh meletakan Malaysia SEO diruangan kosong yng disediakan sebagai anchor text atau keywords lain yang menjadi pilihan anda. Oleh itu, dengan sedikit optimasi anda telah mencuba tips untuk meningkatkan backlink dan SEO blog secara mudah.

Untuk makluman semua aku suka menggunakan Twitter tetapi aku benci Twitter juga disebabkan setiap link yang aku letak tidak membawa apa-apa makna. Ini kerana setiap link di Twitter ialah no follow.

MENGAPA PERLU OPTIMASI PROFIL LINKEDIN

Jawapannya mudah sahaja, sebenarnya LinkedIn profil secara asasnya mempunyai kepentingan dalam enjin carian terutamanya Google. Tidak percaya, cuba anda buat carian Google menggunakan nama anda – tidak mustahil profil LinkedIn anda akan berada ditempat teratas – jadi penuhkan seberapa yang boleh butiran diri anda. Begitu juga dengan anchor text yang anda gunakan untuk laman blog anda ianya merupakan do follow link, sekiranya keyword yang anda gunakan kurang kompetitif maka anda boleh melihat hasilnya sendiri sekiranya anda melakukan carian menggunakan keyword tersebut.

Mungkin juga anda mempunyai tips lain yang ingin dikongsikan di sini, sila tinggalkan tips anda di ruangan komen. Anda ada lagi Tips Untuk Meningkatkan Backlink Dan SEO Blog, cuba anda kongsikan di sini.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

    • neu Author

      yup skg dia dah redirect but still nofollow – membawa pemberat atau tak blom pasti. tp ni antara tips yg patut dicuba sbb bukan susah pon :)

    • neu Author

      error sbb nak kejar masa ke pasar ramadhan, sebenarnya dofollow & dulu tak rediret

      gua chow dulu bro azuan, nnti kita sambung perbincangan

Pingbacks

  1. Blogger - 5 Post Paling Popular

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.