EnterWIP2015

Lubuk Duit Blogging

In Blog by neu4 Comments

Ini antara isi perkongsian saya dalam Seminar EnterWIP 2015. Beberapa point kecil ingin saya kongsikan kembali mengenai “lubuk duit blogging”.

MENGAPA ANDA BERBLOG?

Ini persoalan utama yang mempunyai pelbagai jawapan. Jawapan paling popular ialah “menulis kerana minat” dan ingin “berkongsi pendapat”.

Jarang jawapan yang diberikan…

Blog Kerana Duit

Blog kerana duit bukan jawapan utama kerana ia merupakan jawapan yang tidak pasti di mana pengakhirannya.

EH, ITU NORMAL

Anda tidak keseorangan, semasa saya bermula itu juga jawapan saya walau dalam hati niatnya ingin buat duit dengan blog. 🙂

Maka jawapan paling menyedapkan hati apabila di tanya mengapa berblog tidak akan melibatkan buat duit. Ini lumrah kita. Bukan apa, takut tidak jadi.

Jadi, bolehkah buat duit dengan blog?

SUDAH TENTU BOLEH BUAT DUIT DENGAN BLOG

Terdapat pelbagai cara untuk buat duit dengan blog. Antara cara paling popular buat duit dengan blog ialah seperti berikut:

  • Pengiklanan – Sponsorship, Pay Per Post, Sponsored Guest Post, Text Link, Banner Ad
  • Program Affiliate – InfoKerjaya, Klikjer, Ashadee
  • Menyediakan Servis – Design, Coaching, Freelance
  • Menjual Produk – Fizikal (buku, DVD dll) dan Bukan Fizikal (ebook, audio, video dll)
  • Program Berbayar – Coaching, Premium Content dan Komuniti Berbayar

Apa yang saya sebutkan di atas merupakan cara paling popular untuk buat duit dengan blog.

Ia terbukti berkesan, program-program tersebut membayar dan setiap satu dari cara buat duit di atas hanya memerlukan blog.

BAGAIMANA MENUKAR BLOG MENJADI LUBUK DUIT

Menjadikan blog sebagai lubuk duit bukan perkara mudah. Ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira sebelum boleh menukar blog menjadi lubuk duit.

Berikut antara perkara penting yang perlu dipunyai seorang blogger untuk menukar blognya sebagai lubuk duit.

1. ILMU

Mudahnya seorang blogger perlukan ilmu untuk menyampaikan ilmu, maklumat dan informasi kepada pembacanya. Ilmu ini boleh datang dari pengalaman sendiri atau pembacaan.

Dengan ilmu seorang blogger akan tahu apa yang diinginkan pembaca. Apa topik yang mendapat sambutan dan bagaimana menjana pendapatan dari situ.

Concept of education and knowledge

Concept of Education and Knowledge / ShutterStock

Dengan ilmu juga seorang blogger akan berada selangkah di hadapan pembaca blognya. Maknanya seorang blogger yang baik akan cuba berada menyediakan maklumat yang diinginkan pembaca dan menyajikan cerita yang di cari pelawat.

Cukup ilmu juga membolehkan seorang blogger menyediakan blog yang baik untuk menyampaikan setiap maklumat yang diinginkan tadi. Ini termasuk ilmu teknikal dalam penyediaan blog (pembelian domain + pembelian hosting + pemasangan theme dll)

Ilmu teknikal ini termasuk juga ilmu mempromosikan blog, mempromosikan produk dan mencari pengiklan yang bersesuaian untuk menjana pendapatan.

2. USAHA YANG BERTERUSAN (PERSISTANCE)

Buat duit dengan blog memerlukan “masa”.

Mana-mana blog yang berjaya menjana pendapatan pada hari ini bukan di bina dalam masa satu hari. Apa yang anda lihat sekarang hasil dari kesusahan mereka dahulu.

Banyak yang mereka curah dan usahakan kepada blog. Usaha yang berterusan ini akhirnya membayar dengan pendapatan yang lumayan.

Usaha yang berterusan yang saya maksudkan ialah:

  • Usaha menulis dan menyediakan kandungan berkualiti secara berterusan selama 3-6 bulan (itu masa minimum matangnya sesebuah blog)
  • Usaha berterusan membina blog yang mempunyai kekuatan tetentu yang di cari pengiklan. Dengan ini kekuatan tetentu ini mudah untuk anda menukar blog anda menjadi alat menjana pendapatan.

3. CREATIVE & UNIQUE

Untuk menjadikan blog anda lubuk duit anda perlu melakukan sekadar dari menulis biasa-biasa. Anda perlu lebih creative & unique dalam menghasilkan kandungan blog anda.

Creative di sini adalah bijak menyesuaikan kandungan blog dengan selera pembaca untuk membuatkan pembaca lebih dekat dengan blog. Dekatnya pembaca anda dengan blog memudahkan anda membuat sebarang recommendation jualan produk atau servis.

4. TAHU APA ADVERTISER MAHU?

Ini merupakan perkara penting yang perlu diketahui seorang blogger. Sekiranya anda ingin menukar blog anda sebagai lubuk duit maka anda perlu tahu apa yang di cari advertiser atau pengiklan.

Selalunya pengiklan akan mencari blog yang mempunyai ciri-ciri tetentu sebelum mereka bersedia mengeluarkan perbelanjaan mengiklan dengan anda.

Antara ciri blog yang di cari pengiklan:

  • Blog mempunyai trafik/pelawat tinggi
  • Blog mempunyai kekuatan SEO tetentu (Pagerank, Domain Authority, Page Authority yang Baik)
  • Blog Anda dalam Niche Kompetitif (Persaingan untuk rank dalam niche tinggi maka pengiklan tidak teragak-agak untuk membayar anda)

Jadi sebagai seorang blogger anda harus bina blog anda kearah itu? Bina sistem blog kearah apa yang advertiser hendak.

Jadi mudah untuk menjana pendapatan nanti.

BUKAN PERKARA SENANG

Menjadikan blog sebagai lubuk duit bukanlah satu perkara senang. Ia pasti sukar jika tidak kena dengan caranya, tiada kesabaran dan cepat berputus asa.

Mustahil untuk menghasilkan pendapatan dari blog dengan hanya “menulis” perkara-perkara yang berkaitan dengan “dunia anda” tanpa memberi “nilai” kepada individu lain disekeliling anda.

Untuk menghasilkan pendapatan dari blog anda perlu melakukan lebih dari itu. Ia bermula dari anda, kerana blog tidak boleh bergerak sendiri tanpa arah yang ditentukan anda.

Jadi apa kata anda?

Kredit Gambar: ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge