Maklumat Bermula Di Sini
Internet merupakan pangkalan data yang semakin hari semakin berkembang. Segala maklumat yang disalurkan melalui Internet mempunyai kebaikan dan juga keburukan – dengan kata lain ianya mempunyai sisi yang perlu anda tapis sebelum menghadam sesuatu informasi yang di temui.
Anda perlu tahu bahawa Internet bukan sekadar eksiklopedia biasa, ianya berkembang dan berubah mengikut peredaran masa – begitu juga maklumat yang terkandung di dalamnya. Internet boleh dikatakan sebagai pusat pengumpulan maklumat serta data yang tidak tersusun, ini kerana anda sebagai pengguna boleh menyumbang kepada maklumat tersebut. Jadi sebagai penguna anda perlu bijak menerima sesuatu maklumat di ruang Internet.
Maklumat serta informasi yang terkandung di Internet merupakan perkongsian antara individu. Ini kerana dengan mudah seorang suri rumah, guru, penulis blog, individu professional dan juga seorang pakar menyumbangkan sesuatu maklumat. Apa yang diperlukan hanya capaian internet dan medium untuk memaparkan maklumat tersebut. Maklumat yang disampaikan ini pula hanya dibezakan oleh cara penyampaiannya mengikut kepakaran individu terbabit.
Mengapa Perlu Kepada Pakar
Sebagai penguna internet, sudah tentu maklumat yang ingin anda cari adalah maklumat yang disumbangkan oleh segolongan individu yang mengelarkan diri mereka “pakar”. Ini kerana maklumat dari golongan ini merupakan maklumat yang boleh dipercayai.
Terdapat pelbagai maklumat dihasilkan dan disiarkan di ruangan Internet setiap hari oleh mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai seorang pakar atau expert. Di sini saya tidak maksudkan mengenai cerita-cerita peribadi yang dihasilkan oleh individu-individu tetentu tetapi lebih kepada topik yang melibatkan penyampaian maklumat dan informasi, selalunya bidang ini mempunyai pakarnya yang tersendiri.
Misalnya, anda mencari maklumat mengenai tips blog, maka carian anda mungkin akan membawa kepada artikel yang di tulis oleh Problogger, Chris Garret atau CopyBlogger. Ini antara nama yang boleh dipercayai dalam dunia internet sekiranya bercakap mengenai tips blog.
Namun disebalik carian tersebut, anda mungkin akan menjumpai maklumat yang dihasilkan oleh individu biasa yang bercakap mengenai perkara yang sama. Walaupun bukan “pakar”, maklumat yang disampaikan oleh golongan ini juga boleh digunapakai sekiranya anda mempercayai sumber tersebut.
Apa yang membezakan pakar dengan individu biasa. Terbaik kita perlu mengetahui definisi pakar atau expert terlebih dahulu. Berdasarkan WikiPedia;
An expert also called cognoscente is someone widely recognized as a reliable source of technique or skill whose faculty for judging or deciding rightly, justly, or wisely is accorded authority and status by their peers or the public in a specific well-distinguished domain. An expert, more generally, is a person with extensive knowledge or ability based on research, experience, or occupation and in a particular area of study….
Bagaimana hendak menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu tanpa menimbulkan keraguan pembaca, terutamanya yang melibatkan niche blog anda. Penting untuk anda menghilangkan rasa ragu-ragu pembaca sekiranya anda ingin menjadi seorang pakar. Pakar Blog, Pakar Cinta, Pakar Buat Duit dan sebagainya. Mahu menjadi “pakar” dalam niche anda, habiskan artikel ini.
Kepalsuan serta Kepura-puraan
Anda belum faham lagi, mari cipta satu situasi sebagai contoh. Individu A ingin buat duit secara online melalui blog, jadi individu A ini terjun ke dunia internet dengan menghasilkan segala bentuk ebook, blog artikel, panduan dan sebagainya mengenai cara-cara untuk buat duit melalui blog. Namun apa yang anda tidak tahu, Individu A ini hanya melakukan sedikit kajian untuk mengetahui serba sedikit tentang perkara yang ingin mereka sampaikan dan mereka mula…..
Menghasilkan Sesuatu
Tiada masalah dengan strategi yang digunapakai oleh individu A ini(baca sedikit maklumat dan terus menghasilkan sesuatu). Kebanyakan dari kita melakukannya. Namun, masalah akan timbul kemudian hari apabila individu A ini tidak benar-benar memahami apa yang mereka perkatakan dan lebih buruk lagi mereka telah berkongsi segala maklumat palsu dengan pembaca mereka. Lebih teruk lagi…..
Individu Ini Menyusahkan Diri Sendiri
Jadi bagaimana hendak mengelakkan semua ini berlaku dalam dunia internet sekiranya anda ingin mengelarkan diri anda sebagai pakar dalam sesuatu bidang. Bagaimana hendak mengelakkan situasi yang berlaku kepada individu A menimpa anda. Bolehkah anda menjadi seorang pakar, mendapatkan kepercayaan pembaca dan hilangkan segala keraguan pembaca anda.
Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda
Di bawah saya selitkan 3 langkah untuk mendapatkan kepercayaan pembaca dan seterusnya di iktiraf oleh pembaca anda sebagai seorang “pakar”. Secara khasnya saya tujukan langkah-langkah ini kepada rakan blogger semua yang mempunyai cita-cita untuk menjadi blogger sepenuh masa. Untuk mendapatkan kepercayaan pembaca, anda boleh…..
1 – Apa Jua Tindakan, Susulkan Dengan BUKTI
Ini merupakan perkara pertama yang anda perlu ingat dan lakukan. Bekerja dengan kalangan pembaca internet memerlukan anda melakukan sesuatu dengan mengemukan segala bukti yang anda ada. Sekiranya anda ingin menjadi pakar dalam dunia blog dengan tips-tips blogging anda, maka anda perlu susulkan tips anda dengan bukti sekiranya boleh. Bagaimana anda berjaya menarik traffik dan pelawat, apa rahsia anda, berapa yang anda telah jana dengan blog anda dan sebagainya. Ini sesuatu yang perlu anda lakukan.
Jangan hanya bercakap mengenai tips blog, namun anda tidak pernah aplikasikan satu pun tips tersebut dalam pembinaan blog anda. Terbaik anda jalankan sedikit eksperimen mengenai tips tersebut ke atas blog anda sebelum berkongsi tips tersebut dengan pembaca anda.
Mengapa Bukti
Mari lihat situasi individu B. Individu B merupakan pakar motivasi yang mengajar segala bentuk motivasi diri. Di internet, pembaca sukar untuk mempercayai sesuatu perkara secara bulat, anda perlu kepada BUKTI. Jadi untuk mengelarkan diri anda sebagai pakar, anda mungkin boleh menghasilkan video testimonial pelanggan anda yang sebelum ini telah mendapatkan khidmat motivasi anda sebagai bukti. Sekiranya anda dapat lakukan ini maka anda telah berjaya…
Meyakinkan pembaca anda dan anda akan diiktiraf sebagai seorang PAKAR
Sebenarnya kejayaan terbesar seseorang yang berkecimpung dalam dunia Internet adalah mendapatkan pengiktirafan individu lain. Namun perlu di ingat bahawa pengiktirafan individu lain merupakan sesuatu yang sukar di perolehi.
2 – Kuasai Bidang Anda Sebagai Seorang Pakar Yang Sebenar
Tidak kira apa jua bidang yang anda ceburi, anda perlu menguasai bidang terbabit secara baik. Ini kerana di luar sana banyak lagi pakar dalam bidang tersebut yang boleh mengesan tindakan anda. Sekiranya anda hanya berpura-pura menjadi pakar dalam bidang tersebut golongan ini dengan mudah dapat mengesan kepura-puraan anda. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, tolak ke tepi soal kemasyuran, famous, duit, peminat dah sebagainya. Tumpukan perhatian anda kepada bidang tersebut, lakukan sedikit kajian dan sekiranya perlu lakukan sedikit latihan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bidang yang anda ceburi.
3 – Jangan Hanya Bercakap, LAKUKAN
Sebaiknya dari hanya bercakap-cakap bahawa anda seorang pakar dalam mana-mana bidang, terbaik anda lakukan atau aplikasikan segala kepakaran anda dengan tindakan. Bercakap tanpa tindakan susulan tiada gunanya, ilmu tanpa amal juga tiada gunanya. Sekiranya anda pakar dalam bidang penulisan blog, curahkan ilmu yang anda ada melalui penghasilan artikel yang baik, susulkan dengan bukti dan tindakan. Mendapatkan kepercayaan pembaca adalah sesuatu yang sukar. Namun sekiranya anda dapat memberi informasi melalui artikel dan membuktikan melalui tindakan maka…..
Wow..Pembaca Akan Mengiktiraf Anda sebagai Pakar
Perlu diingat pembaca juga seperti anda, mereka tidak akan menerima bulat-bulat input atau maklumat yang anda salurkan. Berkemungkinan mereka juga sudah lama berkecimpung dalam bidang tersebut. Dapatkan kepercayaan mereka dahulu dengan memberi pendapat, menunjukkan bukti, buktikan autoriti anda dan sebagainya untuk kebaikan anda.
Kata Anda
Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – kongsi sedikit tips anda.
Bagi saya, sekiranya anda mahu menjadi seorang pakar, tidak semestinya anda perlukan pengiktirafan seluruh dunia untuk menyatakan bahawa anda pakar dalam bidang tersebut. Cukup pengiktirafan dari segelintir pembaca anda atau sebahagian individu dari komuniti anda.
Apa kategori anda – Seorang Pakar? Individu yang menyumbangkan idea serta pendapat? Individu yang hanya mengangguk dan hanya berkata “YA” atau anda jenis yang suka kepada “trial and error”. Untuk memahami apa yang saya ingin sampaikan, perlu untuk anda menghabiskan artikel ini sebelum anda memberi komen atau pendapat.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013

Tiada kata2 nak di ucapkan..aku suka baca tip yg sebegini….teruskan!
azman recently posted..Wordless Wednesday#4/Kuasa Allah
bookmarked!memang kena dengan saya ni.haha apapun saya tak adalah sampai nak jadi pakar kewangan lagi pun.sebab bidang saya ni kalau nak dipanggil pakar,kena ada lesen CFP,CFIP,CPA etc…baru layak.so apa yg saya selalu tulis pun based on apa yg saya belajar di kelas , pembacaan.kebanyakan saya dah cuba sendiri lah khususnya tip jimat tu.kalau hal2 lain,belum saya tulis sebab benda tu kena ada rujukan atau contoh yg meyakinkan orang…macam bro cakap,nak yakinkan orang bukan mudah tanpa bukti.
izwannizam recently posted..Simpatikah Anda Kepada Mereka ?
Nice info, memang kena bookmark. Waiting for next update
BloggerHowtt recently posted..Siapa Blogger Traffic Hunter
kelu jari tak tertaip! you are my brother bro.huhu…
kalau personal ni kira niche jugak ke?
susah jg nak cakap tetapi terbaik ko boleh guna personal blog sebagai test site – tulis untuk mencuba idea dan try niche yang sesuai dekat situ
aku pernah buat niche education.nampak memang ok tapi trafik tak berapa nak menjadi la bro.cuma kalau dari search engine tu kira ok la…
Twitter: azuanrazi
Emm, masih sedang belajar lagi dan byk try and error…
Azuan recently posted..Apple iPhone 5 and the Features to Expect
setuju dengan entry ko, setakat ni x ready lagi nk buat nichie, memang ada niat, dan setuju juga yg aku juga hanya mengkaji hanya sedikit, so bila kurang ilmu jadi x konfiden kalau boleh berjaya
Juan recently posted..Satay | Otak Otak | Nasi Dagang
niche blog – aku masih gagal untuk lakukan blog yang punyai niche. permulaan aku jadikan personal sebagai medan untuk aku try & error.
niche blog yang aku lihat kebanyakan yang ada di negara kita, pendapat aku, tak capai lagi pada perignkat sepatutnya. tapi aku suka melihat personal blog yang dah berjaya dalam kelasnya sendiri.
biar diam tapi berisi. hehe. syabas bro, entri yang cun melecun!
di malaysia ada blog yg mempunyai niche tetentu namun blog ini di dalam bahasa english – byk local blogger yg berjaya dgn blog namun mereka tidak menulis dalam bahasa melayu.
menarik… betul apa yang dikatakan… ramai blogger skrg kejar trafik semata2, dengan copy paste buta2… tanpa usul periksa… satu aktiviti yang merbahaya tu….
kebanyakan dari kita mengejar traffik dan pelawat – saya jg begitu. dibezakan hanya dengan cara dan bagaimana ianya dilakukan.
aku selalu bercakap berdasarkan pengalaman..susah nak bercakap kalau kita tak pernah buat sesuatu perkara tu..pasal artikel aku tentang microblogging tu, aku tak pernah la buat secara menyeluruh..cuma aku cuma kongsikan sebahagian pemahaman aku dan juga apa yang aku dah buat, berdasarkan pengalaman…kalau nak tunjukkan bukti, rasanya kalau siapa yang explore tu, tau dah kot..hehehe…
selalunya orang buat produk digital ni la yang merujuk kepada PAKAR ni..:P
reezluv recently posted..Networking & Blogging
bercakap melalui pengalaman adalah yg terbaik sekiranya kita ingin memberi sesuatu maklumat – penyampaian kita akan lebih berkesan
p/s – tak semestinya produk fizikal bro, yang tak menjual produk fizikal pun boleh dirujuk sebagai pakar sekiranya dia ada autoriti dlm bidang tersebut
aku kata produk digital la kat atas tu…:P
reezluv recently posted..Bagaimana Link Wheel Dihasilkan?
sory mistake reez
hehehe..takpe2.:D
reezluv recently posted..Bagaimana Link Wheel Dihasilkan?
Perkongsian yang bagus untuk menjadi kredibel dan pakar industri. Menukarkan ayat-ayat pendapat kepada ayat fakta juga merupakan salah satu daripada cara, untuk dianggap sebagai pakar. Sentiasa anggap pembaca kita lebih bijak, kerana dengan itu kita akan menulis dan menyediakan bukti (seperti yang disarankan oleh tuan dalam entri ini).
Terima kasih sekali lagi kerana menerbitkan entri yang bermanfaat. Ia boleh jadi sebagai sumber rujukan untuk menjadi kredibel dalam industri.
Aqif Azizan recently posted..Kajian Kes Rahsia Gold – Rahsia Jualan RM211,977
majalahniaga jg antara blog yg baik dan sarat dgn maklumat – selalu jg jenguk ke sana sbg silent reader
terima kasih sudi drop komen
Selalu juga rujuk dengan blog ProBlogger tapi macam tidak puas membacanya. Ada beberapa blog ada memberikan tip macam tapi ia bukanlah semudah dipraktikkan. Kalau hari ini buat belum tentu hasilnya akan berlaku serta-merta. Saya percaya ada mesti ada kaedah yang berkesan kerana ada yang berjaya menjadikn blog sebagai sumber pendapatan
Somewhere somehow mesti ada caranya
akubiomed recently posted..Rawatan rel keretapi elektrik
Tips yg revelan
Untuk jadi seorang yg pakar agak susah sbb dia bermain dgn semangat
Selalunya smgt nk jadi pakar kejap ada kejap ilang dan ikut mood
menjadi bukan mudah masa dan pengalaman belum tentu menjadikan kita pakar. namum aku tertarik dgn point no.3 jangan hanya bercakap lakukan…hihihi:)
nice netri bro…serius nice well done
erm, mungkin suatu hari nanti boleh menapak sebagai pakar juga. sekarang ni masih dalam proses pembelajaran. belajar yang asas dulu…
Fahmi recently posted..Cermin Mata Pelajar Patah
nice entry..
aku bukan pakar..
aku mencari ilmu bukan untuk menjadi pakar..
hanya untuk pengalaman untuk perkongsian bersama di hari kelak..
Wow….byk nye info…
Sangat2 bermanfaat….
boleh ke saya share di blog saya nnt
juanita recently posted..Salam Merdeka Raya Dari Tetikusrusak & Keluarga
nak share xda maslah juanita
huhu..nak jadi pakar tu yang susah sikit tu..
sayacomel recently posted..Happy Eid Mubarak 2011 – Selamat Hari Raya!
baca artikle pakar buatkan tambah semangat nak jd pakar
kalau boleh lah …
puanbee recently posted..Daftar Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) Untuk Kakak 8 Tahun