6 Makanan Agar Kulit Kekal Sihat

makanan untuk kulit kekal sihat - lelaki kacak

Dalam penjagaan kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan penjagaan diri, dandanan dan kesihatan kulit, berbagai cara dilakukan oleh kita. Pelbagai krim kecantikan digunakan dan pelbagai petua tradisional akan diaplikasikan. Semua dengan harapan untuk kekal cantik.

Bercakap tentang kecantikan, wanita moden serta lelaki kacak metroseksual akan melakukan pelbagai cara untuk menjaga dandanan diri. Sebut saja apa makanan tambahan dan pil penjagaan badan terbaru di pasaran. Bukan main cepat anda ingin menjadi individu yang pertama mencuba.

Namun adakah anda menyedari bahawa makanan yang anda sediakan di dapur sama pentingnya dengan makanan tambahan yang anda ambil, bahkan lebih penting dari krim perawatan kulit yang digunakan.

Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, anda semestinya tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah makanan yang boleh membantu anda mendapatkan kulit sihat dan cantik seperti yang diimpikan. [prevention.com]

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Sebuah kajian menunjukkan, individu yang memakan 5 sudu tomato paste yang kaya dengan lycopene setiap hari selama 3 bulan berturut-turut memiliki perlindungan semulajadi terhadap pancaran sinaran matahari sebanyak 25% lebih tinggi dari individu biasa yang tidak mengamalkan permakanan tersebut. Malahan, kajian juga menunjukkan tomato merupakan pembekal collagen semulajadi yang membantu kulit anda lebih tegang dan mencegah dari kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi mempunyai lebih dari 130% vitamin C, bahan antioksidan utama yang merangsang pengeluaran fiber collogen semulajadi yang memelihara kulit, mengekal kelembutan dan menampakkan kulit anda lebih gebu. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

Walaupun lelaki, aku tidak suka strawberi dan tidak marah jika tidak dijemput untuk makan. Lelaki Kacak lain, anda suka strawberi?

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan berlakunya kanser kulit.

Bonus untuk lelaki kacak – anda mungkin sukakan epal dan anda lebih berisiko mendapat penyakit. Tahukah anda wahai lelaki kacak, sekiranya anda mengamalkan memakan epal 1-2 biji seminggu selama setahun anda dapat meminimakan risiko penyakit hati. Tapi pastikan anda makan sekali kulitnya.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone.

Bonus untuk lelaki kacak – terutamanya Lelaki Kacak Johor, jadikan Tempeh sebagai diet makanan anda. Tempeh dihasilkan dari soya, boleh di masak dan rasanya sedap. Peringkat umur 30-an ke atas. Ingat 30-an ke atas. Aku termasuk dalam kategori ini rasanya.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Makanan Untuk Kulit Kekal Sihat – Bukan Untuk Lelaki Kacak….

Senarai makanan di atas sebenarnya bukan hanya untuk lelaki kacak atau wanita yang ingin kekal cantik sahaja. Lebih dari itu makanan sebegini sesuai untuk dijadikan hidangan seisi keluarga, tua muda, adik abang dan amat sesuai untuk anak di rumah. Amalkan pemakanan sihat ok lelaki kacak….

About neu

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. ok. mari makan banyak-banyakk..

  2. semua org boleh amalkannya..mmg mudah shja..x yah nk bli supplemen yang mahal2.. :)

  3. Sekarang ini sudah perkenalkan memakan hasil tanaman organik kerana bebas daripada pengunaan racun dan baja kimia.


  4. Twitter:
    6 makanan untuk kulit kekal sihat memang semuanya saya makan.

    Alhamdulillah. Saya suka makan.

    Saudara Neu sendiri tak makan ke antara semua tu? hehehe


  5. Twitter:
    alhamdulillah semua makanan kegemaran :)
    Khairul Zamri recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile (dofollow)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.