Menjadi Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

In Blog by zeo39 Comments

Malaysia Best Blog 2015!!! Bagaimana hendak tentukan blog terbaik di negara kita? Apa syarat menjadi Malaysia Best Blog. Mungkin masih awal untuk membuat kesimpulan. Namun, tidak salah jika mahu berbicara, 2015 juga kita akan tujui.

Sebenarnya terdapat pelbagai kriteria dan penanda aras untuk menentukan blogger terbaik Malaysia. Dan, penanda aras itu sebenarnya berbeza antara sesebuah blog dengan blog yang lain.

Dan ia juga berbeza bagi setiap individu yang membuat penilaian.

MENGAPA PENILAIAN KITA BERBEZA

Anda boleh mengatakan blog A sebagai blog terbaik, dan saya boleh mengatakan blog C sebagai blog terbaik. Perbezaannya di sini ialah blog-blog tersebut “terbaik berdasarkan bagaimana anda dan saya melihat sesebuah blog.

Saya mengatakan demikian kerana, mungkin anda boleh mengatakan blog D popular dan terbaik untuk anda. Namun, saya mungkin tidak melihatnya begitu.

Malaysia Best Blog 2015 juga boleh ditentukan oleh personaliti blogger itu sendiri. Blog dan penulisan tidak seberapa, namun cara blogger tersebut mencari populariti membuatkannya popular.

Persoalannya, terdapatkah blog sebegitu di Malaysia?

Malaysia Best Blog Site 2015

ADAKAH BENAR TERDAPAT MALAYSIA BEST BLOG?

Ada. Sememangnya terdapat blog yang benar-benar popular dan boleh di angkat menjadi Malaysia Best Blog. Blog-blog ini terbaik dalam pelbagai niche, popular dalam pelbagai bidang dan terbaik dalam pelbagai perkara yang mereka lakukan.

Bagi saya terbaik tidak semestinya popular dan popular juga tidak semestinya terbaik…

MENENTUKAN 2015 BEST BLOG MALAYSIA

Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi Malaysia Best Blog 2015?

Sementara ramai boleh set up dan hasilkan sebuah blog…tidak ramai punya keupayaan untuk membawa blog tersebut menjadi sebuah blog yang baik hinggakan boleh di gelar sebagai Malaysia Best Blog.

Untuk menjadi Malaysia Best Blog seseorang blogger perlulah mempunyai ciri kualiti yang unik. Ciri kualiti unik yang akan membawa blog tersebut menjadi sebuah blog yang baik.

Jika, saya di minta untuk membuat pilihan blog paling best 2015 maka berikut antara kriteria yang akan saya gunakan untuk memilih.

Antaranya ialah…

MALAYSIA BEST BLOG PERLULAH MEMPUNYAI PERANCANGAN

Malaysia Best Blog 2015

Semasa anda menghasilkan blog, adakah anda mempunyai perancangan untuk blog tersebut?

Sesebuah blog yang dikenali hari ini bermula dari “kosong” mulanya. Namun seorang blogger yang baik perlu mempunyai perancangan semasa mula menghasilkan blog tersebut.

Cipta satu “master plan” untuk blog anda. Kekal dengan rancangan tersebut dan halakan blog kearah rancangan awal anda.

Contoh:

Saya merancang menghasilkan blog kerjaya terbaik. Sudah tentu rancangan saya akan terarah ke rancangan tersebut sehingga berjaya.

Berjaya di sini mungkin berbeza definisinya, bergantung kepada tujuan asal seseorang blogger menghasilkan blog.

MALAYSIA BEST BLOG PERLULAH KREATIF

“Jadi lain dari yang lain”…mungkin ayat yang sesuai mengaitkan blog dan aspek kreatif.

Blogger yang kreatif maknanya kreatif dalam penghasilan cerita, kreatif dalam penulisan, kreatif dalam pemasaran, kreatif dalam menjana pendapatan dan kreatif dalam pelbagai aspek lain berkaitan blog.

SABAR DALAM MEMBINA BEST BLOG MALAYSIA

Saya pernah mengatakan sekiranya blogging merupakan perniagaan maka anda perlu memberikan 100% perhatian kepada perniagaan tersebut. Blogging memerlukan komitmen anda, blogging memerlukan anda serius, blogging memerlukan kesabaran dan sudah semestinya memerlukan minat.

Kombinasi perkara di atas merupakan antara asas untuk membina blog yang baik.

Tanpa minat dan kesabaran membina sesuatu blog (tidak mengira niche) maka blog anda tidak akan kemana.

Untuk menghasilkan blog yang baik anda tidak boleh cepat mengalah, cepat hilang minat atau cepat berputus asa. Mengalah kerana tiada pelawat ke blog anda, burn out kerana minat sudah hilang atau berputus asa disebabkan anda tidak memperolehi hasil dari blog anda.

Maka kesabaran anda sebagai blogger perlu untuk menjadi Malaysia Best Blog 2015 dan tahun-tahun mendatang.

TETAPKAN MATLAMAT BLOG DAN FOKUS

Membawa gelaran “Malaysia Best Blog” merupakan tugas berat. Gelaran yang akan membuatkan blogger lain memandang anda, gelaran yang akan membawa perhatian terus ke blog kendalian anda.

Bawa gelaran tersebut dengan bangga, tetapkan matlamat dan terus fokus membina “Blog Malaysia Terbaik”.

Sekiranya anda menetapkan matlamat dengan mudah anda boleh fokus dan dimotivasikan oleh matlamat tersebut.

Dengan adanya matlamat anda akan cuba untuk menulis dengan lebih baik agar maklumat, tips blog atau apa jua informasi yang anda ingin sampaikan dapat di terima dengan baik oleh pembaca.

Jadi apa matlamat anda menulis blog?

Menjadi kaya, menjadi terkenal, menjadi yang terbaik atau hanya untuk memuaskan hati anda.

Kongsikan jawapan anda dengan saya di ruangan komen nanti.

KATA SAYA…

Apa pun yang mendorong anda untuk menulis blog anda perlu mempunyai minat dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah blog yang berkualiti dan di senangi pembaca. Konsep blog anda perlu di ambil kira, apa fokus anda di sebalik penulisan tersebut dan sebagainya mungkin menjadi faktor penentu haluan blog anda.

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Malaysia Best Blog 2015. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana?

Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.

p/s – akan bersambung…

Image Kredit: ShutterStock

Comments

    1. salam kenal kembali.

      komen sedari lepas ke spam box. lain kali apabila meninggalkan komen jangan letak link URL artikel di ruangan URL homepage. Hanya perlu letak URL ditempat yang sesuai disediakan. Ia akan detect spam dan ia tidak bagus untuk blogger.
      neu recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  1. Dik tengah syok baca, tupanya bersambung, tiada senarai blog unguk Mslaysia Best Blog 2015.

    Mungkin lepas ini boleh sambung lagi artkel yang ditulis gu, pasti ada blog menarik unguk disenaraikan.

    Kalau nak join Malaysia Best Blog 2015, kena sambung dan masukan sekurang-kurangnya 10 blog terpilih.
    sensasi2020 recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

  2. Ambo pun baru aje buat post 2 hari lepas. Nampak gaya kempunan sebab nak dapat ranking 10 terbaik Google ni amat susah especially dengan ramai otai blogger yang begitu mahir dengan SEO ni.

    Apa2 pun, kalau nak baca entri ambo, boleh klik aje pada nama ambo kat atas tu. Hu hu, banyak sungguh entri kali ni!

Leave a Comment

CommentLuv badge