Bahasa Melayu Boleh diantarabangsakan

Bahasa Melayu Boleh diantarabangsakan

Perasaan bangga dan teruja sekali apabila menyaksikan malam kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri baru-baru ini. Perasaan itu timbul bukan semata-mata menyaksikan rekod 56 peserta mewakili 51 negara bertanding, malah melihat kepetahan mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sekali. Bagi saya Bahasa Melayu boleh digunakan secara meluas jika kena dengan perlaksanaanya.

Bukan itu saja, kelantangan peserta luar negara yang cukup bersemangat mengupas tema-tema penting seperti konsep 1Malaysia, menarik perhatian semua yang menyaksikan pertandingan itu sama ada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau mereka yang menonton di televisyen. Tahukah anda melalui cara ini Bahasa Melayu boleh diantarabangsakan dilakukan melalui cara ini.

Bahasa Melayu Boleh diantarabangsakan

Apa yang jelas, pertandingan pidato baru-baru ini menggambarkan kepada kita bagaimana bahasa Melayu berpotensi untuk diantarabangsakan di mata dunia jika kesemua pihak yang terlibat memainkan peranan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pertandingan pidato yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya banyak mempromosi bahasa Melayu itu sendiri di persada antarabangsa. Sebenarnya Bahasa Melayu boleh pergi jauh dengan aktiviti seumpama ini. Bergerak dari sekarang dengan program sebegini maka Bahasa Melayu boleh diketengahkan lagi. Tidak terhad penggunaan Bahasa Melayu di rumpun Melayu sahaja.

Sistem Pendidikan Bahasa Melayu Boleh Dipertingkatkan

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengajian Tinggi

Jika kita amati secara lebih mendalam, proses pengantarabangsaan bahasa Melayu ini bermula sejak lama lagi apabila bahasa itu diajar di universiti-universiti seluruh dunia. Sehingga hari ini ada kira-kira 130 pusat pengajian tinggi menawarkan pengajian Bahasa Melayu merentasi benua Amerika menganjur ke Asia Timur Jauh hingga ke Australia dan New Zealand. Ini antara usaha kerajaan dalam memperkenalkan Bahasa Melayu di luar negara. Sebenarnya, Bahasa Melayu boleh di terima pakai sehingga di ajar di Universiti ternama luar negara.

Di Eropah, pengajian Bahasa Melayu yang pertama diadakan di Perancis mulai 1841, di Ecole National des Langues et Civilizations Orientales Vivanttees (Enlov). Belanda mula mengajar bahasa Melayu kepada pegawainya yang dihantar bertugas di Indonesia sejak abad ke-19.

Di Amerika Syarikat, kuliah bahasa Melayu dimulakan di Cornell University sekitar akhir 1880-an, tetapi terhenti dan disambung semula selepas Perang Dunia Kedua. Di Jepun, bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa yang berasingan daripada bahasa Indonesia di empat universiti di sana.

Di China, bahasa Melayu mula mendapat perhatian pada 1950-an lagi apabila Fakulti Bahasa-Bahasa Timur Universiti Peking (Beijing) menawarkannya sebagai satu subjek. Sementara itu, di Korea Selatan, bahasa Melayu diajar di dua universiti, iaitu Universiti Hankuk dan Universiti Pusan. Bagi saya, sifat Bahasa Melayu itu sendiri amat universal, jadi Bahasa Melayu boleh diamalkan dan dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa di luar negara.

Kampung Melayu Boleh Diperlihara

Pada hari ini, ada kira-kira 300 juta penutur bahasa Melayu pelbagai dialek di seluruh dunia. Kebanyakan mereka adalah penutur asal daripada rumpun Melayu di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand. Selain itu, ada juga ‘Melayu Diaspora’ di luar alam Melayu yang membentuk komuniti Melayu di negara lain seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Arab Saudi. Sebahagian besar mereka ini masih mengekalkan penguasaan bahasa Melayu yang baik. Ini merupakan komuniti Melayu yang boleh memperkembangkan lagi penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri. Semangat “Melayu Boleh” diterjemahkan melalui penggunaan meluas Bahasa Melayu oleh komuniti Melayu di luar negara.

Namun, penguasaan bahasa Melayu di kalangan rumpun Melayu saja tidak akan memberi kekuatan kepada bahasa ini menjadi satu bahasa antarabangsa. Sebaliknya, usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu harus mengambil kira kemunculan bangsa lain yang turut berpeluang menguasai bahasa Melayu. Ingat Bahasa Melayu bukan hanya untuk “Melayu” sahaja, Bahasa Melayu boleh dikembangkan jika ingin melihat pengantarabangsaan bahasa ini.

Dalam hal ini, sebenarnya kita sudah melakukan beberapa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat dunia. Penubuhan Kursi Pengajian Melayu di beberapa universiti terkemuka di dunia adalah usaha awal kerajaan mengantarabangsakan bahasa Melayu seperti di Leiden University, Belanda, Ohio University di Amerika Syarikat, Victoria University of Wellington, Beijing University dan di Universiti Hankuk, Korea.

Pada ketika ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji impak penubuhan kursi-kursi ini dan sejauh mana kewujudannya perlu dimantapkan agar usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu boleh dipertingkatkan di samping melaksanakan tanggungjawab lain.

Dalam konteks tempatan pula, Jabatan Bahasa Melayu dan Akademi Pengajian Melayu dalam universiti awam perlu memperhebatkan usaha mereka untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu. Dalam hal ini, mereka tidak boleh hanya berpuas hati dengan pencapaian sedia ada atau sekadar menumpukan usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam konteks dalam negara saja.

Sebaliknya, mereka perlu mempunyai sasaran agar menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai program seperti penyediaan guru bahasa untuk memenuhi keperluan pelajar asing mahupun menjayakan program mobiliti pensyarah bahasa Melayu untuk mengajar di luar negara.

Sudah tiba masanya, jabatan Bahasa Melayu di IPTA mempertingkatkan kerberhasilan mereka dalam mengantarabangsakan bahasa Melayu. Mereka perlu berjiwa besar sehingga berupaya membantu meletakkan Malaysia sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu dunia yang diiktiraf dan dihormati. Ini semangat Melayu Boleh yang kita mahukan.

Di samping itu, kehadiran pelajar asing di IPTA dan IPTS dalam negara juga adalah satu peluang kepada kita membantu usaha mengembangkan bahasa Melayu. Justeru, dalam ucapan saya sewaktu malam kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri baru-baru ini, saya menegaskan bahawa pelajar asing yang menyambung pengajian di Malaysia akan diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa Melayu.

Sehingga kini, kita mempunyai 65,000 pelajar warga asing dan dasar ini sekali gus akan menambah jumlah penutur bahasa Melayu. Saya percaya cadangan ini mempunyai asas dan kewajarannya kerana pelajar asing di negara kita akan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.

Penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar asing di Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil buat mereka. Sebaliknya, inilah cabaran kepelbagaian dunia yang perlu mereka hadapi apatah lagi berada di Malaysia iaitu sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai budaya dan bahasa.

Saya percaya berdasarkan kelebihan dimiliki ini, Malaysia mampu melonjak sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu di peringkat dunia. Proses pengantarabangsaan bahasa Melayu wajar diangkat sebagai mauduk penting selaras hasrat untuk meletakkan Malaysia di mata dunia.

Semangat dan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memartabatkan bahasa Melayu wajar dikongsi bersama oleh kita semua. Jika semua pihak memainkan peranan penting dalam konteks masing-masing, kita yakin bahasa Melayu boleh gah berdiri setanding dengan bahasa utama dunia yang lain.

Artikel diubahsuai dari text ucapan Khaled Nordin.