Langkah Membina Blog Niche

Blog Niche

Blog Niche

Mengapa Saya Menghasilkan Blog Yang Pelbagai

Blogging pada asasnya adalah cara untuk berkongsi tentang sesuatu yang kita minat dalam bentuk penulisan seharian yang mempunyai tarikh dan kronologi tertentu.

Blog ini merupakan blog personal saya yang banyak saya catatkan apa yang terlintas untuk menulis – tiada iklan di sini. Hanya di isi oleh beberapa entri yang banyak membincangkan tentang dunia blog dan pengalaman sendiri sebagai seorang blogger. Tidak lebih dari itu. Harap anda tidak bosan.

Selain dari blog ini, saya ada pelbagai blog lain yang saya usahakan. Blog yang berniche tertentu yang saya hasilkan disebabkan minat saya terhadap topik tersebut dan juga atas dorongan bahawa niche yang saya pilih dapat menghasilkan pendapatan apabila tiba masanya nanti.

Jadi jawapan saya menghasilkan blog yang pelbagai ialah – Minat + Dorongan Menjana Pendapatan

Apa itu Blog Niche

Blog yang mempunyai niche tetentu merupakan blog yang fokus kepada sesuatu topik penceritaan sahaja. Dengan kata yang lebih mudah, setiap topik yang dihasilkan dalam sesebuah blog berniche selalunya berkaitan antara satu sama lain dan kekal terhadap topik tersebut.

Sebagai contoh, seseorang blogger yang menulis mengenai tips blog atau tips SEO hanya akan kekal dan fokus kepada topik penceritaan tersebut. Atau tiap penceritaan akan mempunyai perkaitan dengan topik tersebut. Walaupun beliau bercerita mengenai topik di luar kebiasaan, namun isu dan penceritaan akan tetap fokus terhadap topik tersebut.

Ramai mengatakan blog yang mempunyai niche tetentu mudah untuk mengekalkan minat segolongan pembaca dan menarik minat pembaca baru. Ada juga yang mengatakan bahawa membina blog berniche bukan satu langkah yang bijak. Benarkah begitu?

3 Langkah Menulis Blog Berniche

Saya tinggalkan persoalan di atas kepada anda, namun berikut antara langkah mudah untuk menghasilkan dan menulis blog berniche.

Pilih Topik Blog Yang Anda Minati

Blogger yang menulis blog berniche tetentu adalah blogger yang menulis mengenai sesuatu topik yang mempunyai segmen penceritaan yang kecil. Ini bermakna jika anda ingin menghasilkan sebuah blog berniche tertentu anda perlu mempunyai idea mengenai topik tersebut dan boleh mengeluarkan pendapat yang berkaitan dengan topik tersebut.

Menulis apa yang anda minat akan memudahkan anda menguruskan kandungan blog anda. Ini kerana topik penceritaan anda lebih khusus dan terarah ke satu topik utama sahaja.

Pilih Topik Yang Boleh Anda Mahir dan Kuasai

Selalunya blogger yang mempunyai blog berniche adalah blogger yang sememangnya mahir di dalam bidang tersebut. Golongan ini merupakan pakar dalam bidang tersebut. Bagaimana pula anda yang bukan seorang pakar dan ingin menghasilkan sebuah blog yang mempunyai niche spesifik seperti laman informasi teknologi, design, inspirasi dan sebagainya. Apa caranya?

Ilmu + Minat = Bonus

Semuanya bermula dengan minat. Ya, MINAT sahaja sudah mencukupi untuk menghasilkan sebuah blog yang baik. Jika anda berminat mengenai sesuatu perkara, banyak membaca dan melakukan kajian terhadap topik tersebut, maka anda boleh menghasilkan sebuah blog berniche. Tidak semestinya anda perlu menjadi seorang pakar untuk menulis sesutu perkara yang anda tidak tahu, namun jika anda mempunyai “ilmu” dan “minat”, maka itu merupakan bonus untuk anda menghasilkan blog terbaik.

Pilih Topik Penceritaan Yang Kecil dan Kekal Fokus

Niche bermaksud fokus kepada sesuatu perkara. Ini membolehkan anda menghasilkan sebuah blog berniche yang baik apa yang boleh anda lakukan ialah. Pilih satu topik penceritaan yang kecil dan kekal bercerita mengenai topik tersebut.

Sebagai contoh, jika anda ingin memberi tips dalam bidang penulisan blog (penulisan blog, kategori yang agak besar) anda boleh mencuba niche yang lebih kecil iaitu “Penulisan Freelancer” dan sebagainya.

Langkah Membina Blog Niche

Dunia Blog Malaysia..Dulu dan Kini…

Saya mula menulis pada tahun 2007, pada waktu itu blogging merupakan sesuatu yang baru. Tidak ramai penulis yang bagus-bagus seperti sekarang. Tidak banyak blog wujud dan suasana blogging Malaysia juga agak berbeza pada waktu itu. Sebagai contoh tidak banyak terdapat blog yang membicarakan tentang penulisan, memberi tips dan akan mengajar anda cara-cara untuk berblog.

Jika wujud masalah berkaitan blog pada waktu itu, maka Google akan menjadi teman baik. Ya, anda perlu Google untuk mencari jawapan kepada masalah anda. Jika anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda, masih lagi timbul “masalah” lain, ini kerana banyak penyelesaian kepada masalah blog di tulis dalam bahasa English. Kini tidak lagi, banyak penyelesaian boleh didapati dalam bahasa Melayu. Ada juga grup-grup tertentu yang diwujudkan khas untuk membantu menyelesaian masalah anda sebagai seorang blogger.

Poin saya ialah, 2007 hingga kini pelbagai blog telah saya baca dan mempunyai ramai rakan dari kalangan blogger. Pelbagai niche rakan blogger yang saya kenali (walaupun tidak rapat) telah saya baca, namun ramai yang gagal dan tidak dapat mengekalkan rentak penulisan blog berniche tetentu.

Masalah utama mungkin timbul dari kesukaran untuk mengekalkan pembaca, mendapatkan trafik dan menghasilkan pendapatan dari blog tersebut. Ada yang memberi tips penulisan blog namun selepas beberapa ketika rentak penulisan telah berubah – penulisannya telah bercampur aduk, pelbagai kategori pula telah diwujudkan.

sukar untuk menulis blog berniche dan kekal dengan niche tersebut jika tidak kena dengan caranya…

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang blog niche dan langkah membina blog niche. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah.

Comments

  1. says

    thanks untuk idea ni,,

    kawan memula ingin fokus pada cerita pasal sukan ataupun bola je.. entah macam mana boleh hanyut dibuai ombak bercampur2 pulak jadinya… haha..

    mungkin sebab kepelbagaian readers menjadi salah satu punca kawan terpaksa membuat posting yg bercampur2 supaya pembaca tak jemu utk dtg balik..

    adakah ini menunjukkan readers yang kebanyakannya terdiri blogger juga menjadi faktor utama content didalam sesebuah blog?

    • says

      jika bro dah selesa entri becampur-campur teruskan sahaja bro – kadang kala blog niche ni entri dia lebih kurang sama sahaja – pembaca cepat jemu :)

  2. cik lisa says

    terima kasih atas perkongsian, alangkah kan lebih baik kalau lisa jumpa blog ni awal lagi, hehe.. blog yang sangat bermutu tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>