Mengapa Anda Perlu Menulis Untuk Pembaca

Malaysia SEO Blog
Malaysia SEO Blog

Jom Bermain SEO

Rasanya sudah lama tidak update mengenai SEO, link building, keywords dan sebagainya. Malam Selasa, mungkin sesuai dengan SEO mudah untuk rakan semua. Hanya ingin mengulas mengenai mengapa anda perlu menulis untuk pembaca.

Sesuatu yang penting apabila bercakap mengenai SEO atau search engine optimization ialah berkenaan dengan blog anda secara keseluruhan. Merangkumi semua perkara seperti theme, design, struktur, kandungan, kategori, tag, penulisan blog dan sebagainya.

Kenyataan dan asas terpenting dalam SEO yang perlu anda ingat ialah:

Anda perlu menulis untuk pembaca (manusia) dan bukan menulis untuk enjin carian (search engines, robots)

Mengapa? Secara ringkasnya anda perlu ingat bahawa di penghujung hari, manusia, pelawat serta pembaca yang akan membaca dan menghargai kandungan blog yang anda hasilkan. Interaksi, reaksi, komen dan sebagainya bermain di persekitaran manusia. Ini merupakan kepentingan jangka panjang blog anda.

Sebaliknya, anda juga boleh menulis untuk robots atau enjin carian dengan hanya menggunakan isu semasa sebagai subjek perbincangan anda. Bermain sedikit dengan keywords, gunakan title meta tag dengan keywords stuffing, tags semua keywords yang berkaitan dan mengharap ada carian mengenai subjek tersebut dilakukan untuk memperolehi trafik.

Kenyataan – menulis untuk robots dan enjin carian tidak akan membawa anda kemana, untuk jangkamasa pendek mungkin anda boleh berbangga dengan trafik yang anda jana melalui cara itu. Namun ke mana hala tuju kandungan anda selepas itu.

Menulis Untuk Pembaca Anda

SEO merupakan satu bidang yang cukup luas, ada sesetengah blogger mengatakan mereka sudah bermain dengan SEO dalam penghasilan artikel mereka. Benar atau tidak anda telah bermain dengan SEO? Apa cara yang anda gunakan untuk bermain SEO? Anda bermain SEO atau anda mengamalkan teknik SEO yang baik?

Saya setuju dengan kenyataan “blogger bermain dengan SEO”. Ini kerana memang anda “bermain” dengan SEO jika anda hanya menulis untuk enjin carian demi kepentingan SEO jangka pendek blog anda. Bermain dan mengamalkan teknik SEO perkara yang berbeza – perlu anda ingat.

Satu cabaran apabila bercakap mengenai SEO ialah kita tidak tahu dan pasti bagaimana enjin carian itu berfungsi, bagaimana setiap kandungan di index, apa algoritma yang digunakan dan bagaiman tiap carian dilakukan dan bagaiman ranking tiap kandungan ditentukan. Itu cabaran utama setiap blogger.

Namun masalah timbul apabila anda iaitu blogger, pembaca dan penulis LUPA mengenai kenyataan bahawa enjin carian yang menentukan algoritma dan setiap proses carian yang dilakukan. Algoritma dan proses carian yang dilakukan ini pula disesuaikan dengan bagaimana manusia melakukan aktiviti carian mereka di internet. Yang kemudiannya ditafsirkan kembali menjadi maklumat. Ini secara ringkas bagaimana enjin carian berfungsi. Menafsir kod-kod carian menjadi maklumat.

Di sini pentingnya mengapa anda perlu menulis untuk manusia dan pembaca anda dan bukan untuk enjin carian.

Kenapa Menulis Untuk Pembaca, Tidak Kepada Robots

  • Jika anda hanya menulis untuk enjin carian maka anda berisiko untuk melakukan kesalahan besar kepada kandungan, blog dan ranking SEO blog anda secara keseluruhannya. Ini kerana anda mungkin berjaya membina pembaca dan trafik untuk jangka masa pendek, namun fikirkan apa kesannya jika anda hanya menulis untuk enjin carian. Untuk satu jangkamasa berkemungkinan pembaca anda akan berasa bosan.
  • Anda berisiko kehilangan pembaca – individu yang ke blog anda sebenarnya mencari maklumat. Namun jika anda hanya memberi maklumat yang sama setiap hari, pembaca boleh meneka apa jenis artikel yang akan anda hasilkan pada keesokan harinya. Tambahan pula sekiranya hanya isu semasa dan hal ehwal dalam negara menjadi topik harian blog anda. Mungkin mereka akan ke blog lain yang menyaji kelainan dalam setiap penyampaian.
  • Anda tidak akan kemana – mana jika hanya menulis untuk enjin carian – apa fokus penulisan anda semasa anda memikirkan untuk menghasilkan sebuah blog. Tidak mungkin fokus penulisan anda pada waktu itu ialah “menulis untuk enjin carian”. Jika fokus penulisan anda adalah untuk menghasilkan kandungan berkualiti, menulis untuk berkongsi maklumat dan mungkin untuk membina kerjaya blog anda. Maka anda sudah berada jauh dari matlamat asal anda jika anda hanya menulis untuk enjin carian.
Malaysia SEO Services

SEO, Link, Keywords???

Kata Anda

Kebanyakan dari kita memandang rendah isu ini, gembira apabila berjaya menarik pelawat dengan cara tersebut – bersorak menang “bermain” SEO katanya. Jika itu cara anda bermain SEO maka anda telah melakukan kesilapan. Untuk bermain dengan SEO anda perlu memikirkan matlamat jangka panjang blog anda. Kemana anda hendak pandu blog anda melalui teknik SEO yang anda lakukan.

Tidak salah untuk menulis tentang isu semasa, kerana ramai yang berbuat demikian. Namun apa yang penting di sini ialah menulis isu semasa mengikut keperluan tidak perlu rasanya menulis tiap apa yang terpampang di dada akhbar. Sajikan sedikit kelainan dalam penyampaian anda.

Jika anda benar-benar mahu “bermain” SEO – cuba anda rankkan blog anda dengan mana-mana keywords pilihan, agar blog anda mempunyai kepentingan enjin carian untuk satu jangkamasa panjang.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. Pacifista

    bila menulis untuk pembaca ni kena tau selera pembaca jugak.jangan main sedap sendiri je.apapun kalau dah pembaca suka dengan apa yang kita tulis,kita tulis apapun tetap ada yang membacanya :D

  2. Firdaus Latib

    Menulis untuk keperluan pembaca juga salah satu permainan SEO terutama apabila entri tersebut dikongsikan secara sukarela.

  3. “tidak perlu rasanya menulis tiap apa yang terpampang di dada akhbar” — sumber diorg selalunya harianmetro :)

    kadang kala tu isu yang sama diceritakan dalam setiap blog yang aku masuk. kalau yang olah dan bagi pendapat pasal isu tu xpe jugak, ni sampaikan copy paste, lepas tu bagitau sumber dekat mana. kesian si editor tu mengarang.

    serius, isu semasa + berita pelik2 amat digemari oleh rakyat malaysia. niche blog yang paling laku jugak la. tapi setakat mana nak kekal xtau la. dulu ada kerangs.net. sekarang dah tutup or kena banned pun aku xtau la. trafik blog tu mantap jugak. last2 hilang dari alam siber. mungkin sebab dok masukkan benda2 berbaur lucah sama kot.
    afiqaiman recently posted..Buat Duit Dengan Blog: Fakta Atau Auta?My Profile

  4. Nice article dude.. Anyway aku perasan ramai org terburu2 n bermain seo ni. Dpt trafik Hot keyword. Maybe hala tuju mereka trafik n sterusnya Side income then Kepuasan. Allahualam. Apa pun hala tuju aku just sharing dan jadikan wadah hobi aku kaji seo :D . Then sharing moga jadi la ibadah sket2. Lgpn sbb minat, aku puas :D . sampingan2 tu kalo ada amek. Kwn2 pon dapek hahaha.
    Nice 1
    shah Blogger recently posted..Ujian Template Adakah Mesra SeoMy Profile

  5. biasanya reader ni minat sesuatu yang unik..menulis untuk pembaca dari dimensi yang berlainan juga penting..sebagai contoh, jarang sekali orang bercerita yang diluar kebiasaan..cara penyampaian yang unik juga mampu menarik reader datang ke blog dengan sendirinya…:D

    apabila sesuatu penulisan mempunyai ‘soul’ yang dekat dihati pembaca, segalanya seperti bersembang di depan mata…itulah zaman sekarang…lebih interaktif..:D
    reezluv recently posted..Bagaimana Menjadi Blogger Yang Best?My Profile

  6. serius aku cakap, kebanyakkan blogger sekarang gemar menulis untuk enjin carian/robots semata-mata. lebih kepada isu semasa, cari sahaja streaming malaysia vs kemboja pada sukan sea semalam. keluar banyak, tapi apa yang ada. hanyalah keputusan bukannya streaming, maklumat yang kita kehendaki tidak sampai. begitu juga info ilmiah yang kita cari, kadang-kadang sampai page 10 baru tepat. sebelum-sebelum ni semuanya sekadar permainan. BERMAIN SEO la sangat….
    Mohd Isa recently posted..Tambah Nilai Kredit Telefon Bimbit Melalui Maybank2uMy Profile

Pingbacks

  1. Menulis Untuk Pembaca Atau Untuk Enjin Carian — Blog Mohd Isa

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.