Hendak bercerita sedikit tentang Minat, Meniru dan juga kaitannya Blog. Ada kaitan antara ketiga-tiga topik ini sebenarnya. Untuk berjaya dalam dunia blog anda perlukan minat. Benarkah, hanya Minat?
Mengapa Minat….Mungkin “Meniru” Juga Sesuai
Ramai mengatakan untuk berjaya dalam dunia blog dan penulisan anda memerlukan minat yang mendalam terhadap topik tersebut. Benar dan ramai yang telah pun berjaya dengan blog bermula dengan minat kecil mereka untuk menulis. Minat mereka terhadap penulisan dan minat mereka untuk “bercerita”.
Anda juga boleh berjaya dengan blog dengan “Meniru”. Mencuba sesuatu yang baru secara peniruan, jika dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan berjaya. Namun masih lagi memerlukan minat, walaupun setiap apa yang anda lakukan merupakan “peniruan”. Ada persamaannya di sini, cuba anda teliti.
Bagaimana pula kalau minat + meniru. Kalau ada minat dan anda bijak meniru maka ianya merupakan nilai tambah kepada mana-mana penulis blog. Mengapa? Lakukan sedikit carian, selidik dan mengkaji – anda akan temui jawapannya.
Aku Menulis Hanya Untuk Mengisi Masa Lapang
Berkemungkinan ada yang tidak bersetuju dengan saya, mungkin ada yang akan menjawab aku menulis hanya untuk mengisi masa lapang atau hanya untuk suka-suka. Walaupun anda menulis hanya untuk mengisi masa lapang, anda masih lagi mempunyai “minat”. Minat untuk menulis.
Banyak Yang Telah Berjaya Dengan Blog Hanya Disebabkan Minat Mereka
Percaya atau tidak banyak blog dari luar berjaya disebabkan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk menulis serta berkongsi kepakaran mereka, mereka telah menyemai minat serta tabiat untuk menulis menjadi sebahagian dari aktiviti harian mereka. Oleh itu mereka telah melakukan sedikit pengorbanan kecil untuk membina blog mereka.
Blog yang terkenal seperti problogger, Chris Brogan, CopyBlogger dan sebagainya berjaya membina kredibiliti dan menjenamakan blog mereka dengan tabiat suka menulis. Tidak percaya sila anda baca tentang kejayaan problogger, dari awal penglibatan beliau sebagai penulis – mungkin boleh menjadi sumber inspirasi anda.
Jika Aku Mempunyai Minat, Bolehkah Aku Berjaya Dengan Blog?
Mungkin Boleh atau Mungkin Tidak. Mengapa…..
Mungkin Boleh – Jika anda lakukan secara berterusan, menulis dengan ikhlas, tidak dimotivasikan oleh perkara lain. Ya anda akan boleh lakukan.
Mungkin Tidak – Sekejap minat, sekejap tidak. Anda tidak akan kemana-mana dengan blog anda. (Ada lagi sebenarnya alasan tetapi jari terasa malas hendak meleter)
Update Blog Pun Tidak, Mana Minat Kau
Kena ke batang hidung sendiri rupanya…bercerita pasal minat tetapi blog sendiri nak update pun susah. Ok sebenarnya saya bukan tidak minat lagi hendak menulis tetapi masa banyak dihabiskan ke blog lain. Ada lagi yang lebih menjadi keutamaan sebenarnya.
Disebabkan banyak sangat meniru jadi blog pun pelbagai. Bukan salah saya, salah minat meniru saya.
Macam nak mengarut dah entri kali ni. Ada komen hendak dikongsikan, buat di ruang komen di bawah ok.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Twitter: AkmaOmar
Macam terkena je tang mengisi masa lapang tu kat i gak ni
tekena secara kebetulan
Twitter: AkmaOmar
Hahaha… Sebenarnya alasan2 kebanyakkan klise…every blog msti ada..:) mmg setuju.. blog luar mcm dah jd tradisi menulis tu wajib bg diaorg tak kira topik apa asal minat..
Minat yang mendalam,kekadang sifat malas dan no idea tu yg membantutkan
Saya sekarang ada kemuskilan kerena ada yang meletakkan sekeping gambar dan sebaris ayat mampu berada di 1st page Google. Lebih hairan dengan hanya mengunakan platform blogspot sahaja. Rasa macam tak berbaloi beli hosting lebih baik beli domain dan host guna blogspot sahaja.
Apa komen dan pendapat bro mengenai situasi ini?
tak berbaloi kepada pembaca. mengarut & mungkin site tu rasa dia hebat sbb boleh buat cam tu
Penulisan artikel ini memang mencolok mata saya seketika.
Saya rasa terkena batang hidung. haha ..
(dofollow)
Asyrof Asri recently posted..[PENGUMUMAN] Saya Akan Adakan Blogger Contest