usaha blogging

Niat dan Usaha Mesti Seiring

In Blog, Penulis Jemputan, Siri Penulisan Blog by zeo20 Comments

Artikel sumbangan penulis jemputan, Titan.

Selamat tengah malam.

Hari ini, gua terbang ke blog lain untuk tulis sesuatu untuk mententeramkan hati-hati lu orang semua. Jadi, hendak menulis di sini, lu orang baca kat sini. Penulis jemputan, Multees.

Yang sedang huru-hara dengan macam-macam perkara.

niat dan usaha

Apa yang hendak aku ceritakan ini sebenarnya bermula dari…

NIAT

Dalam dunia “blogging” ini, kita dah dimomokkan dengan pelbagai jenis dan macam kejayaan para blogger. Ada yang berjaya menjadi blogger yang terkenal, ada yang berjaya menjadi blogger berpengaruh, ada yang berjaya capai “NIAT” masing-masing dan pelbagai macam lagi.

Disini..

gua nak tekankan isu niat. Untuk lebih faham. Gua ceritakan sedikit kisah gua. Niat gua ketika menulis blog adalah untuk buat duit. Bahasa yang lebih baik adalah mencari rezeki.

Jadi, niat gua memang itu sejak dulu sehinggalah ke hari ini. Tak pernah tergelincir biar satu inci sekalipun. Dan akhirnya, banyak misi dan sasaran yang gua inginkan tercapai sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.

TETAPI..

Gua lihat orang kita sekarang ini, suka main ikut-ikut. Sampai tak ada pendirian. Sampai tak nampak hala tuju. Malah, setelah 2-3 tahun masih ditakuk yang lama.

Sedih, bukan?

Bagi gua, memanglah bukan satu kesalahan besar. Jauh sekali jatuh hukum berdosa. Itu hak lu orang. Gua tak ada sebab untuk halang lu orang ikut dan mengikut.

Ikutlah sesiapa pun.

Cuma, jadilah diri sendiri.

Bina kreadibiliti dan pengaruh sendiri yang lebih unik.

Dan ketika itu, lu akan jadi blogger hebat, blogger berpengaruh, blogger berjaya buat duit banyak-banyak setiap hari dan macam-macam lagi walaupun hakikatnya bukan itu yang lu mahu. Orang disekeliling lu yang menjadikan “title-title” itu melekat pada diri lu.

Itu satu anugerah. Itu satu pencapaian. Itu satu label yang baik. Itu satu promosi yang menakjubkan.

Bukan lu sendiri yang mengangkat diri lu menjadi seorang yang “PAKAR” atau “Top Blogger Malaysia”.

“Yang terasa tu, cepat-cepat insaf. Faham?”

Haha.

USAHA

Untuk mencapai niat-niat yang lu orang sudah sasarkan itu, lu mesti ada usaha. Usaha yang beterusan. Kalau tak usaha, bagaimana mahu tercapai segala niat agung dan cita-cita lu orang tu?

Ini tidak, mahu hasil yang mantap. Mahu diiktiraf oleh masyarakat. Mahu diagung-agungkan. Mahu dianggap terbaik.

Tetapi usaha ke arah itu tidak cukup ampuh. Tidak cukup serius. Sebab itu, ramai blogger yang gagal dan kecundang. Tak kurang juga ramai yang “SYOK SENDIRI”.

Jadi, bagaimana untuk capai niat agung itu?

Usaha yang unik dan berterusan, akan mendapat pengiktirafan dan hasil yang cemerlang. Baik mendapat pengiktirafan dikalangan orang sekeliling lu ataupun, mendapat duit yang banyak setiap bulan. Malah, tidak mustahil menang “AWARD” ataupun menerima advertorial post ataupun “EVENT JOB” yang banyak setiap minggu dan macam-macam lagi hasil yang berbeza.

Ya. Itu rahsia blogger berjaya, blogger hebat, blogger terkenal dan juga blogger berpengaruh. Orang akan mengiktiraf atau melabel mereka melalui setiap kerja yang mereka lakukan. Orang akan mengakui dan menentukan bahawa kita adalah blogger yang berbeza dikalangan blogger-blogger yang lain.

Bagaimana mereka menentukannya? 

Sekali lagi, melalui usaha dan kerja kita. Usaha kita yang berterusan, tidak pernah berputus asa dan sentiasa bangun dari kegagalan.

Dari dulu sehingga kini. Demi niat agung dan impian manis yang selama ini kita ingin capai. Tak kiralah dalam dalam bidang dunia “blogging” atau apa bidang sekalipun.

Buat sekian lamanya.

Kesimpulan. 

Ya, gua tahu. Itu bukan satu perkara yang mudah.

Dan atas sebab itu, gua rasa..

Niat dan usaha kita mesti seiring.”

Untuk lebih berjaya, untuk capai apa yang kita mahukan.

….

Ps: Persoalannya sekarang, lu orang sanggup atau tidak berusaha dengan lebih keras untuk capai apa yang lu orang mahukan?

Kredit Gambar: ShutterStock

[box]Artikel sumbangan penulis jemputan, Titan. Beliau merupakan seorang penulis dan blogger tegar. Pemilik blog Ahmad Faizal dan Earn Cent yang cukup handal buat duit dengan blog. Setiap pandangan dan kupasan dalam artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.[/box]

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Aku ada la beberapa blogger yang berjaya tapi humble to the earth yang aku jadikan idola dalam blogging ni. Mula – mula tu nampak la macam kita ni ikut cara dia. Tapi aku harap lama-kelamaan dapatlah aku bentuk identiti aku sendiri. ikhlasnya, aku blogging ni untuk tambah pendapatan di samping create networking (buat kawan baru daa). dah. panjang lebar pulak aku komen. huhu
    Fadhil Husin recently posted…Biar Jadi Blogger Picisan Bukan MurahanMy Profile

  2. Betul tu encik titan..saya rasa dah macam blogger syok sendiri pun ada..blogger yang terikut-ikut pun ada gak ni..haha..tak apa lah..sedang mencari haluan yang betul lagi ni dalam dunia blogging..terima kasih encik titan atas kata-kata semangat yang diberikan..hehe
    Hafizul recently posted…Apesal Jodoh Kita Tak Panjang?My Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge