blogging idea

Apabila Dunia Blog dipenuhi Dengan PAKAR…

In Blog, Tips by zeo6 Comments

…semua akan cuba memberi nasihat, rasanya.

Satu dari alasan mengapa dunia Blog dan Internet dipenuhi dengan “pakar” ialah disebabkan tiadanya syarat penting untuk mana-mana individu menabalkan dirinya sendiri sebagai seorang pakar.

lebih-lebih lagi…

 

Tiadanya badan penyelia, tiada institusi seliaan dan tiadanya peraturan mengenai hal tersebut membuatkan sesiapa sahaja boleh menggunakan gelaran “pakar”.

Satu cabaran kepada anda sebagai seorang blogger ialah untuk cuba menjadi seorang pakar yang benar-benar di iktiraf dalam bidang penulisan anda. Bukan senang untuk mendapat pengiktirafan dengan ketiadaan badan seliaan tertentu, namun pengiktirafan dari pembaca anda sudah cukup untuk menjadikan anda sebagai seorang pakar.

Terdapat ruang perbezaan jelas antara anda (blogger) yang memberi pendapat, tips, maklumat dan tutorial dengan pembaca anda. Ini kerana jika anda memberi pendapat dan sebagainya, anda perlu meletakkan diri anda sebagai seorang yang lebih mengetahui dari pembaca anda. Satu kenyataan yang anda perlu ingat, walaupun anda bukan seorang pakar.

Jika anda merupakan rakan yang selalu singgah ke blog ini, anda tentu telah membaca penulisan saya yang lepas. Banyak penulisan saya lebih berkisar kepada tips blog, penulisan, SEO dan sebagainya. Untuk menulis selalunya saya secara tetap dan konsisten cuba berkongsi apa yang terbaik untuk rakan-rakan semua dan bakal pembaca blog ini.

Kehidupan peribadi, real life, kerja dan keluarga membataskan jadual penulisan saya, kekerapan menulis dan sebagainya. Namun jika saya menulis sesuatu saya akan cuba memberi yang terbaik. Tiga elemen penting yang saya percaya dapat menghasilkan penulisan yang baik seperti seorang pakar ialah seperti poin utama saya di bawah.

Pakar

1 – Ikhlas

Tiapa apa yang anda lakukan perlu kepada nilai keikhlasan yang tinggi. Kerja, amalan, bermain dan apa yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda perlu mempunyai nilai keikhlasan.

Begitu juga dengan penulisan blog anda, anda perlu ikhlas dalam memberi, menulis, berhubungan dan sebagainya.

Jika anda mengetahui tentang sesuatu perkara dan ingin berkongsi perkara tersebut dengan pembaca anda – maka anda perlu ikhlas dalam perkongsian tersebut. Malah, jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, anda juga perlu ikhlas dan memberitahu pembaca mengenai hal tersebut.

Dalam setiap perkongsian tips yang diberikan dalam blog ini, saya selalunya mengelak untuk bercerita secara berlebihan tentang sesuatu. Lebih gemar kepada penulisan “beralas” serta “berlapik” agar apa yang saya ceritakan tidak kelihatan berlebih-lebihan.

Selain itu, adalah lebih baik jika sifat merendah diri menjadi sebati dengan setiap apa yang kita ceritakan. Adalah baik untuk merasakan diri anda “kerdil” dari menjadi “gergasi” yang tidak akan membawa anda ke mana.

Satu poin penting yang perlu anda ingat sebagai seorang blogger, penulis, pembaca dan pengamal media baru ialah apa juga yang anda sampaikan perlu mencerminkan kepakaran anda, pengetahuan anda dan hanya menyampaikan apa yang anda tahu sahaja. Ini kerana dengan cara ini, penulisan anda akan lebih terkesan dan memberi faedah untuk kepentingan pembaca anda.

2 – Batasan

Walau sehebat mana anda menulis, anda pakar, anda pro blogger atau anda otai blog. Anda masih lagi manusia biasa, manusia yang cenderung untuk melakukan kesilapan dan kesalahan. Ini merupakan sesuatu yang perlu anda ingat dalam setiap penyampaian maklumat seharian anda.

Adalah lebih baik jika anda membataskan kepakaran anda sebelum pembaca dapat mengesan apa yang anda sampaikan adalah salah.

Perlu juga anda ingat walaupun anda pakar dalam sesuatu bidang, masih banyak lagi pakar di luar sana yang menunggu masa untuk “membetulkan” kesalahan anda. Elakkan ini dari berlaku dengan membataskan setiap apa yang anda sampaikan.

3 – Nilai

Apa yang terbaik ialah jangan cuba untuk menjadi seorang pakar adalah lebih baik anda menjadi seorang yang dapat memberi “nilai” dalam penulisan anda. Beri nilai dalam penyampaian, penceritaan dan penulisan. Dari anda bertungkus lumus mendapatkan penghargaan dari pembaca anda sebagai seorang “pakar”.

Pakar – Kata Saya

Dunia internet merupakan dunia yang amat luas di penuhi dengan pelbagai pakar dalam bidang masing-masing. Untuk berjaya di dalam dunia blog pula tidak perlu kepada seorang lagi individu yang menabalkan diri sendiri sebagai seorang pakar.

Apa yang diperlukan ialah seseorang yang ditabalkan oleh pakar oleh manusia yang berada disekelilingnya.

Ada perbezaan yang jelas antara individu yang mengakui dirinya pakar dengan individu yang mendapat pengiktirafan dari individu lain.

Agak jarang saya menulis di sini, sedikit sibuk dengan urusan blog lain yang saya rasakan lebih penting untuk saya uruskan. Kepada yang singgah dan meninggalkan komen terima kasih saya ucapkan. Tidak berkesempatan lagi untuk saya melakukan kunjungan balas.

p/s – Banyak entri yang saya tulis mendapat reaksi pelbagai, ada yang menyukai dan ada yang tidak gemar dengan apa yang saya suarakan. Jelas saya suka bercakap melalui pemerhatian, baik buruk penulisan saya, anda tentukan.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. memang ramai yg nak jdi pakar dlm blogging ni…tapi aku setuju poin yg 1st tu ikhlas. aku pun banyak nk kena belajar lagi

Leave a Comment

CommentLuv badge