Untuk menghasilkan sesebuah artikel atau entri blog selalunya anda akan memikirkan jenis artikel yang akan anda hasilkan, kategori dan topik yang akan anda bincangkan. Adakah topik tersebut sesuai dengan niche serta kategori blog anda, pembaca anda atau pelawat yang baru sampai ke blog anda.
Namun pernah atau tidak anda memikirkan tentang kesesuaian artikel yang akan anda hasilkan. Apa yang lebih tepat dan ingin saya sampaikan ialah mengenai panjang artikel yang ideal untuk sesebuah blog. Iaitu persoalan yang berkait rapat dengan panjang artikel yang akan anda hasilkan atau adakah artikel ringkas sudah memadai untuk dijadikan entri blog anda.
Persoalan seperti berapa patah perkataan yang anda harus gunakan? Perlukah kepada artikel yang ringkas? Adakah artikel yang aku hasilkan ini terlalu panjang? Apakah panjang artikel yang ideal? dan sebagainya mungkin bermain dalam fikiran anda.
Saya rasa tiada jawapan tepat yang boleh diberikan kepada persoalan-persoalan di atas. Tetapi saya boleh mengatakan setiap artikel yang ingin anda hasilkan bergantung kepada kesesuaian topik yang akan anda bincangkan. Sekiranya anda membincangkan topik yang sedikit serius yang memerlukan huraian, penerangan serta hujah untuk menguatkan artikel tersebut maka terbaik anda menghasilkan artikel yang sedikit panjang – yang anda boleh selitkan gambar, gambarajah, huraian, penerangan serta contoh. Supaya anda dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
Begitu juga sebaliknya, artikel ringkas seperti penggunaan bullet atau point sesuai sekiranya anda hanya ingin menyampaikan sesuatu isi dengan pantas secara update. Yang mana pembaca anda boleh scan dan baca sesuatu isi yang anda ingin sampaikan.
Point di sini ialah;
Artikel panjang sesuai untuk anda menceritakan sesuatu subjek atau perkara dengan lebih mendalam yang memerlukan penerangan, huraian, contoh untuk menguatkan cerita tersebut.
Panjang Artikel Yang Ideal
Artikel yang panjang atau tidak bukan suatu masalah jika apa yang ingin anda sampaikan berjaya menambat hati pembaca anda dan maklumat itu sampai kepada pembaca. Tetapi saya berpendapat artikel yang mempunyai isi kandungan dan penceritaan yang melebihi 250 patah perkataan mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Mungkin artikel yang mengandungi lebih dari 250 patah perkataan cukup ideal buat saya. Ini kerana saya boleh mengayakan artikel tersebut, menghurai dan memberi contoh untuk menguatkan lagi penceritaan.
Perlukah Kepada Blog Artikel Yang Panjang
Seperti yang saya terangkan di awal penulisan – panjang, padat,ringkas, pendek atau simple artikel anda perlu mengikut kesesuaian topik yang anda ingin sampaikan. Namun secara tidak langsung artikel yang panjang juga mempunyai kepentingan dari segi SEO, fokus penulisan anda dan sebagainya yang akan saya sentuh di bawah. Semuanya berkait rapat dengan pembinaan blog anda.
SEO Blog Anda
Artikel yang panjang mempunyai kepentingan SEO yang tersendiri yang anda boleh gunakan untuk optimasikan blog serta artikel tersebut.
Sebagai contoh sekiranya anda menghasilkan sebuah artikel sepanjang 500 patah perkataan. Dengan mudah anda boleh optimasikan artikel tersebut untuk kepentingan enjin carian (SEO).
Antara yang anda boleh lakukan ialah:
- Kepentingan Keywords – Optimasikan artikel tersebut dengan keywords pilihan anda. Anda boleh gayakan artikel anda dengan pelbagai keywords sama ada di awal artikel, di tengah atau di perenggan akhir.
- Kepentingan Internal Link – Hubungkaitkan artikel tersebut dengan artikel lama anda – artikel yang kaya dengan perkataan senang untuk dioptimasikan dengan pelbagai keywords.
- Optimasi Gambar – Artikel panjang boleh dicantikkan dengan penggunaan gambar yang sesuai – tipsnya optimasikan gambar-gambar tersebut dengan meta keywords dan alt-text yang sesuai untuk kepentingan SEO blog anda.
Selain dari kepentingan SEO blog anda, berikut antara faktor lain yang boleh diambil kira dalam menentukan panjang atau ringkas artikel yang akan anda hasilkan.
Fokus Anda
Untuk anda menghasilkan sesebuah artikel, tajuk serta topik yang anda hasilkan sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan fokus dan minat anda. Sekiranya anda menghasilkan sesebuah artikel yang anda punyai fokus, maka anda akan memberi yang terbaik dalam penghasilan artikel tersebut.
Sebagai contoh jika anda menghasilkan artikel berkaitan dengan tips atau tutorial, sudah pasti entri tersebut akan menjadi sedikit panjang. Disebabkan anda memberi setiap perincian dalam penceritaan agar pembaca anda faham setiap isi yang anda ingin sampaikan.
Artikel yang sedikit panjang akan berjaya menyampaikan maklumat terbaik untuk pembaca anda.
Jenis serta Bentuk Artikel Anda
Jenis serta bentuk artikel yang anda akan hasilkan bergantung kepada kandungan yang akan anda sampaikan dan secara tidak langsung mempengaruhi artikel yang anda hasilkan. Sebagai contoh anda hanya ingin update pembaca anda dengan aktiviti harian dan apa yang anda lakukan pada waktu itu. Entri jenis itu tidak perlu kepada penceritaan panjang, mungkin anda hanya perlu muat naik gambar anda pada waktu itu dan dikongsikan dengan pembaca.
Begitu juga jika anda jenis yang gemar berkongsi gambar, video, lagu dan sebagainya. Saya merasakan anda tidak perlu memberi penerangan panjang mengenai entri sebegitu. Namun sekiranya anda mempunyai idea untuk menghasilkan artikel panjang berdasarkan topik sebegitu anda boleh mencubanya.
Faktor Terpenting – ANDA
ANDA merupakan faktor terpenting yang menentukan panjang atau ringkas artikel yang akan anda hasilkan. Berapa patah perkataan yang akan anda gunakan, panjang mana artikel tersebut dan bagaimana huraiannya merupakan persoalan yang perlu di jawab oleh anda.
Berapa patah perkataan yang sesuai?
atau
Berapa patah perkataan untuk setiap artikel yang terbaik untuk blog aku?
Jawapannya bergantung kepada anda, kesesuaian artikel, topik pilihan anda, fokus dan minat anda. Tiap aspek yang yang saya sebutkan memainkan peranan dalam menentukan panjang atau pendek artikel anda.
Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengenai Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan Kepada Blog Anda. Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagi saya apa jua entri yang akan anda hasilkan bergantung kepada kepentingan dan keperluan anda untuk menghasilkan entri tersebut, apa yang hendak anda sampaikan dan yang paling penting artikel tersebut dapat menarik minat pembaca atau tidak.
Dengan kata mudah, setiap artikel yang anda hasilkan mempunyai kepentingan tetentu, letak ketepi dahulu soal panjang artikel yang ideal dan sebaliknya. Namun jika anda melihat bahawa anda perlu menghasilkan sebuah artikel yang panjang untuk pembinaan blog anda (SEO, Internal Link, Keywords dll) maka anda boleh cuba untuk menulis sedikit panjang dari kebiasaan.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013


kalau artikel untuk contest seo atau target memang untuk seo biasa aku buat panjang sikit..
penanda aras aku masa tulis entri senang je.. fonts 12, agak2 dah 1 page setengah microsoft word tu dah kira panjang dah.. kalau nak pendek,1 muka word je..
tapi lepas tu baca banyak kali la.. nak rasa flow cerita tu sampai atau tak..tu penat buat entri,penat memikir idea.. tapi kalau orang suka,kita puas hati!
aku pun kekadang terlajak juga kalau entri panjang sangat – nak melalut lol
(dofollow)
neu recently posted..1001 Komen – Sudah Berjayakah Anda Sebagai Penulis Blog
still in the learning process..berusaha untuk menulis dengan lebih panjang dan tepat.
izwannizam recently posted..Umur Persaraan Dilanjutkan 70 Tahun
betul. Semuanya bergantung pada kita. Nak panjang ke, nak pendek..
titan recently posted..Penulis blog Professional di Malaysia
Bagi aku, artikel panjang sesuai digunakan untuk tutorial
Untuk berita cukup hanya pendek.
Klu macam ko tulis ni okay. Sbb nak ajar dan beri idea pada blogger
nizamghazi recently posted..WordPress Minimal Theme – Greenday Highlighter : Release!
tepuk dada,tanya selera..kalau terlampau memikirkan seo,tak syok juga kan?rasanya biarla ianya go hand in hand….puas hati…
eyriqazz recently posted..Once a Liar Always a Liar | Salinan Report Polis Blogger Popular
menulis semata-mata untuk seo sememangnya tidak bagus ..apa yang perlu bila kita dah start menulis ada baiknya jika artikel itu dioptimasikan sedikit dgn seo yg saya rasakan kebanyakan dari kita buat – keywords, meta, tag dan sbgnya..
btw terima kasih krn sudi komen
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Pendek punmasih optimizeratio n etc kalo releven
shah Blogger recently posted..Algoritma Google Terbaru Update ?
Aku suka artikel panjang seperti blog ini,kerana setiap kali aku baca aku akan mendapat klimaks dan kepuasaan tersendiri.Tahniah kerana berjaya buat aku stim bila baca blog ni.Aku rasa itulah kekuatan yang ada bila kita tulis artikel panjang.
Çongrats!
lol sampai begitu sekali
aik baca pun klimaks ker
(dofollow)
neo recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
nice entry.again.haha.asal geliga sangat otak bro ni.hehe.bagi saya.kalau boleh memang nak tulis panjag panjang sampai orang x larat bace.hehe
sekali lg woot-woot – TQ sbb drop komen bro
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Kalau teknik SEO yang ideal jumlah perkataan secara am perlu melebihi 200 patah perkataan macam entri bro semput juga hendak dibaca sampai penghujung. Saya pun kadang-kadang kehabisan modal untuk capai 200 patah perkataan kalau paksa juga entri akan ke laut tapi tidak salah berusaha
aku rasa entri aku paling panjang pun 150 je.nak panjang sangat pulak takut orang yang jenuh membaca.dah la blog personal.kalau blog macam neo ni rasanya memang berbaloi2 kalau dia buat panjang2 macam ni
nak menulis artikel yang panjang perlukan “sense”, bukan semua orang boleh tulis artikel panjang2. Macam aku, artikel pendek atau sederhana je, kalau panjang2 takut jadi kosong dan melalut,
contoh terbaik artikel panjang yang bagus adalah blog keretamayat. walaupun panjang, macam baca mesti tak sabar2 nak habiskan. kalau aku tulis panjang2 macam tu, memang aku baca sendiri pun mengantuk la hehe
Affan recently posted..Sila hormati privasi pengomen di blog anda
aku rasa entry ko paling panjang setakat ni, hehe
Juan recently posted..Samsung Galaxy Tab WiFi P1010
Hehe panjang pendek tu penting ikut kesesuaian kan bro. Kalo cite pasal awek x yah la kot panjang2 hahah. tp kalo huraian tu ‘perlu’ terpaksa juga demi menyampaikan mesej tu jelas. Adakalanya gmbr dan suh visitor tu klik sub link tu pon lebih ideal. or video. aku selalu guna ni
shah Blogger recently posted..Top 10 Di Google
terbaik begitu shah – terpulang kepada blogger dan ikut kesesuaian topik la kan
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Tu ka pasal… kalo x sampai mesej tensen gak org. kalo panjang sgt seram gak org. tp nak kena ngan situasi la kan
.
shah Blogger recently posted..Tips Seo Untuk Blogger — On Page
ada masa aku menulis entri panjang sebegini terutama bab untuk menerangkan sesuatu tapi kalu hanya menyampai hanya entri pendek…..:)
panjang skit tapi berisi. macam entry ni – ok.
Denaihati recently posted..Sikap Buruk Manusia
tak gemar tulis panjang-panjang. Tulis pende-pendek aje. hehe..
sayacomel recently posted..Comel Sangat – Kucing Dashboard Kereta
kekadang masa menulis tu sampai tak sedar dah panjang sangat tulisnya..:D
reezluv recently posted..Selamat Berjaya Calon PMR 2011
Pada pendapat saya, artikel yang terlalu panjang (dan bosan) boleh menyebabkan si pembaca untuk keluar dan meninggalkan blog kita. Gaya penulisan yang menarik dibantu dengan bahan media berkaitan memainkan peranan yang cukup besar di sini bagi memastikan si pembaca setia membaca apa yang kita tulis sehingga habis.
Jika dia suka, maka dia mungkin akan tinggalkan komen atau kongsikan artikel tersebut dengan rakan-rakan dia sekaligus memberikan social signals kepada blog kita.
Gaya saya, jika mahu terangkan sesuatu dengan panjang, saya pisahkan kepada beberapa bahagian. Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 dan seterusnya. Setiap bahagian, fokus kepada satu perkara. Akhir sekali, buat rumusan atau kesimpulan dan link semua bahagian untuk memudahkan pembaca melihat semula apa yang telah kita tulis.
Ianya bergantung kepada si penulis. Setiap daripada kita mempunyai keselesaan dan sebab masing-masing.
(dofollow)
Zulhilmi Zainudin recently posted..Bagaimana Cara Untuk Memindahkan Blog WordPress Dengan Mudah?
mungkin juga sesuai jika ditulis dalam beberapa bahagian mcm bro zul cakapkan tu
panjang atau pendek bergantung juga pada cerita yang kita hendak sampaikan, kalau jenis hari – hari updated mungkin sekitar 250 jer.
onlajer recently posted..Doa Bulan Rejab
ada banyak faktor bro – paling utama tahap “kerajinan”. Kalau tak rajin aku post quote sahaja
Twitter: tokputih
baca atas bawah, atas bawah.
ikut mod jugak, kalau rajin panjang,
biasanya pendek2 je sbb malas hehehe
auc recently posted..5 Rahsia Bilik Hotel Yang Kita Tidak tahu
Panjang Artikel dan pendeknya artikel penulisan itu bergantung kepada Tajuk.
Jika tajuk kita lebih kepada personal mungkin panjang. Tapi mesti ada humor supaya orang baca tak jemu.
Jika penulisan berita atau fakta perlu tulis dengan mengikut bahagian supaya pembaca faham.
- Penulis Yang Disayang Allah dan Nabi Muhammad,
(dofollow)
Asyrof Asri -
Asyrof Asri recently posted..Join Blogger Contest Tanah Arab