pemasaran seo

Pemasaran SEO Blog – Pentingnya Kandungan Yang Baik

In Blog, SEO by neu19 Comments

Dalam SEO, penulisan SEO, pemasaran SEO atau apa jua gelaran yang anda berikan yang berkenaan dengan proses SEO blog, terdapat beberapa faktor utama yang perlu diberikan perhatian. Kandungan blog yang baik antara faktor utama yang perlu diberikan perhatian sebagai seorang blogger. Isi kandungan yang baik merupakan faktor utama yang di ambil kira dalam menentukan sama ada blog atau website anda mendapat ranking yang baik atau tidak di enjin carian.

Bagaimana Hendak Menaikkan Ranking Blog

Soalan yang amat menarik tetapi sukar untuk di jawab. Jika itu persoalan yang diajukan kepada anda, bagaimana bentuk jawapan yang sesuai untuk diberikan.

Rasanya mungkin ini bentuk soalan yang paling popular di group-group facebook dan komuniti SEO Malaysia. Bagaimana hendak bermain SEO? Bagaimana hendak rankkan blog di muka depan? Bagaimana hendak rank keywords first page? Antara koleksi soalan yang popular. Ada jawapan kongsikan di ruang komen nanti, berikut jawapan saya;

Jawapannya mudah rahsia besar SEO Google ialah pembinaan kandungan yang baik. Kandungan yang baik merupakan rahsia SEO terbesar yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pakar SEO atau penulis blog.

Jadi untuk membina kandungan blog yang baik, mulakan dahulu dengan penulisan anda. Lihat nanti bagaimana hasilnya.

pemasaran seo

Andre Arment – Sunny Morning

Jadi Apa Itu Kandungan Blog?

Kandungan boleh didefinisikan sebagai perkataan (text), gambar, imej, video dan pelbagai lagi elemen yang mempunyai kaitan dengan struktur penulisan kandungan blog anda.

Jadi sekiranya anda mempunyai blog, maka setiap elemen yang menyumbang kepada pembentukan blog anda mempunyai kaitan dengan kandungan.

Namun faktor utama yang menyumbang kepada pemasaran SEO yang baik ialah setiap patah perkataan yang anda gunakan untuk membentuk keseluruhan kandungan laman tersebut. Dalam konteks ini, kandungan yang dimaksudkan di sini ialah tiap patah perkataan yang anda sedang baca sekarang.

Penulisan yang baik akan membentuk kandungan yang baik, seterusnya menyumbang kepada pemasaran SEO blog. Untuk berjaya dalam pemasaran SEO blog maka anda perlu berikan perhatian kepada penulisan anda. Berikut beberapa tips untuk menghasilkan penulisan blog yang baik yang boleh digunakan dalam pemasaran SEO.

Strategi Pemasaran SEO Melalui Penulisan

Berikut antara strategi pemasaran SEO yang boleh anda praktikan, cuba dan lakukan. Cuba bandingkan hasilnya bagaimana nanti.

Originaliti

Untuk menghasilkan penulisan kandungan yang baik perkara terpenting yang perlu diberi perhatian adalah originaliti. Untuk menghasilkan kandungan yang baik sebagai strategi pemasaran SEO anda maka anda perlu mempunyai idea mengenai sesuatu topik, sesuatu idea yang dikeluarkan oleh anda dan dipunyai oleh anda. Maka itu merupakan kandungan yang original.

Elakkan “Rewrite” 

Pernah dengar konsep “rewrite” – mungkin anda pernah dengar, baca atau melakukannya. Jika pernah maka konsep “rewrite” tiada ketulenannya disebabkan anda hanya meminjam idea serta isi kandungan yang dihasilkan oleh individu lain dan anda akan melakukan sedikit modifikasi dan menulis kembali kandungan tersebut untuk dijadikan sebagai kandungan blog anda. Konsep “rewrite” tidak bagus untuk strategi pemasaran SEO disebabkan tiadanya ketulenan di situ.

Lebih Spesifik serta Fokus

Jika anda bersifat lebih spesifik dan fokus dengan penulisan anda maka rasanya tidak susah untuk menghasilkan penulisan kandungan yang baik. Sekiranya anda menulis, jangan sesekali amalkan tabiat multi-task, kurangkan aktiviti online anda yang lain semasa sedang anda menghasilkan artikel. Beri perhatian sepenuhnya untuk anda menghasilkan artikel yang baik dalam setiap penulisan anda.

Perkara Kecil Yang Memerlukan Perhatian

Penulisan yang baik seelok-eloknya mempunyai beberapa format tertentu. Apa yang anda boleh cuba lakukan adalah mengunakan perenggan, penggunaan tanda baca, penggunaan align text dan cuba meminimakan kesalahan dalam penulisan tersebut. Dengan kata lain, jika anda menulis dalam bahasa Melayu, menulislah untuk memartabatkan bahasa tersebut. Kurangkan shortform, tatabahasanya bagaimana dan kesilapan bahasanya bagaimana. Mungkin anda merasakan ini kurang penting, namun dalam pemasaran SEO blog semua ini di ambil kira. Google pandai berbahasa Melayu sebenarnya. Tidak percaya, baca bagaimana Google berbahasa melayu.

Namun jika anda selasa dengan penulisan yang simple, teruskan sahaja. Tidak salah kerana itu cara anda.

“Content is King” tentu anda pernah membaca mengenainya bukan…Ramai yang percaya bahawa isi kandungan blog yang baik sudah cukup untuk meningkatkan ranking blog anda. Itu benar pada satu sisi, namun….

Pemasaran SEO Blog Perlu Lebih Dari Itu…

Jika bercakap mengenai kandungan maka ramai akan mengatakan kandungan itu “king”. Namun dengan kandungan yang baik sahaja anda tidak akan berjaya dalam pemasaran SEO blog anda. Anda perlu buat lebih dari itu dalam penulisan anda. Antara faktor lain yang di ambil kira dalam pemasaran SEO blog ialah;

Tajuk Yang Baik 

Tajuk akan menentukan apa kandungan anda, jadi setiap penulisan anda akan lebih terarah untuk kekal dengan topik tersebut.

Tajuk artikel yang baik dapat menerangkan apa yang ingin disampaikan dalam sesebuah artikel. Manakala tajuk artikel yang kreatif pula akan menarik minat pembaca dan pelawat yang sampai ke blog anda membaca isi kandungan setiap entri yang anda hasilkan.

Dalam menghasilkan apa jenis penulisan, anda perlu memberi penekanan kepada pemilihan tajuk artikel anda. Ini kerana tajuk merupakan perkara pertama yang diperhatikan oleh pelawat sebelum membuat keputusan untuk klik dan seterusnya membaca.

Sebaiknya cuba hasilkan tajuk artikel yang kreatif dan mempunyai isi kandungan yang baik untuk membantu anda dalam pemasaran SEO blog anda. Ini kerana tajuk artikel yang kreatif sahaja masih tidak mencukupi jika apa yang anda cuba ceritakan tidak sampai kepada pembaca.

Pemasaran SEO yang baik melalui penulisan perlu relevan – tajuk dan isi kandungan.

Backlinks

Ini antara faktor terpenting di dalam pemasaran SEO blog, walaupun keseluruhannya berkaitan dengan penghasilan kandungan. Namun ianya di ambil kira untuk menentukan ranking anda di enjin carian.Secara umumnya lebih banyak backlinks anda dapat hasilkan adalah lebih baik untuk SEO blog anda.

Tidak percaya – ambil contoh cabaran SEO lelaki kacak yang sedang berjalan. Lihat laman siapa yang berada di atas untuk kata kunci tersebut. Cuba lihat backlinks blog tersebut, ada sebab blog tersebut berada di atas sekali.

SEO Blog – Apa Kata Anda

Apa pun yang mendorong anda untuk menulis blog anda perlu mempunyai minat dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesebuah blog yang berkualiti dan di senangi pembaca. Konsep blog anda perlu di ambil kira, apa fokus anda di sebalik penulisan tersebut dan sebagainya mungkin menjadi faktor penentu bagaimana anda menulis.

Bagaimana penulisan anda? Apa teknik pemasaran SEO yang anda praktikan? Kongsikan di ruangan komen.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. betul tu, content is king.. tapi kalau kita repost balik entri kita yang lama-lama, ada masalah tak pada SERP?

    1. Author

      kalau nak repost entri lama tips dia jgn tukar permalink, tukar publish date sj. kalau tukar permalink nnti entri lama akan bermasalah.

      kalau guna entri lama & repost sbg entri baru mmg boleh kalau edit balik entri baru tu – kena bg unik sdikit jadi rakan & pembaca bro tak tahu post tu recycle.

      tp kalau malas mix up isi baru + entri lama jadi la entri cam kat atas ni.. 🙂

  2. Mengenai ‘re write’ yang diutarakan rasanya tidak dapat dielakkan kerana mungkin ada lebih seorang menulis artikel yang sama. Bagi kuasa SEO, Google beranggapan artikel ini adalah artikel yang dicari pengguna sedikit banyak akan membantu kuasa SEO dan ranking.

    Sekarang ini saya melihat ramai syarikat mengunakan cara ini untuk memasarkan produk dengan melantik beberapa advertorial untuk membolehkan produk merereka tersenarai didalam senarai Google index.

    Ini sekadar pendapat saya mungkin ada cara lain untuk menarik kuasa SEO. Begitu juga apabila kita menaip keyword didalam Google search engine akan tersenarai cadangan keyword iai adalah keyword density yang banyak digunakan oleh pengguna untuk mencari infi.

    1. Author

      rerwite sebenarnya lebih kpd tukar ayat, menggunakan sinonim, tukar perkataan tp isi dia lebih kurang sama dgn entri original. kalau rewriter yg bagus mmg kita tak akan perasan artikel tu sebenarnya artikel dari individu lain.

      untuk blog bebahasa melayu rerwite ni saya tak tahu ada org buat @ tidak tp kalau dkt luar mmg selalu di amalkan..saya juga buat sbb senang untuk hasilkan 1 artikel yg unik sebegitu – kelemahan dia satu sj – kita still ambil idea org lain.

  3. Rasa pernah buat skali skala dua2 tu.. 🙂
    Papepun, skrg makin kerap google update, jadi kita pun kene update dengan teknik2 terkini.

    1. Author

      mmg kerap bro – forum profile, wiki link, link tak berkaitan dgn artikel semua berbahaya skg….kalau nak buat kena bijak sdikit & kena hati2

  4. Saya cuma pratikkan apa yg saya tahu…saya tidak ada cara2 tertentu (khusus) untuk bermain SEO..sebab terlalu banyak cara untuk bermain dengan SEO.

  5. Saya cuba belajar sepanjang tahun 2014 ini untuk menghasilkan kandungan yang benar-benar bermutu dan melakukan backlink secara berhemah dan natural.

Leave a Comment

CommentLuv badge