Idea Penulis Jemputan Tidak Terkalah

Penulis Jemputan

Buat pertama kali blog ini akan menyediakan ruang untuk blogger lain menjadi penulis jemputan dan akan diberikan insentif bagi setiap artikel yang berjaya disiarkan. Ingin mencuba sedikit kelainan, setiap artikel yang berjaya disiarkan di sini akan menerima insentif.

Anda sudah tentu sedia maklum tentang kelebihan “guest blogging” dan idea di sebalik penulis jemputan yang telah menjadi fenomena di luar sana. Jadi saya merasakan kelebihan sebagai penulis jemputan tidak perlu untuk dihuraikan dengan lebih panjang di sini.

Jadi Bagaimana Hendak Menjadi Penulis Jemputan di sini

Untuk menjadi penulis jemputan atau menghantar karya penulisan anda di laman Multees.com adalah cukup mudah, saya percaya kepada konsep kelebihan yang akan diperolehi secara bersama. Oleh itu tiada syarat ketat akan dikenakan untuk anda menghantar penulisan anda di laman ini.

Namun seperti biasa terdapat syarat dan kriteria tetentu telah saya tetapkan agar setiap hasil penulisan yang di hantar dan disiarkan di laman ini masih mengekalkan kualitinya. Berikut merupakan syarat mudah yang saya rasakan boleh diikuti sekiranya anda berminat untuk menjadi penulis jemputan di sini.

SYARAT & KRITERIA YANG DIPERLUKAN DARI PENULIS JEMPUTAN

  1. Originality – Artikel yang dihasilkan mestilah artikel yang asli dan belum pernah diletakkan di blog asal anda ataupun pada blog lain. Bukan artikel “recycle” yang anda telah hasilkan di blog anda atau di mana-mana laman terdahulu.
  2. Topik penulisan – idea penulisan anda mestilah berkisar tentang dunia internet, blogging, tips dan tutorial menarik yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.Penulis Jemputan Multees
  3. Bahasa – Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh semua peringkat umur. Jadi tiada bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa SMS boleh digunakan dalam setiap artikel atau entri. Ia boleh digunakan sekiranya memerlukan untuk anda berbuat demikian.
  4. Format penulisan – setiap artikel yang ingin di hantar perlulah berformat tetentu untuk memudahkan pembacaan dan proses semakan dilakukan. Artikel boleh di tulis dalam format Microsoft Word. Hendaklah berperenggan, berserta penggunaan Heading (Tag H2) dan maklumat lain yang diperlukan dalam sesebuah artikel.
  5. Panjang Artikel – minimum 400 patah perkataan setiap artikel. Tiada had maksimum.
  6. Link – Anda boleh sertakan 2 link berkaitan (link ke laman anda) untuk diletakkan di bahagian author bio.
  7. Tugas Editing – pihak saya akan edit kembali artikel anda sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa atau penggunaan ayat dan apabila ingin meletak link berkaitan.

KELEBIHAN MENJADI PENULIS JEMPUTAN DI LAMAN INI

Insentif Tunai

Secara personal saya akan memberi insentif tunai kepada mana-mana penulis yang menyumbang secara tetap di laman ini. Insentif akan di kira dan di bayar bagi setiap 10 artikel yang berjaya di publish di laman ini. Mudah bukan, sekiranya anda ingin menerima insentif maka hasilkan 10 artikel berkualiti, saya akan bayar untuk setiap usaha anda.

Backlink

Sebagai penulis anda dibenarkan untuk meletakkan 2 link di bahagian author bio anda. Jadi anda boleh meletakkan mana-mana link pilihan anda di bahagian tersebut. Blog ini sehingga kini mempunyai Pagerank 4 dan tidak mustahil akan mendapat update yang lebih baik di masa hadapan.

Jana Pendapatan

Peluang menjana pendapatan melalui penulisan. Blogging boleh buat duit sebenarnya walaupun dengan hanya menghantar artikel untuk disiarkan di laman ini.

Untuk permulaan saya akan siarkan artikel penulis jemputan pertama dalam sedikit masa lagi dan saya menjemput mana-mana blogger, penulis dan rakan yang berminat untuk turut sama menyumbangkan idea penulisan di laman ini.

Pihak saya akan menerima setiap artikel yang di hantar tanpa menggira status. Sama ada anda “otai”, pakar, mempunyai pengalaman tidak terkalah, newbie yang tiada pengalaman tidak terkalah dan sebagainya adalah di jemput menghantar artikel terbaik anda.

Hubungi saya, sekiranya anda berminat untuk menjadi penulis jemputan di laman ini dan menjana sedikit pendapatan.

Idea Penulis Jemputan Tidak Terkalah, Bagaimana dengan Sambutan…

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.