Penulisan Blog - 13 Senarai Semak Artikel Anda

Penulisan Blog – 13 Senarai Semak Artikel Anda

In Blog, Siri Penulisan Blog by neu24 Comments

Penulisan Blog - 13 Senarai Semak Artikel Anda
Lock Keeper

Entri ini merupakan sebahagian dari siri artikel penulisan blog yang telah dihasilkan kebelakangan ini. Anda belum membaca bagaimana mencari idea untuk menulis, bagaimana menjadi pengubahsuai artikel yang baik atau bagaimana hendak menulis dengan pantas. Anda boleh membacanya melalui link di atas.

Sebagai penulis blog, kebanyakan dari kita menulis kerana minat, menulis untuk kepuasan diri dan juga memberi kepuasan kepada pembaca blog kita. Oleh itu terdapat beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh kita semasa menghasilkan sesebuah artikel. Ini kerana sukar untuk menghasilkan penulisan yang diingati oleh pembaca dan memberi kesan kepada pembaca sekiranya anda tidak memberi sepenuh perhatian dalam penghasilan artikel anda.

Penggunaan bahasa, tanda baca, headlines, tajuk dan sebagainya mungkin tidak dihiraukan oleh sebahagian dari kita. Mungkin ada yang beranggapan bahawa anda boleh menulis mengikut citarasa anda, namun bagaimana dengan pembaca yang singgah ke blog anda dan membaca hampir setiap entri yang anda hasilkan. Entri tersebut pula dipenuhi dengan pelbagai kesalahan bahasa, penggunaan ayat yang tidak sesuai, sedikit lucah dan sebagainya. Apa yang anda hasilkan mencerminkan anda?

Perkara ini nampak seperti suatu isu yang kecil, mungkin kurang di beri perhatian oleh kita. Namun sekiranya anda ingin menghasilkan satu penulisan yang baik untuk blog anda, pembaca anda dan untuk kepentingan enjin carian. Maka perkara di bawah perlu diberikan sedikit perhatian.

Sebelum anda menekan butang “publish” cuba anda perhatikan kembali artikel atau entri yang telah anda hasilkan. Adakah anda benar-benar telah memberi yang terbaik dalam penghasilan artikel tersebut. Adakah tajuk artikel anda bersesuaian dengan isi yang anda sampaikan? Bagaimana dengan kesalahan bahasa, ejaan dan sebagainya? Bagaimana pula dengan hal yang berkaitan dengan SEO. Anda optimasikan artikel tersebut dengan keywords atau tidak?

Jika anda pernah bertanyakan sebahagian dari persoalan tersebut, maka 13 Senarai Semak Artikel di bawah sesuai untuk anda. Senarai semak yang sesuai digunakan semasa anda menghasilkan artikel, sewaktu anda melakukan semakan atau edit dan sebelum anda menekan butang “publish”.

Bahasa Yang Anda Gunakan

1 – Kesalahan Tatabahasa
Penggunaan kata seperti di, dari, daripada dan sebagainya perlu diberi perhatian. Disebabkan anda menulis menggunakan Bahasa Melayu, jadi spell check tool tidak akan berfungsi dan berkesan untuk anda gunakan dalam penulisan anda. Terbaik anda beri sedikit perhatian kepada perkara kecil ini dengan melakukan pembacaan berulang kali sebelum anda menekan butang “publish”.

2 – Pembinaan Ayat
Ayat-ayat yang di bina tergantung dan tidak menerangkan isi yang ingin disampaikan oleh anda. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, cuba anda fokus kepada isi yang anda ingin sampaikan. Huraikan setiap isi menggunakan perenggan baru dan hubungkaitkan perenggan tersebut untuk mencipta kesinambungan cerita.

3 – Pemilihan Perkataan Yang Tidak Sesuai
Berkaitan dengan penggunaan perkataan atau ayat yang tidak menepati maksud sebenar yang anda ingin sampaikan dalam artikel yang anda hasilkan. Akan berlaku sekiranya anda cuba untuk menterjemah perkataan English – Melayu.

Terbaik guna sahaja perkataan English tersebut, kebanyakan dari pembaca akan lebih memahami apa yang anda ingin sampaikan berdasarkan perkataan yang anda gunakan.

4 – Penggunaan Tanda Baca (.,;’?!)
Anda perlu melihat kepada kesesuaian untuk menggunakan Tanda Baca. Iaitu bagaimana dan bila anda perlu menggunakan setiap Tanda Baca. Satu perkara kecil yang mungkin anda terlepas pandang semasa menghasilkan sesebuah artikel.

Format Penulisan Anda

5 – Pembahagian Perenggan dan Text Align
Walau apa jua jenis penulisan yang anda hasilkan sebaiknya penulisan yang anda hasilkan perlulah berperenggan, blog juga tidak terkecuali. Sebaiknya untuk blog anda menghasilkan perenggan yang ringkas serta pendek. Ini kerana pembaca boleh terus ke isi yang anda hendak sampaikan. Untuk mencantikan lagi penulisan anda maka anda boleh mencuba align penuh (Alt+Shift+J) atau cukup hanya dengan align ke kiri (Alt+Shift+L).

6 – Penggunaan Gambarbagaimana menggunakan gambar dalam blog
Sesuaikan artikel anda dengan penggunaan gambar yang baik dan cantik. Sesuatu yang perlu untuk menarik perhatian pelawat dan pembaca anda. Anda boleh masukkan gambar yang menarik di permulaan artikel, di bahagian tengah dan bahagian lain bersesuaian dengan artikel anda.

Gunakan alt-text dengan baik dan tentukan saiz gambar bersesuaian dengan artikel blog anda.

Masih tercari-cari imej serta gambar yang sesuai – anda boleh mencuba Flickr, tentukan kesesuaian gambar tersebut dan bagaimana menggunakan gambar dari Flickr perlu di ketahui oleh anda.

7- Fungsi Headings (gunakan H1, H2, H3 dengan sebaiknya)
Kadang kala, sesebuah artikel memerlukan anda untuk menghurai sesuatu perkara dengan lebih teliti. Ini boleh menyebabkan anda menghasilkan artikel yang sedikit panjang. Di sini anda boleh mencuba untuk menggunakan headings untuk menerangkan apa yang ingin anda huraikan dalam artikel anda. Penggunaan heading yang baik boleh memberi penerangan kepada pembaca tentang apa yang hendak anda sampaikan dalam artikel tersebut.

Cuba Beri Nilai Dalam Setiap Artikel Yang Anda Hasilkan

8 – Cuba Untuk Link Out dan External Link
Sebagai seorang penulis blog, sekiranya anda mempunyai peluang untuk link ke sumber lain yang menceritakan perkara yang sama dengan apa yang anda ingin sampaikan. Maka anda perlu menggunakan peluang tersebut untuk link ke laman tersebut sebagai sumber. Link ke sesebuah laman yang berautoriti membawa pemberat yang tertentu untuk SEO blog anda.

Sekiranya anda bercerita dan merujuk kepada seseorang anda boleh menggunakan nama individu terbabit sebagai sumber untuk link ke sumber luar. Sebagai contoh anda menggunakan Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Bill Gates dalam artikel anda maka anda boleh link nama-nama tersebut terus ke laman Wiki mereka supaya pembaca boleh membaca mengenai mereka dan mengapa anda menggunakan mereka sebagai contoh dalam penulisan anda.

9 – Peluang Untuk Link In dan Internal Link
Link In, Deep Linking atau Internal Link semuanya mempunyai maksud yang hampir sama. Iaitu anda perlu link atau menghubungkaitkan artikel-artikel lama yang pernah anda hasilkan dalam setiap artikel baru yang akan anda hasilkan sekiranya berpeluang melakukannya. Cuba anda lihat apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi arkitek link yang baik.

Mengapa Internal Link:

  • Kepentingan SEO blog anda
  • Anda boleh kawal Keywords yang anda ingin gunakan
  • Rendahkan Bounce Rate blog anda
  • Jadikan Archives anda khazanah bacaan baru

Peluang Optimasikan Blog Anda

10 – Penggunaan Keywords atau Kata Kunci
Sekiranya anda menghasilkan sesebuah artikel yang bersifat informasi, memberi maklumat, tips penulisan, tutorial dan lain-lain niche. Cuba anda perhatikan isi artikel anda, bahagian mana yang anda boleh optimasikan artikel tersebut dengan keywords pilihan untuk kepentingan SEO blog anda.

Anda sememangnya menulis untuk pembaca, namun dari satu sudut yang lain anda perlu mencuba untuk optimasikan artikel tersebut untuk kepentingan enjin carian.

11 – Headlines Yang Anda Gunakan
Menarik atau tidak headlines (H1, H2, H3 dan lain-lain) yang anda gunakan. Headlines yang kreatif sahaja masih tidak mencukupi, ini kerana anda perlu menggunakan headlines dengan sebaiknya untuk menarik perhatian pembaca anda. Yang paling penting ialah adakah headlines yang anda gunakan dioptimasikan dengan keywords?

12 – Deskripsi Artikel Anda
Wordpress merupakan blog platform terbaik untuk mana-mana penulis blog, baik yang baru atau yang sudah lama menulis. Ini kerana komuniti WordPress merupakan komuniti aktif yang menghasilkan pelbagai jenis theme dan plugin untuk anda mengoptimasikan blog dan artikel yang anda hasilkan.

Untuk SEO blog anda, anda boleh menggunakan plugin WP SEO dari Yoast, Headspace2 dari John Godley atau mana-mana plugin SEO untuk WordPress secara percuma.

Semasa anda menghasilkan artikel baru, anda perlu memastikan anda menghasilkan deskripsi ringkas mengenai artikel tersebut untuk kepentingan enjin carian. Deskripsi ringkas sepanjang 140 – 160 patah perkataan perlu untuk mana-mana artikel yang akan anda hasilkan. Ringkasan sepanjang 140 patah perkataan itu perlu mengandungi keywords anda dan secara ringkas apa yang anda sampaikan melalui artikel tersebut.

13 – Jangan Lupa Kepentingan Tag dan Kategori.

Penulisan Blog – 13 Senarai Semak Artikel Anda

Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Penulisan Blog – 13 Senarai Semak Artikel Anda – kongsi sedikit tips anda. Terbaca bagaimana hendak menjadi penulis blog yang bagus, tertarik kepada point blogger perlu kreatif. Tahukah anda yang blogger boleh menjadi kreatif melalui penulisan. Kreatif melalui peniruan (copywriting) dan sebagainya. Ada masa nanti kita kongsikan.

Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin saya telah kongsikan Penulisan Blog – 13 Senarai Semak Artikel Anda, anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin kita boleh berkongsi sesuatu untuk manfaat bersama.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Saya sendiri pun kadang-kadang tersalah guna di,kan,nya…biasanya untuk tulisan seperti artikel(untuk entri SEO)perlu gunakan bahasa dan cara penulisan seorang profesional.

    Kadang-kadang keliru mana satu gaya bahasa yang nak digunakan samaada sempoi atau pro,maka terjadilah bahasa rojak 🙂

    Belajar dan masih belajar menulis dengan lebih baik 🙂
    azman recently posted…Mentaliti kelas 3My Profile

  2. TERBAIK!Aku juga cuba meminimumkan kesalahan tatabahasa.Dulu aku berblogging menggunakan ayat macam ko ni, tapi sambutan agak kurang dikalangan reader,lalu aku ubah dan tweak sedikit cara penulisan,memang memberi kesan,mengikut suasana sendiri..

    apa pun aku agak terkilan pada mereka yang tak ambil kisah pun pasal kesalahan tatabahasa ni..paling susah dalam grammar BI le..:P
    reezluv recently posted…Blog Atau Suratkhabar?My Profile

    1. Author

      nak jaga hati semua mmg susah dalam kalangan “blogger Malaysia” ni reez. aku jg dapat bermacam feedback – ada yg suka, ada yg sindir dan bermacam lg. ttp yg byk komen dan sindir ni pun tidak kemana aku rasa. terbaik tutp telinga jer, buat apa yg dirasakan terbaik untuk diri sendiri bro

      ayat, bahasa dan sebagai perlu juga dijaga sbb itu mencerminkan kita.. contohnya jika kita seorang ustaz jadi cerminkan peribadi ustaz kita tu melalui penggunaan ayat yg baik sama ada melalui komen or penulisan.
      neu recently posted…Mahu Menjadi Pakar Dalam Niche Blog Anda – Baca Ini DahuluMy Profile

      1. yup..paling aku tak tahan adalah ada juga dikalangan blogger yang dah top ni lupa nak mendidik blogger-blogger baru.disuapkan dengan pelbagai dakyah yang salah dalam berblogging…sampaikan ada yang lupa apa itu ‘ping’..gaya dan penulisan langsung tak diambil kira,sebabnya..dirasakan blog personal dan blog ‘ikut suka aku’
        reezluv recently posted…Blog Atau Suratkhabar?My Profile

  3. kadang dari segi men”tag” tu yang WR berat nak buatkan sedang itu salah satu daripada keyword entri. tetapi internal dan external link yang berlebihan membawa ketidak baikan kepada blog..ini yang WR sedang baca dan kaji…:) nice idea bro..:)
    W.R recently posted…Safee Sali berjaya pikat Cardiff CityMy Profile

    1. Author

      external link – xda masalah kalau kita letak WR asalkan link yang kita point mmg membawa manfaat kepada pembaca, no follow atau do follow terletak kpd kita. tetapi kalau artikel yang kita link tu mmg memberi manfaat tak ada masalah kita beri link dofollow. Tidak baik jika kita link ke sumber yang dilabel sbg ‘bad neighbourhood’ or blog tersebut tidak related dengan topik spt gambling atau porn

      internal link – perlu sbb kita memberi tahu enjin carian mana page atau post yang kita hasilkan mempunyai kepentingan dan yang mana tidak. untuk link atau tidak bro kena tentukan sendiri kepentingan page tersebut.

      mungkin dibezakan oleh cara yang kita gunakan 🙂
      neu recently posted…Penulisan Blog – 13 Senarai Semak Artikel AndaMy Profile

  4. sejujurnya, aku tak pernah semak. Salah ejaan ke apa ke. Aku biar aje. Kalau terasa nak semak, baru aku semak. Tapi biasanya, 100% takkan semak.

    TAPI kalau entri itu adalah berbayar, ada orang bayar aku. Memang wajib aku semak. Ni duit orang maa, dia bayar kita. Jadi, hasil mesti berganda-ganda berbaloi walaupun nilai yang kita dapat kekadang tak setimpal dengan apa yang kita hasilkan. hoho..

    apapun, aku setuju. Patut semak. Jangan jadi cam aku. Malas benar nak semak. Haha..
    titan recently posted…Buffered Earning yang ke 22 dari NuffnangMy Profile

  5. Pingback: Apabila Dunia Blog dipenuhi Dengan PAKAR...

Leave a Comment

CommentLuv badge