Penulisan Blog – Bagaimana Mencuri Idea Menulis Secara Sah

penulisan blog - bagaimana mencuri idea menulis secara sah

Black In Black & White

Penulisan Blog – Bagaimana Mencuri Idea Menulis Secara Sah? Anda suka menulis artikel yang berkaitan dengan SEO atau anda suka berkongsi mengenai tips penulisan blog – Urghhh…itu topik utama blog anda, sedikit sebanyak artikel yang anda hasilkan perlu berkait dengan topik blog anda, bukan?. Namun anda tiada idea untuk menulis? Tiada topik yang bersesuaian dengan niche blog anda? Anda hendak update blog anda dengan artikel baru setiap hari namun kekeringan idea. Sekiranya ini berlaku kepada anda apa yang anda lakukan? Jika itu soalan yang anda ajukan kepada saya, mungkin ini jawapan saya;

Curi Sahaja Idea dan Artikel Penulis Lain…

Anda jangan silap sekiranya perkataan “curi” saya gunakan. “Curi” di sini bukan bermaksud anda mencuri mana-mana artikel dan dijadikan entri blog anda, bukan juga meniru bulat-bulat sesebuah artikel yang telah di tulis kerana itu plagiarism namanya, bukan juga teknik copy-paste istemewa digunapakai oleh anda, bukan juga scrappy content atau anda menggunakan plugin tetentu untuk auto-blog artikel tersebut.

Curi di sini saya maksudkan dengan perlakuan yang lebih beretika dan amat digalakkan dalam dunia penulisan iaitu anda menggunakan sesebuah artikel sebagai bahan penulisan anda. Anda boleh menggunakan sebahagian dari isi artikel tersebut atau quotes sebahagian dari pendapat penulis dan anda mula membahas isu tersebut.

Di sini anda boleh memanipulasi artikel tersebut dan menghasilkan sebuah artikel yang baru berdasarkan isi yang telah dikemukakan oleh penulis asal artikel tersebut.

Jika kena cara anda melakukannya, tidak mustahil artikel anda akan lebih mendapat tumpuan dari penulis asal artikel tersebut. Di sini anda perlu bijak dalam melakukan pengubahsuaian dalam penulisan anda. Bagaimana cara, sedikit kupasan untuk rakan blogger semua.

Tiada Idea Untuk Menulis – Cuba Anda Lakukan Ini

Apa yang saya kongsikan di sini mungkin sesuai digunakan oleh mana-mana penulis, hanya dibezakan oleh cara penyampaian kita. Tidak semestinya anda perlu mencuba cara ini dalam penghasilan setiap artikel blog anda. Jika anda kreatif anda boleh cuba menyampaikan sesuatu perkara yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana penulis blog sebelum ini. Jika anda tiada idea menulis, maka anda boleh menggunakan cara yang saya sebutkan di bawah.

Bincangkan Isu Tersebut

Setiap hari, blog seperti TechCrunch dan Mashable akan menghasilkan beberapa siri artikel terbaru untuk pembaca mereka – sesuatu yang berlaku dan mempunyai hubungkait dengan dunia internet selalunya akan dilaporkan oleh kedua blog ini.

Jika anda tiada idea, cuba jenguk kedua blog ini – lihat berita yang disampaikan oleh penulis, ada yang menarik minat anda – sekarang anda cuba menulis kembali artikel yang mempunyai kaitan dengan berita tersebut. Caranya ialah dengan memberi ulasan anda, quotes pendapat penulisnya dan anda sampaikan sekali lagi berita tersebut. Jadikan berita tersebut sebahagian dari entri blog anda dengan membincangkan mengenai perkara tersebut dengan pembaca anda.

Anda ada blog yang berkaitan dengan teknologi – kedua blog tersebut mungkin boleh dimanfaatkan oleh anda untuk mendapatkan sesuatu berita mengenai dunia teknologi dengan pantas.

Cuba Laman Media Sosial

Sekiranya anda kaki laman media sosial seperti Twitter atau Facebook. Saya sebut dua nama sahaja di sini kerana kedua laman ini merupakan laman yang popular dimana pengguna boleh berkongsi berita dan maklumat. Sebenarnya anda boleh menggunakan maklumat yang anda perolehi dari laman tersebut dan dijadikan entri blog anda. Mungkin anda pernah buat.

Aku Lebih Mengemari Reddit

Di sini saya lebih mengemari Reddit kerana laman tersebut lebih santai, mempunyai entri yang lebih ringan serta sedikit jokes dan tempat tersebut mempunyai penggunaan bahasa yang sedikit “lucah”. Tempat yang kebanyakan penggunanya mempunyai idea dan pendapat yang saya boleh kategorikan sebagai “gila-gila”. Cuba anda ke sana, Reddit penuh dengan berita yang dikongsi oleh pengguna seluruh dunia yang anda boleh jadikan idea menulis entri blog anda.

Untuk kepentingan SEO blog anda atau anda ingin meningkatkan trafik dari enjin carian anda boleh cuba cara ini. Lihat berita yang berada di muka depan Reddit – pilih satu tajuk dan cuba anda ulas mengenai isu terbabit. Uhhh…tidak mustahil trafik ke blog anda dapat ditingkatkan jika kena dengan berita yang anda laporkan.

Berita, Tips atau Maklumat Penulis Tersebut Salah…

Cuba anda lihat RSS reader anda atau Google reader anda – teliti beberapa artikel, cari artikel yang anda kurang bersetuju dengan pendapat penulisnya. Tidak susah rasanya untuk mencari artikel yang anda tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh penulisnya. Dah jumpa topik yang anda kurang bersetuju, cuba anda tulis kembali mengenai isu tersebut, selitkan sedikit isi yang dikemukan oleh penulis terdahulu dan quotes kembali penulisan tersebut. Namun kali ini anda perlu…..

Terangkan Di Mana Silap Penulis Tersebut!!!

Namun kali ini anda boleh memberi sedikit penerangan dan penjelasan mengapa anda tidak bersetuju dengan pendapat penulis tersebut. Mengapa anda tidak bersetuju dan di mana silapnya artikel tersebut. Kena cara anda lakukan, autoriti blog anda mungkin dapat ditingkatkan.

Awas!!! bergantung kepada cara penyampaian – anda boleh mencipta rakan baru atau menambahkan senarai musuh anda dalam dunia internet. Jika anda jenis yang tidak kisah maka ini mungkin jawapan anda;

Aku Tak Kisah Mencipta Musuh – Janji Aku Sudah Betulkan Kesalahan Kau!!!

Topik Lama, Olahan Baru

Blog seperti ProBlogger, CopyBlogger atau DailyBlogTips merupakan antara sumber maklumat mana-mana penulis blog. Silap sekiranya anda tidak membaca blog-blog tersebut. Banyak informasi mengenai dunia blog, penulisan, tips untuk menulis blog dan sebagainya dikongsikan oleh mereka. Anda hanya perlu luangkan masa dan membaca beberapa artikel untuk menambahkan ilmu penulisan anda.

Namun jika anda berfikir lebih dari itu cuba anda ke bahagian Archives mereka, lihat mana-mana artikel yang berjaya menarik minat anda dan cuba anda tulis kembali artikel tersebut. Olahkan artikel tersebut mengikut kreativiti anda, menggunakan cara anda dan cuba sampaikan dengan lebih baik dari mereka untuk pembaca anda. Walaupun topik atau isu terbabit sudah lama, namun jika anda dapat memberi nafas baru maka tidak mustahil artikel itu akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Bagaimana melakukannya? Terbaik anda quotes sebahagian dari penulisan tersebut, beri kredit kepada sumber dan seterusnya anda boleh mula mengolah artikel tersebut di perenggan seterusnya. Jika boleh cuba kaitkan dengan isu-isu terkini yang berkemungkinan sesuai dengan artikel tersebut.

Sesuatu yang pasti sekiranya anda menggunakan cara ini, anda bukan sahaja berjaya mencipta entri baru untuk blog anda. Namun lebih dari itu anda telah memberi nafas baru kepada penulisan artikel tersebut melalui olahan terbaik anda.

Sumber Terbuka

Anda masih tiada idea, anda boleh mencuba kandungan dari sumber terbuka. Blog seperti Leo Babauta dari Zen Habits dan Tyler Tervooren dari Advanced Riskology telah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis untuk menyiarkan kandungan blog mereka. Kandungan blog mereka adalah “Uncopyrighted”. Anda boleh menggunakan kandungan blog yang saya sebutkan tadi untuk menghasilkan entri terbaru blog anda.

Penulisan Blog – Bagaimana Mencuri Idea Menulis Secara Sah

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan sedikit tips untuk anda mendapatkan idea menulis blog. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Penulisan Blog – Bagaimana Mencuri Idea Menulis Secara Sah – kongsi sedikit cara anda.

Comments

  1. says

    Bila tiada idea menulis,saya ada juga ikut langkah2 diatas..selalu saya baca blog dari luar negara,dan ambik sedikit idea dari entri yang dituliskan,kemudian olah mengikut acuan Malaysia :)…so kira macam makan steak dengan sos asam jawa lah :)

    Tahniah! entri yg membuka minda pembaca : : :

  2. Pacifista says

    aku pernah buat macam ni tapi dalam cara yang berbeza.sebagai contoh entri wrizuan.net cerita tentang citer juvana 4.2 juta penonton dan aku pulak tukar 4.2 juta penonton kepada 4.2 juta visitor.hanya menggunakan nombor yang sama dan cerita yang hampir sama tapi membincangkan perkara yang berbeza.bagi aku tu satu penulisan yang menarik (perasan! :p)

    terima kasih dengan tips ni bro.memang berguna untuk entri aku yang akan datang :)
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus PacifistaMy Profile

  3. shah blogger says

    hehe nice sharing bro. x salah jika apa yg kita copy tu adalah Fakta dan yg kita sampaikan masih fakta. di sebar demi dedahan lebih meluaskan :) menyenangkan user. apa pun yg penting kita faham segala artikel yg kita pblish untuk memberi jawapan setiap persoalan reader nanti. Sebaknya kepakaran kita .

    Nice artikel ni. Keep it up bro ! :D
    shah blogger recently posted..Fungsi Backlink Nofollow dalam Index SeoMy Profile

  4. says

    pasal mencuri tu,memang aku pernah gak buat, tapi takla 100% perkara tu dicopy dan dipublish.Selalunya aku akan review kembali dan mungkin buat summary mengenai artikel berkenaan. Paling aku rasa agak susah adalah untuk blog yang memerlukan pengetahuan teknikal seperti blog tech.Dua blog tech aku dah dikuburkan disebabkan tiada fokus.

    Untuk tahun 2012,aku cuba untuk fokuskan kesemua blog niche aku,walau dulu aku banyak gunakan content yang dispin sampaikan ada email warning nak saman aku..adeh..:D
    reezluv recently posted..Blog Atau Suratkhabar?My Profile

Trackbacks

  1. […] Apa yang di cari oleh pembaca dan kategori penulisan yang mendapat sambutan pembaca.Sedikit tips untuk mencuri idea menulis yang sah. Cuba anda praktikkan.KeuntunganSampai satu tahap anda perlu memikirkan tentang keuntungan yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.