Budak baru, newbie, noob dan pelbagai lagi term mungkin sudah sinonim dengan penulis blog yang baru ingin berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Ok anda mempunyai blog baru, baru hendak berjinak-jinak dan masih mencari niche blog serta kategori penulisan yang sesuai untuk anda. Sebagai orang baru mungkin anda akan lebih menumpukan kepada pembinaan blog anda di fasa awal penulisan anda, mencari rentak penulisan yang sesuai untuk digayakan dan dipersembahkan kepada pembaca anda atau mungkin anda masih lagi tiada idea mengenai topik yang ingin di tulis.
Namun jauh di satu sudut anda terfikir mengapa penulis lain boleh berjaya dan mengapa tidak anda. Berkemungkinan besar persoalan berikut bermain di fikiran anda. Mengapa beliau boleh berjaya? Apa tips membina blog yang baik yang digunapakai? Apa mantra yang digunakan, ilmu SEO apa yang diapplikasikan dan pelbagai lagi soalan boleh anda tanya kepada diri anda. Namun yang pasti setiap persoalan berikut tidak akan merubah hakikat yang anda masih lagi seorang blogger baru yang masih mencari identiti sendiri di alam penulisan blog.
Jadi apa yang patut anda buat sekiranya anda masih mencari-cari identiti penulisan anda dan bagaimana hendak menjadi seorang blogger yang mungkin baik untuk anda.
Jawapannya Terletak Kepada Fokus, Fokus dan Fokus
Suatu perkara yang mungkin tidak di sedari oleh kebanyakan dari kita ialah kebanyakan blog yang berjaya di luar sana, BERJAYA disebabkan mereka Fokus dalam setiap tindakan mereka. Terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penjenamaan blog mereka, sama ada dari segi kandungan, penulisan, persembahan dan networking yang telah di bina oleh mereka.
Disebabkan mereka telah meletakkan fokus untuk berjaya maka blogger ini berjaya membina blog dengan amat baik sekali. Setiap tindakan, setiap penulisan dan setiap apa yang dihasilkan oleh penulis yang telah berjaya sebenarnya didorong oleh fokus yang telah diletakkan oleh mereka.
Ketiadaan fokus berkemungkinan halangan terbesar kepada mana-mana penulis baru untuk membina blog yang baik. Tiada fokus untuk berjaya, tiada fokus untuk menulis kandungan yang baik dan sekiranya anda hanya fokus untuk mencapai kejayaan dengan sekelip mata maka anda akan gagal sepenuhnya.
Blog Anda Merupakan Fokus Anda – Merupakan Minat Anda
Mungkin anda pernah mendengar dan membaca yang blog anda merupakan manifestasi kepada fokus serta minat anda. Kenapa blog merupakan manifestasi kepada fokus anda? Jawapannya mudah, segala yang anda tulis, update, karangkan dan habiskan begitu banyak masa berharga sudah tentu merupakan perkara yang anda minat.
Minat anda mendorong anda untuk menghasilkan setiap isi kandungan blog anda. Letak ketepi dahulu soal baik atau tidak penulisan tersebut – namun yang penting minat anda akan mendorong anda untuk menghasilkan penulisan tersebut.
Minat Anda + Fokus Untuk Berjaya = Blog Yang Baik
Kebanyakan dari kita mengetahui perkara ini, namun masih ramai yang gagal untuk memberi yang terbaik dalam setiap apa yang mereka hasilkan – terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan blog.
Ini terjadi disebabkan fokus anda telah lari serta berubah. Anda tidak lagi menulis tentang apa yang anda benar-benar minat. Anda hanya menulis, menulis dan menulis dengan pantas tanpa fokus. Menulis hanya untuk memenuhkan setiap kategori blog anda dengan bahan penulisan. Oleh itu sukar untuk anda berada di landasan yang betul untuk membina blog yang berjaya.
Mengapa Anda Menghasilkan Blog
Sebelum anda menghasilkan mana-mana blog baru anda perkara yang telah dipertimbangkan oleh anda ialah:
- Topik / Niche
- Kategori
- Pembaca sasaran
- Minat anda
- Fokus anda – hasilkan duit, super blogger, Pagerank, Alexa Rank dan lain-lain
- Anda ingin berkongsi maklumat
Itu merupakan antara pendorong utama mengapa seseorang blogger menghasilkan blog. Mungkin tiap dari kita mempunyai pendorong yang berbeza, namun saya boleh katakan bahawa itu antara sebab utama anda menulis blog.
Di atas merupakan minat anda, namun mengapa….
Mengapa Fokus dan Minat Anda Hilang
Disebalik semua itu, terdapat cabaran tersembunyi yang mungkin menjadi penghalang mengapa anda tidak berjaya membina blog yang baik dan mengapa fokus anda boleh hilang. Kebanyakan dari kita gagal untuk mengawal cabaran tersebut. Antaranya ialah:
- Anda cuba untuk menghasilkan sesuatu yang berada di luar bidang anda, di luar kepakaran anda dan anda menulis perkara yang berada di luar fokus serta minat anda. Akibatnya anda telah menyajikan pembaca anda sesuatu yang amat berbeza dari sebelumnya.
- Anda berada dalam satu tahap dilusi serta mimpi yang mengakibatkan anda mengabaikan kandungan blog anda, apa yang anda sampaikan telah berubah, motivasi awal anda untuk menulis sesuatu perkara yang anda minati telah berubah dan anda hilang fokus dalam pembinaan blog anda.
Mari cipta satu situasi untuk anda. Anda telah menghasilkan sebuah blog berniche dan topik yang anda akan bincangkan lebih terarah kepada tips-tips untuk menulis blog. Topik tersebut merupakan fokus utama anda dan anda berminat dengan topik tersebut. Namun sampai satu jangkamasa, anda banyak menulis tentang kehidupan seharian anda dalam blog tersebut, apa yang anda lakukan seharian menghiasi kebanyakan entri yang anda hasilkan.
Sekiranya ini berlaku, fokus utama anda telah hilang dan pembaca sudah tentu tertanya-tanya apakah identiti blog anda. Persoalannya salah atau tidak. Bagi saya, tidak salah namun fokus anda telah hilang, kemana semua fokus dan minat anda di awal untuk menghasilkan sebuah blog menarik mengenai tips-tips menulis blog. Di sini yang berkemungkinan pembaca anda juga tidak akan menyukainya situasi tersebut.
Point saya hanya satu iaitu; jika anda ingin membina sebuah blog yang berkualiti, mempunyai brand sendiri, dan berjaya dalam sesuatu niche maka anda perlu menyajikan artikel yang mempunyai kaitan dengan fokus dan minat anda sahaja. Anda tidak suka dengan kenyataan ini, ruangan komen untuk anda.
Hendak Kekalkan Fokus Mungkin….
Untuk mengekalkan fokus kita dalam sesuatu perkara mungkin sesuatu yang nampak sukar untuk dilakukan. Ia memerlukan banyak kesabaran dan perhatian oleh anda. Memerlukan pengurusan yang mana anda perlu kekal di landasan utama anda untuk menulis sesuatu yang anda minat dan fokus.
Saya tidak mengatakan bahawa anda tidak boleh menulis mengenai beberapa perkara lain di dalam sebuah blog. Namun perlu ada check dan balance antara keperluan untuk menghasilkan entri yang bersifat peribadi dengan entri yang benar-benar berkualiti untuk pembinaan blog anda.
Beberapa Perkara Yang Boleh Di Pertimbangkan…
- Adakah anda menulis perkara yang berkaitan dengan fokus dan minat utama anda – ambil kira point mengapa anda menghasilkan blog tersebut
- Berapa banyak entri yang anda hasilkan tidak berkaitan dengan fokus dan minat utama anda?
- Berapa kerap anda menulis topik yang berkaitan dengan minat anda? dan, Berapa banyak pula topik peribadi yang anda bincangkan? Buat sedikit perbandingan.
- Adakah fokus blog anda telah lari, sila lakukan sedikit perbandingan.
Di atas merupakan sebahagian dari persoalan yang anda boleh tanyakan kepada diri anda untuk mengetahui sama ada fokus serta minat anda telah lari atau tidak. Jika jawapannya lebih kepada YA – maka tiba masanya anda kembali ke landasan awal mengapa anda menghasilkan blog tersebut.
Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan mengapa anda perlu fokus dalam penulisan blog anda. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Penulisan Blog – mengapa anda perlu fokus – kongsi sedikit tips serta cara anda untuk sentiasa kekal fokus.
Siri sambungan akan saya hasilkan dalam masa terdekat dan masih lagi berkaitan dengan tajuk artikel ini. Terbaca entri Blog Ikut Suka Aku oleh reezluv, ada isi yang hendak disampaikan oleh beliau di sana mengenai blogger Malaysia.
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013

ramai blogger hilang fokus mungkin sebab nak berjaya dengan cepat..die tgok blog ni berjaya sebab tulis topik ni,die pon nak folo.sedangkan die takde ilmu langsung tentang topik tersebut
orang buat A die buat A,orang buat C die buat C..tak pernah kaji ape kemahiran/bakat sendiri
<——————- pernah jugak tersesat.hehe
sesat kalau kembali ke pangkal jalan xper bro
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
Aku kini sedang hilang fokus… mmg susah nak kekal fokus ni.. sbb tu blog lama tak berupdate… Aihh….
iPhoneScope recently posted..What is the Latest News for Apple iPhone 5?
saya sudah hasil kan blog nichie, tp bila nak bergerak buat ja, x tau nak target apa utk nichie nih
Juan recently posted..3D Stereogram | Jom Cuba
cuba buat apa yg bro minat – mungkin boleh
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
betul. kuasa fokus inilah yang boleh bagi kita banyak benda. Pendek kata, sentiasa fokus dan berusaha untuk capai apa yang kita mahukan.
tian recently posted..Update Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
mmg kena fokus dan ada minat titan – jika kita fokus nak buat duit dari blog maka kita kena berusaha kearah itu
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
okay.this article surely for myself.kena baca banyak2 kali kasi masuk dalam kepala
izwannizam recently posted..4 Kesilapan Kewangan Umum
baca sekali pun dah cukup bro & yg penting fokus tu kena dtg dalam diri sendiri. mesti jadi apa kerja pun
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
Yup sangat penting….ada 2/3 blogger yg saya kenali,dulunya blog mereka begitu ramai pembaca,entah macam mana dia hilang fokus dan kini blog dia sunyi sepi dari mendapat kunjungan seperti biasa.
Fokus itu amat penting!
azman recently posted..Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!
sememangnya bro azman – fokus, minat, dan kita perlu bersabar dalam pembinaan blog kita..jika tak mmg semangat untuk menulis akan hilang
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
Berblogging memerlukan kemahiran, minat, persistence dan fokus, macam kerja-kerja lain juga. Kalau tak fokus maka jadilah ia blog yang mengejar hot keyword (berita?) semasa, semacam secondary newsfeeder gitu. Bila dah jadi macam tu, pembaca setia akan lari sebab kandungan blog dah hilang tuan blog punya personaliti.
Blogger Sentral recently posted..How to use folders in Google Reader
saya pernah juga fokus hilang, pernah satu masa blog yg saya hasilkan terbiar begitu saja – lastly lenyap…saya juga dah lihat byk rakan blogger hilang fokus.
blog yg mengejar berita dah menjadi satu trend di malaysia saya rasa, benar seperti saudara cakapkan byk blog dah menjadi news syndication site atau secondary newsfeeder – mungkin idea untuk menulis telah hilang atau begitu caranya untuk memenuhkan ruang artikel atau kategori yang tidak ingin dibiar kosong..
TQ sebab sudi singgah dan komen
(dofollow)
neu recently posted..Penulisan Blog – Mengapa Anda Perlu Fokus
fokus dan amalkan bendal alah ni……bila sudah menjadi tabiat dan amalan jadi senang dlm menulis blog
Twitter: Amirez
satu lagi sebab ramai orang hilang fokus bila terlalu mengejar duit hasil daripada blog.
Amirez recently posted..Sejarah Masjid Brunei di Danau Tok Uban
kalau dah terlalu fokus kpd duit mmg susah – sebaik seimbangkan content dgn fokus kita unt mencari duit.
thanks sbb singgah bro amirez
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
yes, fokus ni bukan sahaja dalam blogging tapi semua perkara kena fokus. kalau tidak, tak kemana lah kerja kita. kena ada perancangan. orang selalu ikut-ikut geng. geng ada blog, dia nak ada blog tapi dia tak fokus dan tak ada perancangan.
saya buat silap ni masa mula2 berblog. tapi, lepas saya buat sikit research saya start ada hala tuju. mana yang patut dahulukan, saya buat tu dulu. thanks. suka baca artikel kat sini. banyak tambah ilmu
Lizz recently posted..Tips Menulis: Masa, Idea dan Mood!
itu sebaiknya lizz, fokus dalam semua perkara – kalau tak fokus nak makan pun sukar rasanya
datang lagi ok
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Seriously artikel yang mantap padat dan berisi, dan saya sedar bahawasanya saya hilang fokus…susahnya nak stabilkan mood untuk fokus pada blog lebih2 lagi yang kebizian tu tak dijangka bila-bila…
kalau ada sebab hilang fokus tu boleh diterima cik kuntum, kita manusia mmg tak boleh nak lari dari kesibukan..yg penting kita sedar dan kembali fokus
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Untuk niche blog memang blogger perlu fokus, kalau lari dari niche yang dibuat pembaca akan lari.
Sekarang ini aku tak ada niche blog, cuma ada blog personal. Masih lagi mencari niche yang sesuai untuk dicuba…
Fahmi recently posted..Seronok Mendengar Cerita Pengalaman Orang Lain
personal pun blog jg – boleh kongsi tips dengan rakan
(dofollow)
neu recently posted..Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan
Susah juga hendak fokus kerana godaan nafsu dan dorongan sekeliling menyebabkan timbul sifat rakus. Dari situlah menulis mengikut sesuka hati asal ada trafik yang penting kejar habuan dan ada yang mengunakan teknik black hat
akubiomed recently posted..Cabaran Blogger | Konda Kondi pt.2
haha…godaan nafsu tu terlalu dalam bagi yang belum berkahwin ni bro.ekeke
kekadang hilang jugak fokus ni.mana taknya,aku baru je nak khusyuk berkarya,dah macam2 hal mengganggu.apapun semua tu dugaan.kalau la entri aku ni macam ko neo,rasanya seminggu baru siap.sebab aku ni susah nak fokus betul2 kat rumah.kat sekolah apatah lagi :p
Saya juga selalu hilang fokus.
Tetapi sejak selalu layari penulisan blog yang menggunakan bahasa melayu tinggi
(BMT) seperti blog yang sedang saya baca ini iaitu blog saudara Neu.
Saya buat note dan tampal pada dinding bilik supaya saya sentiasa fokus.
Asyrof Asri recently posted..I Want To Go Back Home This Year