pengubahsuaian

Penulisan Blog – Mengapa Perlu Kepada Pengubahsuaian

In Blog, Siri Penulisan Blog by zeo36 Comments

Ini antara artikel lama yang saya hasilkan pada 2011, dan ini antara artikel menarik yang saya rasakan wajar untuk saya kongsikan kembali sekali lagi. Artikel ini sebenarnya berkaitan dengan pengubahsuaian, lebih tepat bagaimana seorang blogger boleh menerima dan menyerap sesuatu perkara.

Saya Mulakan Dengan Contoh Berikut…

Antara artikel berikut yang mana akan anda baca sekiranya anda sedang mencari tips untuk memikat? 10 Cara Paling Top Untuk Memikat? dengan Cara-cara Untuk Memikat?

Berkemungkinan besar artikel yang pertama akan menjadi pilihan anda. Artikel pertama akan berjaya menarik perhatian tidak sahaja anda, malahan sesiapa sahaja yang ingin mencari tips-tips untuk memikat. Ini kerana ianya mempunyai daya penarik dan penggunaan “pengubahsuaian” yang sesuai dengan isi yang hendak disampaikan.

Satu perkara yang anda mungkin tidak sedari pada waktu itu ialah  – kedua-dua artikel bermungkinan mempunyai isi yang hampir sama, namun hanya dipisahkan oleh perbezaan tajuk sahaja (itu andaian yang anda boleh lakukan). Tajuk ini pula menjadi titik penting yang menentukan artikel anda akan di baca atau tidak, mendapat perhatian dari pembaca atau sebaliknya. Sambung situasi berikut di bawah…..

Apa yang membezakan kedua tajuk artikel di atas ialah faktor pengubahsuaian yang digunakan. Dengan hanya menambah beberapa perkataan di tajuk artikel, seorang penulis yang baik dapat memanipulasikan sebuah artikel yang mempunyai isi yang sama menjadi sesuatu yang lebih baik dan mempunyai daya penarik untuk di baca.

Melalui sedikit permerhatian, anda tentu akan mengatakan bahawa artikel tersebut hanya dibezakan oleh tajuk, pemilihan perkataan dan juga keywords yang digunakan sahaja. Jika itu kata anda, maka ianya merupakan PENGUBAHSUAIAN yang digunakan.

Penulisan Blog – Perlu atau Tidak Pengubahsuaian.

Bagi seorang penulis blog pengubahsuaian merupakan sesuatu yang perlu. Mengapa perlu, bayangkan sekiranya anda menulis mengenai tips menulis blog. Topik atau niche tersebut sebenarnya telah mempunyai kalangan penulis yang ramai, boleh dikatakan niche tersebut sebenarnya sudah saturated.

Untuk memberi informasi atau maklumat yang mungkin telah diberikan oleh penulis terdahulu anda perlu menjadi seorang pengubahsuai yang baik. Memberi maklumat yang sama dengan cara yang berbeza, penyampaian yang berlainan dan diubah suai mengikut cara penyampaian anda.

Walaupun anda menyampaikan sesebuah topik yang sama, jika anda implementasikan pengubahsuaian dengan baik tidak mustahil artikel anda akan mendapat perhatian dari pembaca dan pelawat blog anda. Tidak salah untuk anda menyampaikan sesuatu isu yang sama tetapi anda perlu olahkan isu tersebut mengikut cara penyampaian anda.

Jadi Apakah Pengubahsuai, Pengubahsuaian Atau Ubah Suai Atau Modifikasi

Untuk tujuan penulisan blog, pengubahsuaian sesuai di rujuk sebagai satu cara bagaimana anda menggunakan keywords (kata kunci) tetentu untuk menghasilkan sebuah artikel yang dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca artikel tersebut. Dalam masa yang sama, menggunakan pengubahsuaian untuk mengoptimasikan artikel tersebut untuk kepentingan enjin carian. Dengan kata mudah, anda menggunakan pengubahsuaian untuk menarik perhatian pembaca dan meningkatkan kepentingan SEO artikel tersebut.

Sebagai contoh anda ingin menghasilkan sebuah tutorial bagaimana menghasilkan sebuah blog. Antara tajuk yang bermain difikiran anda ialah “cara membuat blog” dan “cara menghasilkan blog”. Tajuk mana pun yang menjadi pilihan anda, isi yang akan anda gunakan adalah isi yang sama, hanya dibezakan dengan cara penyampaian anda – untuk disesuaikan dengan tajuk. Sekiranya anda melakukan sedikit carian menggunakan kedua keywords tersebut anda akan mendapati hasil carian untuk kedua keywords tersebut mempunyai perbezaan yang amat ketara.

Ini kerana tajuk pertama yang saya sebutkan mempunyai carian bulanan (201,000 carian) yang amat tinggi di kalangan pengguna internet Malaysia berbanding tajuk kedua (1,600 carian). Jadi tajuk serta keywords mana yang akan menjadi pilihan anda untuk menghasilkan tutorial tersebut? Jawapan saya tinggalkan kepada anda.

Bagaimana Hendak Menggunakan Pengubahsuaian?

Sebenarnya pengubahsuaian sesuai digunakan untuk keseluruhan penyampaian artikel anda. Terbaik anda boleh menggunakan faktor pengubahsuaian di tajuk artikel dan dalam penyampaian artikel anda.

Pengubahsuaian – Tajuk Artikel

Untuk menarik perhatian pembaca dan untuk kepentingan enjin carian blog anda. Sebagai penulis blog anda perlu meletakkan faktor pengubahsuaian yang akan anda gunakan di tajuk artikel dan di headings artikel anda.

Penggunaan keywords di tajuk artikel dan di headings H1, H2, H3 sebenarnya mempunyai kepentingan enjin carian – ianya merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh anda.  Sebolehnya anda cuba meletakkan keywords pilihan anda di situ.

Sebagai contoh, anda mempunyai sebuah blog motivasi, dan anda ingin menghasilkan sebuah artikel tentang motivasi diri. Untuk kepentingan artikel tersebut anda boleh menggunakan Tips Motivasi Diri Terbaik Untuk Tahun 2011. Keywords pengubahsuaian yang anda gunakan di sini ialah Tips, Terbaik dan Tahun 2011 di samping keywords utama iaitu Motivasi Diri. Sekiranya pengguna mencari tips motivasi diri untuk tahun tersebut tidak mustahil artikel anda akan menjadi pilihan pembaca kerana ia lebih relevan dengan carian mereka.

Keywords Utama + Kata Pengubahsuaian + Artikel Yang Baik

Ingin juga saya ingatkan di sini, walau apa keywords yang anda gunakan untuk optimasikan SEO atau untuk kepentingan enjin carian blog anda, jangan sesekali anda korbankan nilai artikel tersebut. Tajuk artikel anda yang kreatif perlu disusulkan dengan penghasilan artikel yang berkualiti. Ingat anda menulis untuk pembaca bukan untuk enjin carian.

Pengubahsuaian – Artikel Yang Berkualiti

Untuk menghasilkan penulisan yang baik dan dapat menarik perhatian pembaca tidak sahaja terletak kepada pemilihan tajuk yang kreatif. Anda perlu melakukan lebih dari itu, iaitu dengan menghasilkan artikel yang baik dan bersesuaian dengan tajuk artikel anda. Untuk menjadi seorang pengubahsuai yang baik anda boleh cuba menghasilkan artikel yang mungkin telah di tulis oleh blogger lain, namun cuba anda sampaikan dengan cara penulisan anda. Walaupun anda menggunakan isi yang hampir sama –  anda boleh mengubahsuai artikel tersebut dengan membuat pembandingan, analisis, analisa baik buruk dan sebagainya mengikut kreativiti anda.

Bagaimana Saya Menggunakan Pengubahsuaian

Untuk penulisan dan pembinaan blog saya, pengubahsuaian banyak digunakan oleh saya dalam menghasilkan sesebuah artikel. Selalunya saya akan melihat kepentingan artikel tersebut kepada pembaca blog saya sebelum saya optimasikan artikel tersebut dengan keywords pilihan sebagai pengubahsuaian.

Disebabkan blog saya banyak membicarakan tentang tips penulisan dan pembinaan blog, banyak topik dalam penulisan ini telah di sentuh oleh blogger terdahulu. Jadi apa yang saya lakukan ialah saya menjadikan artikel tersebut sebagai rujukan, melihat kepada apa isinya dan bagaimana ianya disampaikan. Sebelum saya kembali dengan draf baru, melakukan sedikit pengubahsuaian dan disampaikan dengan cara penulisan saya.

Bagaimana Dengan Anda

Anda pernah menjadi seorang pengubahsuai? Bagaimana anda lakukan? Terutamanya sekiranya anda masih lagi baru dalam bidang ini seperti saya. Apa pula yang anda lakukan untuk menarik minat dan perhatian pembaca anda?

Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin anda ada sesuatu untuk diperkatakan.

Kredit gambar: ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. 1st impression ak tertarik dgn tag2 header untuk setiap tajuk. Jelas dan menarik perhatian 🙂
    Ak kerap melakukan perngubahsuain tajuk artikel yang kadang2 agak santai
    Dulu ak suka bubuh tajuk yang agak strong dan meyakinkan. skunk x lagi sbb gaya penulisan aku lebih santai dan ikut niche blog

    Neway ak still respect gaya penulisan ni. 🙂
    nizamghazi recently posted…Adila, You Memang Kreatif. Tengs!My Profile

  2. Setuju dengan tip diatas, mantap entri ni senang faham.kalau dipraktikan cara ni tak lah org kata blogger copypaste 🙂

  3. Mencari identiti dan gaya penulisan bukan mudah. Ada yang melekat membaca artikel hingga ke penghujung seolah-olah ada tarikan magnet. Bagi saya adalah jadi diri sendiri dan jangan takut mengenai kesilapan-kesilapan kecil ketika menulis kerana bukan dilahir untuk menjadi penulis novel atau wartawan. Ikut kata hati 🙂
    akubiomed recently posted…Amitabh Bachchan tidak mahu terima bayaranMy Profile

  4. Pingback: Penulisan Blog - 13 Senarai Semak Artikel Anda

Leave a Comment

CommentLuv badge