Penulisan Web atau Penulisan Blog

makanan untuk kulit kekal sihat - lelaki kacak

Penulisan Web sama atau tidak dengan penulisan lain? Sejak dari sekolah kita telah diajar bagaimana hendak menulis, bagaimana hendak menyampaikan maklumat berkesan dan pelbagai gaya penulisan telah diperkenalkan kepada kita. Terdapat pelbagai peraturan dan etika dalam penulisan telah di ajar kepada kita – sehingga kini perkara tersebut terbawa dalam apa sahaja aktiviti yang melibatkan penulisan.

Bezanya dahulu kita menulis untuk memuaskan hati guru, sebagai blogger pula kita menulis untuk kepuasan diri dan juga memberi kepuasan kepada pembaca blog kita. Walaupun blog ini masih baru, aku cuba sedaya upaya memberi yang terbaik dalam setiap artikel yang aku hasilkan – suatu kepuasan kepada aku untuk menghasilkan penulisan web yang baik.

Satu soalan kepada anda semua, adakah anda menulis blog sepertimana anda menulis karangan semasa di zaman persekolahan anda? Sama ada dari segi teknik, artikel anda mempunyai bahagian pengenalan, pemilihan isi penting, olahan kata serta mempunyai penutup. Serius di sini saya masih lagi mengekalkan ciri dan teknik penulisan tersebut untuk menulis artikel saya. Secara umum saya memecahkan artikel yang hendak di tulis kepada beberapa bahagian untuk memastikan saya tidak tertinggal isi-isi penting. Selain itu, saya ingin maklumat serta informasi yang ingin saya sampaikan dapat di terima dengan baik oleh pembaca.

penulisan web

My Lovely Baby “Amru

Penulisan Web – Bagaimana Pula?

Namun untuk menulis di laman web atau blog – penulisan kita perlu sedikit digayakan. Ini perlu dilakukan untuk menarik minat pembaca anda yang datang dari pelbagai latar pendidikan dan mempunyai pengalaman yang berbeza. Perlu di ingat setiap yang datang ke blog anda dahagakan sesuatu yang baru sama ada mereka datang untuk mencari bahan bacaan berkualiti, mencari humor atau sekadar datang untuk mendapatkan penyelesaian kepada permasalahan mereka.

Penulisan Web yang Baik, Bagaimana Caranya

Jadikan Artikel Anda Ringkas

Kita hidup dalam zaman yang serba canggih dan “masa” merupakan sesuatu yang amat berharga. Begitu juga pembaca yang datang ke laman blog kita, mereka datang untuk sesuatu, namun mereka mahukan maklumat secara cepat dan pantas.

Selalunya pelawat yang datang ke sesebuah blog hanya menghabiskan 2-3 minit membaca sesuatu bahan bacaan, sepertimana mereka aku juga begitu. Selalunya pelawat sebegini mahukan maklumat dengan pantas. Mungkin juga sudah menjadi tabiat mereka untuk membaca – siapa tahu.

Jadi sebagai penulis anda boleh cuba untuk menulis dengan pendek sesebuah artikel anda. Gunakan fungsi bullet serta point jika perlu. Ini memudahkan mereka untuk terus kepada isi yang ingin kita sampaikan dan memudahkan mereka untuk mencari sesuatu maklumat. Tidak semua artikel anda hasilkan perlu digayakan dengan tulisan yang ringkas serta pendek, sekiranya artikel itu memerlukan anda untuk menulis dengan panjang – silakan berbuat begitu.

Elakkan Jargon

Tidak semua dari kita mempunyai latar pendidikan yang sama. Sekiranya blog anda banyak memperkatakan tentang gadget serta teknologi seboleh-bolehnya anda elakkan dari meggunakan jargon atau perkataan yang boleh memeningkan kepala pembaca anda. Terbaik hanya menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami dalam penyampaian artikel anda. Anda tahu apa maksud technobabble.

p/s Aku mempunyai latar pendidikan sains politik, tidak kena rasanya sekiranya aku mengunakan term-term politik dalam blog ini. Sebab lain ialah kerana aku amat meminati bidang link building dan link marketing, jadi tidak berkaitan langsung untuk aku selitkan politik.

Selitkan Sedikit Jenaka

Jenaka sedikit sebanyak dapat memberi hiburan kepada pembaca anda disamping mereka membaca isi kandungan artikel anda yang sedikit serius. Untuk berjenaka tidak perlu keterlaluan, anda perlu bijak untuk menyelitkan jenaka tanpa menganggu pembacaan mereka.

Secara peribadi saya tidak mempunyai sense of humor, jadi saya kurang menyelitkan jenaka dalam penulisan saya. sekiranya anda mahukan jenaka anda boleh ke blog serius – blog ini memang OMG habis.

Perlu Sedikit Personal – Tetapi Tidak Keterlaluan

Dalam menghasilkan apa jua artikel, anda boleh menyelitkan sesuatu yang bersifat personal seperti siapa anda, latar pendidikan anda dan sedikit tentang keluarga anda. Sebenarnya ini untuk memberi gambaran yang lebih jelas siapa anda kepada pembaca anda. Tetapi jangan pula dalam setiap artikel anda bercerita tentang diri serta keluarga anda. Sekiranya anda bersifat terlalu personal berkemungkinan anda akan membuat pembaca anda tidak selesa.

Oh ya, untuk sedikit personal – gambar baby di atas merupakan anak manja saya.

Menulis Menggunakan Gaya Anda, Jangan Meniru Gaya Orang Lain

Aku rasa amat sukar untuk menghasilkan penulisan yang sememangnya baik dan dapat memuaskan hati kebanyakan pembaca. Namun ia tidak menghalang aku untuk menulis dengan gaya tersendiri.

Menulis dengan gaya tersendiri sememangnya penting dalam dunia blogging. Tambahan pula dengan dunia blog Malaysia semakin rancak dengan kebanyakan dari kita ingin menghasilkan blog. Kenapa anda perlu menulis dengan gaya tersendiri. Jawapannya mudah, anda perlu menulis dengan gaya tersendiri kerana ingin membezakan anda dengan penulis yang ramai di luar sana.

Sebaiknya jadilah diri anda, usah menjadi ProBlogger yang kedua atau JohnChow yang ke-4. Memadai anda menjadi diri anda. Ini kerana pembaca dan pelawat akan lebih mengingati anda dari nama yang saya sebutkan tadi.

Dahulu aku suka membaca tulisan blogger yang bernama mohdismail.com, orang disebalik ohbulan jika aku tidak silap – namun kini blog tersebut dah tiada, cara penulisannya kena dengan jiwa aku.

Untuk Menulis Di Web – Kata Anda

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang bagaimana hendak menulis di web. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Bagaimana penulisan web anda?

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. Pacifista

    pergh…terbaik la entri ko ni.2 kali aku baca ni.hehe…
    ada istilah2 yang baru bagi aku dalam entri ni.
    jargon tu mende?tak faham pulak aku :p


  2. Twitter:
    Banyak lagi kena belajar bab penulisan web/blog ni.. tak ramai yg berbakat dlm bidang ni, tp ramai yg minat.. :)

    Anyway, blog ni nampak menarik, domain pun menarik.. :)

    • neu Author

      nak jadi baik dlm penulisan web ni aku rasa kena banyak menuliskan – sekali sekali baca balik hasil penulisan kita tuh sbg seorang pelawat, mungkin ada baik kita berbuat demikian.

      pasal domain nnti saya sentuh dalam post yang lain :) ada cerita di sebalik domain ni


  3. Twitter:
    Setuju tu.. mmg kene selalu menulis.. baru tune tak lari.. :) masa mula2 menulis blog, bila baca balik rasa mcm kelakar lak.. hehe..

    Bukan ke dah sentuh pasal domain ni, projek utk tshirt. :)

  4. hehe thanks for sharing.memang ini yang saya cari.gaya penulisan…bagi saya kalau ada theme yg cantik & ringan tapi penulisan tak sesuai,tak kemana blog tu.saya sekarang nak habiskan degree dlm perakaunan.jadi kalau nak menulis bab2 akaun dlm blog,tentu semua nganga nak faham.jadi tulis bab kewangan.saya masih lagi struggle nak menulis bab kewangan ni sebab nak bagi benda tu nampak mudah tapi berguna.kalau penuh dengan istilah2,risau orang tak faham.jadi kurang tercapai matlamat asal penulisan saya.

  5. Semua gaya penulisan blog aku suka baca.Panjang pendek tak kisah yg penting bila ke perenggan terakhir aku dapat pengajaran/info/ilmu :)

    • neu Author

      kebanyakan penulis mmg buat summary dlm perengan akhir…kekadang baca perenggan akhir pun boleh dapat idea kan

      thanks sbb singgah

    • neu

      terbaik bro cuba targetkan mana-mana keywords yg bro nak optimasikan, pastikan keywords tersebut berada dalam artikel bro – cth unt post ni saya target Penulisan Web sbg keywords..terdapat beberapa pengulangan pengunaan perkataan terssebut, ada yg italic, underline, H2 tag, tittle tag dll – semua ni dgn bantuan plugin jg

      ini antara apa yg saya buat, mungkin ada lg diluar sana yg mempunyai tips
      neu recently posted..Malaya Media – Our New Malaysian Blogging Tips NetworkMy Profile

  6. salam singgah semula kali pertama :)

    saya rasa tulis je dengan cara kita tapi jangan terlalu over sangat guna perkataan2 pendek , bahasa yang org tak faham , terlalu menonjolkan diri .riak dan sebagainya .. pendek kata tulis biar ikhlas dan beretika hehe…

    • neu Author

      terbaik begitu sbbnya penulisan kita dibaca semua lapisan jadi tak perlu over, tulis sj dgn cara kita untuk kepuasan sendiri.

      thanks sbb singgah sini

Pingbacks

  1. Kejamnya Dunia Blog
  2. 101 Alasan Mengapa Anda Perlu Menulis Blog

Comments are closed.