Perlukah Anda Menulis Blog Berniche?

blog berniche
blog niche

Blog Niche - Apa Kategori Anda

Perlukah Anda Menulis Blog Berniche? Apa niche yang sesuai untuk blog aku? Blog aku ada bermacam kategori, jadi apa niche blog aku ni? Antara persoalan yang anda boleh tanyakan kepada diri anda sebagai penulis blog.

Namun realitinya….

Jika anda bukan seorang selebriti atau penghibur, maka jawapannya ialah YA. Anda perlu menulis blog berniche (mudah bagi seorang selebriti untuk menarik pembaca walaupun bercerita mengenai kucing peliharaannya). Namun jika anda masih baru maka tugas yang sedikit berat menanti anda – sukar untuk menarik perhatian pembaca dan pelawat blog jika anda menulis pelbagai cerita di bawah “satu bumbung”.

Niche blogging is the act of creating a blog with the intent of using it to market to a particular niche market. While it could be argued that every blog is, in some form, a niche blog, the term as it applies to marketing refers to a particular kind of blog. via Wikipedia

Walaupun anda menulis pelbagai cerita, pelbagai topik dan fokus penulisan anda pelbagai, terbaik anda cuba kecilkan pemilihan kategori blog anda kepada kategori yang lebih kecil skopnya. Supaya pembaca dan pelawat yang sampai ke blog anda mendapat gambaran awal apa yang akan anda hendak sampaikan dengan hanya melihat kepada kategori blog anda. Dengan kata mudah memberi idea awal kepada pembaca anda.

Anda boleh mengatakan anda hanya menulis untuk suka-suka. Menulis hanya kerana minat dan tidak berminat untuk menghasilkan duit dari blog. Itu alasan anda, namun tidakkah anda pernah terfikir yang blog yang mempunyai kategori penulisan khusus adalah lebih senang untuk dioptimasikan – SEO, Keywords, Link dan sebagainya. Hanya atas alasan blog anda mempunyai kategori yang spesifik dan khusus.

Sebagai contoh – pada asalnya blog ini diwujudkan sebagai sebuah online store (untuk membekalkan t-shirt), cuba lihat domain. Multees merupakan gabungan dua perkataan, Multi + Tee Shirt = Multees. Atas sedikit kesilapan kecil blog ini bertukar menjadi blog peribadi saya.

Jika anda melihat kepada topik serta kategori penulisan, blog ini banyak menulis mengenai tips menulis, SEO dan tips blog secara keseluruhan. Sukar bagi blog ini untuk bersaing dengan blog yang mempunyai keywords oriented domain yang berkaitan dengan topik tersebut.

Namun melalui kategori dan fokus penulisan yang tetap ke arah topik tersebut, blog ini walaupun tidak mempunyai domain yang berkaitan dengan topik penulisan berjaya saya rankkan dengan beberapa keywords pilihan berdasarkan kedudukan carian Google. Antara keywords pilihan ialah:

Mustahil saya dapat lakukan ini semua tanpa bantuan fokus, matlamat, penulisan dan kategori blog yang telah di rangka sebelum itu. Tambahan pula blog ini masih lagi baru. Itu cara saya, bagaimana pula anda?

Jika anda menulis hanya untuk suka-suka, anda bercerita tentang pelbagai perkara dan anda mengulas pelbagai kategori penulisan. Ini yang anda boleh lakukan, pilih kategori yang mempunyai skop penulisan yang meluas seperti sukan, lifestyle, design, kesihatan – namun wujudkan sub kategori di bawah kategori tersebut yang anda boleh gunakan untuk menarik minat segolongan pembaca.

Contoh – Sukan – Sukan Luar Negara – EPL League

Dengan cara ini anda boleh menarik segolongan pembaca melalui topik yang blog anda sajikan disamping memberi gambaran mengenai apa yang akan anda sampaikan melalui blog tersebut.

Put yourself in your reader’s place before you write. Ask yourself what a reader will find interesting about your topic. Write down the answers and use them as a guide when you are writing the post. Mark F: BoingBoing.net

Sebab Anda Perlu Kepada Blog Niche

Perlukah Anda Menulis Blog Berniche

Mana Arah Aku

  • Persaingan antara blog yang wujud, anda perlu menghasilkan blog yang benar-benar boleh menarik perhatian pembaca. Jika tidak anda hanya menghasilkan sebuah lagi “Just Another WordPress Blog”.
  • Pengisian kandungan lebih mudah – blog anda mempunyai niche tertentu, kategori anda spesifik maka pengisian kandungan blog anda akan lebih mudah. Penulisan anda akan lebih terarah kepada kategori serta topik pilihan anda. Bayangkan anda mempunyai 20 kategori, bagaimana anda hendak penuhkan kategori tersebut dengan artikel berkualiti. Sedikit sukar rasanya.
  • Kewujudan blog baru, anda blogger lama perlu maintain – sebagai seorang blogger untuk mengekalkan pembaca dan pelawat merupakan satu perkara yang agak sukar. Anda perlu memberi yang terbaik dalam setiap penyampaian anda. Namun jika blog anda mempunyai niche yang jelas maka tidak sukar untuk mengekalkan minat pembaca anda. Di sini bermainnya persoalan mengapa anda perlu menulis untuk pembaca.
  • Jika anda memerlukan panduan dalam setiap aspek kehidupan, maka blog anda juga memerlukan panduan. Sebagai seorang penulis anda boleh meletakkan hala tuju blog anda dengan memberi panduan serta guideline bagaimana blog anda bergerak. Sekiranya blog anda mempunyai niche serta kategori khusus, anda sebenarnya telah memberi panduan kepada blog anda.

Blog Niche – Kata Anda

Di atas merupakan serba sedikit yang dapat saya olahkan tentang blog niche dan kepentingannya. Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Perlukah Anda Menulis blog berniche? – kongsi sedikit kata anda.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. Mungkin ada jugak yang pening kepala niche apa yang patut dicuba dahulu. Minatnya mungkin banyak, tapi jika digabungkan dalam satu blog, akan jadi haru biru pula. Kalau macam tu, buat blog banyak2 yang berlainan niche, ambil masa, dan kaji blog dalam niche mana yang selalu diupdate. Kalau nak buat duit pula, kaji niche mana yang selalu dapat trafik tinggi dan trafik yang tinggi tu bukan sekadar trafiik tapi boleh diconvert kepada wang ringgit :)
    afiqaiman recently posted..Tips Belajar SEOMy Profile

  2. aku pun dalam tempoh mengkaji niche yang sesuai dengan aku, payah jugak nak cari. dah berape blog aku cuba buat, semua separuh jalan sebab dok sesuai ngan raga dan jiwa aku.

  3. Pacifista

    setakat ni niche yang pernah aku buat, akuarium dan pendidikan.yang lain tak pernah lagi.lepas ni cadang nak tambah 1 niche lagi tapi takde idea nak buat blog niche apa…

  4. Firdaus Latib

    Mungkin juga blog dijadikan medan untuk berlatih menulis dan mengenal diri. Namun, jika perancangan dapat dibuat terlebih dahulu, ia dapat menjimatkan masa dalam membina blog yang berpengaruh.

  5. aku baru jer beli satu domain baru khas utk nichie, tp hampa, smpai sekarang x tau nak buat apa, nmpknya utk waktu skrg aku kena tumpu pada blog utama dulu

  6. Izwan

    sedang bercadang untuk mewujudkan satu blog niche.. minat benda tu salah satu sebab nak buat pasal tu.. tapi tengah draft dalam kepala camane nak susun konsep dan pengolahan.. kualiti kena jaga..


  7. Twitter:
    Maaf bab ni saya kurang faham..Blog niche ni blog khusus pada sesuatu topik kan…kalau kita guna 1 blog sahaja tapi kita kategori kan mengikut topik boleh ke? example kita asingkan mengikut kategori. Tu dipanggil blog berniche atau blog rojak?

  8. Pada awalnya bercampur juga niche tapi cuba juga
    Utk fokus pd 2 atau 3 topik. Kadang2 ikut cerita semasa..

    Blog saya adakah bercampur mcm rojak wahai incim multees..
    Sila komen..

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.