Plugin SEO WordPress Terbaik

plugin seo wordpress terbaik

plugin seo wordpress terbaik

Plugin SEO WordPress Terbaik, sedikit perbincangan ringkas mengenai plugin SEO WordPress yang kebanyakan blogger gunakan untuk optimasikan blog dan penulisan. Artikel ringkas di bawah merupakan sedikit huraian mengenai Plugin SEO WordPress Terbaik yang pernah digunakan oleh saya.

Kenapa WordPress Blogging Platform Terbaik

Kebanyakan blogger atau penulis di luar sana amat menyukai WordPress sebagai blog platform. Ada pendapat mengatakan sekali anda menggunakan WordPress maka blog platform lain tidak akan di layan. Adakah benar kenyataan tersebut.

Sebagai pengguna WordPress, saya mungkin akan berkata demikian. WordPress adalah yang terbaik setakat ini disebabkan saya pernah menggunakan Blogspot, LiveJournal, Posterous dan Tumblr – Walaupun kebanyakan yang saya senaraikan adalah blog platform percuma, pengalaman menggunakan sebahagian dari blogging platform tersebut sudah cukup memberi pengalaman penulisan yang berbeza.

Mengapa WordPress terbaik – lihat kepada senarai themes percuma yang disediakan, begitu banyak rasanya. Begitu juga premium themes yang dibangunkan tidak terkira rasanya. Manakala plugin yang disediakan sudah cukup untuk anda membina blog yang baik.

Apa yang menarik perhatian ialah senarai plugin yang dibangunkan dan disediakan kepada pengguna secara percuma. Kepelbagaian plugin yang dibangunkan membuat WordPress berada selangkah dihadapan blogging platform lain. Cakap sahaja apa plugin yang anda ingin pasang di blog anda - WordPress plugin directory mungkin menyediakan jawapan kepada segala persoalan anda.

Artikel kali ini ingin menyenarai beberapa plugin yang perlu anda ketahui dan cuba dalam term SEO blog. Mungkin plugin yang disenaraikan pernah digunakan oleh anda, atau mungkin anda pernah membaca ulasan mengenainya.

Plugin SEO WordPress Terbaik

Di bawah antara plugin yang pernah dan sedang digunakan oleh saya untuk kebanyakan blog saya. Ulasan adalah berdasarkan pengalaman menggunakan plugin tersebut dan keberkesanannya dalam membantu proses SEO blog. Anda mungkin mempunyai pengalaman berbeza. Antara Plugin SEO WordPress terbaik ialah:

WordPress SEO dari Yoast

Merupakan salah satu dari plugin SEO WordPress terbaik untuk mana-mana blogger – anda boleh cuba plugin SEO ini sama ada anda blogger newbie atau advanced. Proses setting dan penggunaannya ada lebih mudah dari mana-mana plugin SEO yang dibangunkan. Saya menggunakan plugin ini untuk kerja-kerja SEO blog ini. Secara ringkasnya anda boleh menggunakan plugin SEO dari Yoast ini untuk mengoptimasikan setiap artikel yang dihasilkan dan juga blog anda.

HeadSpace 2 SEO

Mungkin sebahagian dari kita tidak menggunakan plugin HeadSpace 2 SEO disebabkan kesukaran untuk setting setiap option dan modul yang disediakan oleh plugin ini. Bermula dari Global setting ke Login Pages setting, setiap modul kategori perlu di beri perhatian oleh anda. Di sini sedikit tricky sekiranya anda tidak memberi perhatian dalam proses setting plugin HeadSpace 2 SEO.

Plugin ini juga digunakan oleh saya untuk sebuah lagi blog, dan kelebihannya tidak dapat saya sebutkan di sini. Anda perlu mencubanya sendiri. HeadSpace 2 adalah antara yang terbaik pernah saya gunakan.

Secara peribadi juga saya berpendapat, plugin SEO WordPress HeadSpace adalah plugin yang anda perlu cuba, cuba trial & error fungsinya, cuba setting setiap modul untuk melihat sendiri apa yang boleh plugin ini tawarkan untuk proses SEO blog anda.

Yoast dan HeadSpace 2 SEO adalah plugin SEO WordPress terbaik untuk kebanyakan blog yang saya bangunkan. Anda perlu mencubanya.

All In One SEO Pack

Merupakan plugin SEO WordPress yang paling popular satu ketika. Saya pernah menggunakan plugin ini secara peribadi sebelum saya mencuba Yoast dan Headspace 2. Mungkin anda menggunakan plugin ini, kongsi pengalaman anda di bawah. Cuba lihat features All in One SEO Pack plugin, mungkin plugin ini sesuai untuk anda.

SEO Friendly Images

Dari nama mungkin anda dapat meneka bagaimana plugin ini berfungsi. Ya betul, plugin ini secara automatiknya akan update setiap gambar yang di upload ke blog anda dengan Alt-Text yang sesuai untuk tujuan SEO. Plugin SEO Friendly Images ini amat berguna untuk anda sekiranya anda terlupa untuk meletakkan alt-text untuk mana-mana gambar dalam blog anda.

Platinum SEO

Plugin ini juga antara pilihan ramai pengguna atas kebolehannya melakukan redirect 301 secara automatik sekiranya anda menukar struktur permalink blog anda. Cuba anda lihat kepelbagaian fungsinya di sini.

Easy WP SEO

Merupakan plugin SEO berbayar yang mempunyai fungsi yang cukup lengkap untuk mengoptimasikan sesebuah entri yang dihasilkan. Memberi petunjuk dan analisis lengkap keywords yang digunakan dalam sesebuah artikel sama ada keywords tersebut berjaya anda optimasikan atau tidak. Tidak percaya cuba anda lihat video mengenai Easy WP SEO di bawah.

SEOPressor

Fungsi plugin ini tidak banyak bezanya dengan Easy WP SEO dari segi optimasi post yang dilakukan. Secara asas plugin ini akan melakukan analisis keywords yang anda gunakan. Ianya secara automatik akan melakukan proses bold, italic, underline dan sebagainya ke atas keywords yang anda gunakan.

Plugin SEO WordPress – SEO Anda Yang Perlu Laksanakan

Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin saya telah kongsikan sesuatu menerusi penulisan ini, anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin kita boleh berkongsi sesuatu untuk manfaat bersama.

Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Plugin SEO WordPress terbaik, mungkin anda mempunyai pengalaman menggunakan plugin yang saya tidak sebutkan di sini, anda boleh kongsikan di ruangan komen.

nak kata cara yang betul tu. susah.Yang penting sekali, kita cuba dan buat. Jangan tengok result orang lain aje..| Komen saudara Titan ada kebenarannya.

SEO merupakan proses perlaksanaan yang perlu anda lakukan secara berterusan sekiranya ingin melihat hasilnya. Walaupun anda memasang seberapa banyak Plugin SEO WordPress Terbaik, plugin tersebut tidak dapat membantu anda sekiranya anda tidak memainkan peranan utama.

Comments

  1. says

    awesome, seriously. this is a great post. erk, speaking la plak. ada gak SEO Smartlinks takda dalam senarai ke? automatik generate inbound link tu, klu kita terlupa. hehe…serius teruja tgk demo Easy WP SEO. nak2 blh? hehe

  2. says

    Ada theme premium yang dapat mengurangkan pengunaan plugin dan menjadikan blog loading lebih ringan. Saya didalam usaha untuk mengurangkan junlah pengunaan plugin.

    • says

      Genesis & Thesis ada built in SEO function bro – kalau tidak biasa dengan plugin bro bole deactivate sj plugin SEO. Jika bro tak guna mana-mana plugin, bro boleh guna SEO function theme…Genesis auto detect sama ada kita pasang plugin atau tidak…

  3. says

    “Ada pendapat mengatakan sekali anda menggunakan WordPress maka blog platform lain tidak akan di layan. Adakah benar kenyataan tersebut.”

    Sngt setuju dengan kenyataan tersebut. Itulah yg terjadi kat aku.. yg platform lain tu just buat dummy blog jer.. :)

    Anyway, premium plugin Easy WP SEO mmg best…

  4. says

    mengikut purwedi. antara easy wp seo dengan seo pressor. easy wp seo lagi bagus. sebab banyak fungsi seo pressor dia boleh buat + lagi banyak.. sekarang saya guna wordpress seo by yoast. nak try yang lain. apa rasa dia tapi takut tiada fungsi import export kan. nanti penat la nak setting semua balik.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>