Stephen King adalah penulis prolifik, jutawan dan dikenali sebagai penulis produktif yang rajin menghasilkan karya-karya baru. Disebalik nama beliau yang melekat dalam setiap buku fiksyen, apakah rahsia produktivitinya?
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan, beliau berkongsi tentang caranya mengekalkan produktiviti bagi menghasilkan karya secara konsisten. Satu daripadanya adalah menganggap ia sebagai satu kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.
Sebagai contoh, kerja yang memerlukan kekuatan fizikal adalah buruh. Sebagai seorang buruh, kita tidak mempunyai masa untuk berfikir terlalu lama. Apa yang kita lakukan setiap hari adalah mengerah tenaga untuk menyiapkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan.
Keadaan ini boleh diadaptasi oleh penulis, jika mahu hasilkan karya secara konsisten. Ini kerana masalah yang biasa dialami oleh penulis adalah masalah kekeringan idea.
Apabila kita terlalu memikirkan masalah, ia akan memakan diri. Lantas melambatkan proses penghasilan karya.
Penulis Adalah Pekerja Buruh
Seperti pekerja buruh, beza penulis apabila mengadaptasi situasi mereka adalah penulis tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir. Keadaan biasa yang dilalui lantas menyebabkan penulis tersekat adalah kerana terlalu banyak berfikir.
Sebagai contoh:
- Adakah karya ini berkualiti?
- Adakah karya ini boleh laku keras?
- Adakah karya ini akan disukai pembaca?
Akibat daripada situasi ini, produktiviti kerja bukan sahaja lambat, meningkatkan kemungkinan untuk penulis tenggelam dalam menghasilkan karya. Kerana ia melibatkan emosi yang terluka kerana tidak dapat menemuinya jawapan untuk ketiga-tiga soalan itu.
Justeru itu, nasihat Stephen King membawa mesej yang jelas, bahawa penulis tidak sepatut melambatkan proses penghasilan karya akibat terlalu banyak berfikir. Jadi seperti pekerja buruh, yakni bermula dengan satu patah perkataan.
Setiap patah perkataan kelak menghasilkan satu ayat. Setiap ayat kelak menghasilkan satu perenggan. Setiap perenggan pula kelak menghasilkan satu muka surat. Begitu juga proses yang seterusnya.
Akhirnya karya itu siap, dan penulis akan kekal gembira. Formula ini berkesan untuk penulis jutawan seperti Stephen King. Jadi ia boleh digunakan oleh para penulis yang menghadapi masalah kekeringan idea.

Kejayaan Bermula Dengan Satu Patah Perkataan
Tulis apa sahaja perkataan yang bermain dalam fikiran. Sebagai contoh, jika kita mahu menulis tentang topik perniagaan. Mulakan dengan apa sahaja perkataan yang bermain di minda seperti ‘Bagaimana’.
Ia boleh diekstrak dengan lebih luas menerusi:
- ‘Bagaimana’ membina perniagaan yang berjaya.
- ‘Bagaimana’ jutawan perniagaan berfikir.
- ‘Bagaimana’ mewujudkan sistem perniagaan.
Untuk mengetahui lebih banyak rahsia produktiviti penulis jutawan, muat turun e-book di bawah. Ia dapat mengubah rentak penulisan kita mulai saat ini.

Menulis dengan ‘passion’ baru tulisan yang dihasilkan ada ‘roh’.
akubiomed recently posted..Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.
Betul tu saudara…
Satu patah perkataan mempunyai makna,
Setiap makna ada terselit seperenggan ayat,
Seperenggan mewakili setiap kata,
Supaya karangan ditinta menjadi hebat.
sensasi2020 recently posted..Get Ready For #ChurpOut 2012!
Saya suka cara tuan membuat blog commenting.
(dofollow)
Firdaus Latib recently posted..Jenama dan Autoriti – Studio Aksara 3 Tahun Dari Sekarang
Twitter: Bard87
kena set dalam otak untuk hasilkan sesuatu..dan kemudian mulakan dengan langkah yang kecil…
Puan Bardboo recently posted..Kerana Aku Seorang Ibu
bilalah gua nak buat review pasal ebook ni..sibuk aje sekarang..
titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanBajuKurung.com
Twitter: wanjuan85
dah lama saya x singgah blog saudara, nmpknya sudah menukar theme
Juan recently posted..Cara Mengelak Saman Dari Kamera AES Dengan Aplikasi Android AES Detector
Tidak semua orang dilahirkan berbakat untuk menulis
lepakk.com recently posted..OPSIsrael : Anonymous lancar Cyberwar menyerang Israel
hehehe betul2 tips nak jadi jutawan ni hehehe bagus2…
Mahamahu recently posted..Trailer Dari Zone Fear Factor Edisi Blogger