lelaki kacak

Rancang Penulisan Anda Sebagai Seorang Blogger

In Blog, Siri Penulisan Blog by zeo18 Comments

Rancang, Merancang, Perancangan – adalah satu set tindakan mudah yang perlu dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai garis panduan supaya apa yang akan dilakukan tercapai. Secara mudah perancangan boleh didefinisikan sebagai:

proses untuk mencapai tujuan

Perancangan merupakan elemen terpenting dalam mana-mana organisasi sama ada organisasi perniagaan atau pengurusan. Namun dalam tindakan harian kita juga tidak terkecuali dari proses merancang. Kita banyak merancang, secara sedar atau tidak apa yang akan dilakukan atau telah dilakukan merupakan sebahagian dari perancangan kita.

Untuk membuat perancangan, tidak semestinya memerlukan anda mencatat apa yang anda hendak lakukan, tidak perlu menulis dalam nota atau diari anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah setkan segala butiran dan perancangan tersebut dalam minda anda.

Dalam konteks penulisan, perancangan terbaik ialah perancangan yang anda setkan dalam minda anda – apa yang ingin anda tulis, apa yang ingin anda sampaikan dan sebagainya.

Blogger Perlu Banyak Merancang

Sebagai blogger, anda perlu lebih merancang dalam penulisan anda, perancangan serta ketelitian akan membolehkan anda menghasilkan penulisan yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca anda. Bijak dalam menghasilkan penulisan yang baik, bijak dalam mengolah idea dan bijak bermain dengan perkataan menunjukkan bahawa anda adalah lelaki kacak luar dan dalam.

Di dalam artikel mudah ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai kepentingan perancangan dalam penulisan anda sebagai seorang blogger. Sama ada anda blogger besar atau kecil, otai dan sebagainya pastikan anda habiskan entri ringkas ini.

Mengapa Penting Untuk Anda Merancang

Perancangan tidak sahaja penting dalam peniagaan, struktur organisasi dan pengurusan. Ianya juga penting dalam penulisan blog, sebagai blogger berikut antara kepentingan merancang penulisan anda.

  1. Membantu kerja-kerja penulisan anda
  2. Perancangan penulisan yang baik akan membantu anda menguruskan setiap idea yang ingin anda sampaikan.
  3. Membantu anda mengolah setiap idea dengan baik.
  4. Membantu anda sebagai seorang penulis mengenalpasti, menguruskan dan kekal fokus kepada apa yang ingin anda sampaikan.
  5. Perancangan merupakan strategi penulisan mudah untuk anda mengenalpasti isi utama yang ingin anda sampaikan.
  6. Menjadi penanda aras terhadap apa yang anda sampaikan sama ada penyampaian anda diterima oleh pembaca, maklumat tersebut disampaikan dengan baik atau tidak dan sebagainya.

Sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan merancang penulisan anda, semuanya bergantung kepada apa yang ingin anda capai dalam penulisan tersebut.

Untuk Merancang Penulisan, Terbaik Anda…

Mulakan dengan brainstorm mudah –fikirkan apa yang ingin disampaikan oleh anda dalam artikel tersebut, apa target sasaran anda dan apa yang boleh menarik minat pembaca untuk menghabiskan artikel tersebut. Setkan fokus penulisan anda dan seboleh-bolehnya kekal dengan fokus tersebut.

Antara tips yang ada boleh anda gunakan semasa merancang penulisan ialah:

  1. Fikirkan dan menggunakan tajuk yang baik dan kreatif
  2. Menukarkan persoalan kepada jawapan
  3. Mengenalpasti kepentingan isi yang ingin anda sampaikan
  4. Mencipta permasalahan dan cuba menyelesaikan permasalahan tersebut
  5. Memberi tips, penerangan dan akhirnya cuba untuk…
  6. Membuat rumusan

Selain itu, anda juga boleh perhatikan apa yang membawa pengunjung ke blog anda? kata carian yang digunakan oleh pelawat untuk sampai ke blog? apa minat pembaca anda? dan ketahui apa yang ingin di baca oleh pelawat blog anda? Ini merupakan antara set persoalan yang anda boleh gunakan dalam mencari idea sebelum menghasilkan apa-apa penulisan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah kumpulkan data-data tersebut dan mula menulis kandungan dan artikel yang berlegar-legar di ruang minat tersebut.

Artikel Copy Paste – Perlu Kepada Perancangan atau Tidak

Sama ada anda seorang blogger lelaki kacak yang luar biasa, biasa atau blogger yang jenis copy paste – perancangan penulisan adalah sesuatu yang perlu.

Walaupun anda jenis blogger yang hanya CTRL C + CTRL V artikel yang anda rasakan menarik. Jika anda jenis blogger Copy Paste adalah lebih baik anda Copy Paste artikel secara berhemah. Beri kredit jika perlu, ubahsuai mengikut kesesuaian dan jangan 100% mencuri penat lelah rakan lain menulis.

Rancang Penulisan Anda Sebagai Seorang Blogger

Bagaimana dengan anda, ada pendapat yang ingin anda kongsikan. Sila berbuat demikian di ruangan komen di bawah.

Comments

  1. yer betul tuh.. kerja yang dibuat memang kena plan out awal2 untuk elakkan keadaan yang agak serabut bila dah last minute preparation kita akan rasa lebih tertekan..

  2. Pingback: Lelaki Kacak Tidak Marah

  3. den skrng habiskan hujung minggu dengan buat schedule untuk hari hari biasa update blog. hari hari biasa cuba luangkan sedikit masa lepas habis kerja untuk membalas komen, dan sedikit blogwalking 🙂
    Zuan recently posted…Uncle Zuan BlogMy Profile

  4. Pingback: Update Paling Menarik Dari Blog Walking #8

  5. bila bab merancang ni aku rasa main hentam boleh kata fail. Nak menulis ikut mood, agak rasa nak menulis, time itulah nak menulsi.

    Kadangkala ada juga merancang, sebelum tulis di blog, aku akan tulis apa yang terlintas di fikiran di buku nota, lepas tu bila ada kelapangan untuk menulis di blog biasanya waktu malam terus tulis.

    Kiranya percangan yang tak menentu.

    aku percaya perancagan yang terapi serta kemas mampu menghasilkan entry yang terbaik.
    Bahrain recently posted…Kontes Review Klinik CintaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge