ruangan VIP Blogger

Ruangan VIP Blogger

In Blog by zeo

Rasanya sudah lama saya ingin menghasilkan ruangan VIP Blogger ini. Langkah terhenti apabila terlalu banyak perkara hendak disiapkan dalam jangkamasa singkat.

Namun hari ini, saya mengambil sedikit masa untuk memberi sedikit update tentang apa itu ruangan VIP Blogger.

Sebenarnya melalui ruangan VIP ini saya ingin menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat terutamanya blogger mendapatkan pakej premium WordPress themes dengan harga paling menarik. Ruangan VIP Blogger ini saya ingin buka kepada sesiapa sahaja yang berminat menggunakan premium WordPress themes dengan harga paling berpatutan.

KELEBIHAN RUANGAN VIP

Ruangan VIP yang saya perkenalkan ini menawarkan lebih banyak manfaat dan faedah yang tak ternilai harganya dengan pelbagai theme WordPress yang terbaik. Ya, sekiranya anda blogger, sudah tentu anda mengetahui tentang kepentingan mendapatkan theme-theme menarik untuk blog anda.

Dengan menjadi ahli, anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari theme-theme premium untuk blog anda. Anda boleh memilih pelbagai theme di ruangan Dashboard WordPress Blog Anda dan terus Install dari situ secara Automatik.

Sekurang-kurangnya 1 theme premium akan di tambah setiap bulan tanpa cas tambahan.

Theme adalah terdiri dari theme yang sesuai untuk semua jenis blog – magazine, personal blog, portfolio, news, one page dan pelbagai lagi.

Berikut merupakan screenshot bagaimana untuk anda install dan update kesemua theme. Versi theme dan juga link untuk anda update theme ke versi terkini terdapat di situ.

Anda boleh download 24 jam sehari tak kira di mana jua anda berada melalui WordPress Dashboard anda. Ya, anda tidak perlu download theme-theme tersebut di sini. Lakukan di WordPress Dashboard anda.

BAGAIMANA DENGAN THEME UPDATE?

Usah khuatir, dengan Theme Forest API Key yang akan saya berikan nanti, segala proses update theme dapat dilakukan secara automatik dari WordPress Dashboard blog anda. Anda hanya perlu Klik dan Update sahaja.

Di bawah, screenshot Dashboard Anda setelah di pasang Theme Forest API Key.

Ruangan VIP Downloads ThemeForest

Ya, memang besar nilainya. Ia takkan diperolehi di tempat lain lagi…….

HARGA KEAHLIAN RUANGAN VIP

Jika dikira anggaran sebenar harganya mencecah ribuan ringgit. Saya merasakan ini merupakan peluang terbaik untuk semua blogger, webmaster, usahawan dan pengguna WordPress tahap permulaan mendapatkan yang terbaik dengan harga paling menarik.

Keahlian ruangan VIP saya akan buka hanya kepada 15 orang yang pertama sahaja.Ya, 15 orang sahaja. Biar terkawal apa yang saya lakukan, dan hanya memberi peluang kepada yang berminat sahaja.

Harga akan bermula dari RM100, anda akan mendapat peluang menggunakan 16 theme premium dari Theme Forest. Jika di kira nilainya bagi mendapatkan kesemua 16 theme tersebut anda perlu membayar lebih dari RM2000. Secara purata mengambilkira $40 satu theme premium dari Theme Forest.

Tawaran VIP ini terhad dan cukup eksklusif bagi memberi peluang kepada yang benar-benar ingin menggunakan theme premium untuk blog mereka.

Bukan itu sahaja, saya juga akan sentiasa update dan menambah pelbagai lagi theme dari masa ke semasa. Ya, theme baru akan di tambah tanpa cas.

Ingat, hanya theme premium dari Theme Forest sahaja akan di tambah, tidak dari developer lain yang saya rasakan amat mudah untuk mendapatkan secara percuma di internet.

BAYARAN TAHUNAN VIP BLOGGER

Untuk pengetahuan, cas RM100 adalah keahlian VIP blogger adalah dikenakan secara tahunan. Jadi sekiranya anda berminat untuk menggunakan khidmat yang sama tahun hadapan bayaran boleh di buat semula kepada saya.

MENGAPA BAYAR, BENDA BOLEH DAPAT PERCUMA

Ya, sememangnya anda boleh download pelbagai theme premium tanpa perlu membayar di laman-laman nulled atau torrent. Namun kesemua theme tersebut tidak disertakan sekali dengan theme UPDATE. Apa yang saya tawarkan di sini merupakan theme yang saya beli untuk kegunaan, dan kesemua theme tersebut merupakan theme versi terkini yang sesuai untuk mana-mana blog WordPress.

Selain itu, setiap theme yang anda download dan install adalah bebas dari risiko malware, malicious code dan injection code seperti yang terdapat dalam mana theme-theme percuma dari laman nulled dan torrent.

THEME-THEME YANG AKAN ANDA DAPAT

THEME FOREST

Ruangan VIP Downloads ThemeForest

  1. SimpleMag – Magazine theme for creative stuff
  2. Darkwhite: Blog / Portfolio WordPress Theme
  3. Jarida – Responsive WordPress News, Magazine, Blog
  4. Metro Magazine Responsive WordPress Theme
  5. Kronos – One Page Responsive WordPress Theme
  6. One Touch – Multifunctional Metro Stylish Theme
  7. BUILDER – Responsive Multi-Purpose Theme
  8. Crumble – Responsive WordPress Magazine / Blog
  9. Stoodio – A minimal theme for lovable content
  10. Sintia Responsive for Business Portfolio
  11. Flipit: Responsive, Multi Purpose Theme
  12. ExtraNews – Responsive News and Magazine Theme
  13. Incipiens Responsive Portfolio WordPress Theme
  14. SwagMag – WordPress Magazine/Review Theme
  15. Addictive Premium WordPress Theme
  16. Volt – Magazine / Editorial WordPress Theme

PREMIUM THESIS SKINS

Thesis Skins

PREMIUM GENESIS CHILD THEMES

Genesis Themes

PERCUMA PLUGIN COMMENTLUV PREMIUM

CommentLuv

Kepada yang terawal mendapatkan keahlian VIP blogger, ini khas untuk anda. Anda bukan sahaja akan mendapat peluang menggunakan theme premium di atas. Lebih dari itu, saya akan install dan activatekan plugin CommentLuv premium untuk kegunaan blog anda.

Oh ya, plugin ini bernilai $97, dan saya akan memasangkan secara percuma untuk anda. Rasanya tidak ramai berpeluang mencuba plugin CommentLuv premium. Berminat, sila hubungi saya.

KEPADA BLOGGER BERMINAT

Peluang ini hanya saya buka sekali sahaja, dan hanya untuk 15 orang yang benar-benar berminat. Setelah cukup 15 orang saya tidak akan buka lagi peluang ini. Mengapa 15 sahaja?

Sebenarnya bukan keuntungan di cari, namun lebih kepada ingin membantu, walaupun saya mengenakan sedikit cas atas usaha saya mengeluarkan segala perbelanjaan untuk membeli kesemua theme tersebut.

Anggaplah apa yang anda bayar adalah sedikit wang saguhati untuk saya.

Jika anda benar-benar berminat sila hubungi saya melalui borang di atas atau dengan menghantar email terus kepada saya. Sila guna RUANGAN VIP BLOGGER sebagai tajuk utama semasa menghubungi saya.

Kredit Gambar: ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic