Premium WordPress Themes - Scoop.it

Scoop.it – Kelebihan Menggunakan Content Curation Site

In Blog, Kurator Blog by neu12 Comments

Scoop.it mungkin masih baru bagi kebanyakan dari pengguna dari Malaysia. Jika anda masih lagi belum mengenali apa itu Scoop.it, cuba anda ke jenguk sebentar apa yang laman tersebut tawarkan. Jika anda pernah menggunakan Scoop.it, habiskan artikel ini untuk mengetahui serba sedikit mengenai kelebihan menggunakan laman tersebut.

Scoop.it secara ringkasnya merupakan sebuah laman content curation (lihat definisi dari GetCurata.com), di mana anda boleh menggunakan Scoop.it sebagai platform untuk berkongsi pelbagai jenis maklumat, di mana maklumat ini dikumpulkan dalam satu tempat yang anda sendiri tentukan tajuk, kandungan dan apa yang anda ingin dikongsikan.

Penggunaan Scoop.it adalah begitu mudah dengan tool drag & drop yang anda boleh gunakan dengan pelbagai browser – Firefox atau Chrome.

Scoop.it boleh digunakan secara percuma namun sebagai pengguna percuma beberapa fungsi dibataskan. Namun Scoop.it versi percuma masih lagi baik untuk SEO blog anda.

Dengan lebih mudah, Scoop.it membenarkan anda menghasilkan “majalah” versi anda secara online. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih topik dan mula melakukan tugas sebagai seorang “editor”.

Di bawah contoh laman Scoop.it yang saya kendalikan di mana kandungan lebih terarah ke WordPress themes dan juga perkara yang berkaitan dengan WordPress.

Premium WordPress Themes - Scoop.it

Saya telah menyentuh mengenai Kurator Blog dalam artikel saya yang terdahulu, anda boleh membaca artikel tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dalam artikel terbaru mengenai Scoop.it saya hanya ingin menyentuh mengenai kelebihan menggunakan Scoop.it, kelebihan kepada seorang blogger dan kelebihannya ke atas SEO blog anda.

Kelebihan Menggunakan Scoop.it

Jika anda yakin dengan keupayaan Scoop.it, rasanya tidak salah untuk anda upgrade akaun anda sebagai pengguna Pro dengan bayaran $12 sebulan. Fungsi sebagai pengguna Pro adalah lebih baik dari free account. Ini kerana setiap anda boleh syndicate setiap link menggunakan keywords pilihan anda sendiri.

Perkongsian Tanpa Batas – Anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan anda melalui rangkaian media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn.

Syndikasi Kandungan – Anda boleh syndicate atau curate kandungan yang anda fikirkan sesuai ke blog anda yang lain. Kebaikannya ialah Scoop.it mempunyai fungsi syndikasi kandungan yang mana anda boleh hasilkan kandungan percuma ke beberapa blog atau laman web yang anda kendalikan. Sama ada ke WordPress.com, Blogger atau Tumblr. Anda boleh mencuba untuk cabaran Eyriqazz vs Denaihati, lihat hasilnya bagaimana.

Setiap Link ialah DoFollow – Untuk SEO blog anda, setiap kandungan yang anda hasilkan dan setiap link yang anda kongsi adalah “dofollow”. Setiap link tersebut memberi backlinks percuma ke blog anda.

Meningkatkan Social Signal – Setiap kandungan serta link yang anda hasilkan juga akan di kongsi ke beberapa laman sosial popular – Twitter, Facebook serta LinkedIn. Secara tidak langsung akan meningkatkan social signal blog anda melalui perkongsian tersebut.

Mempunyai Page Rank Tersendiri – Laman scoop.it anda mempunyai nilai Page Rank tersendiri. Jadi, jika anda aktif menggunakan scoop.it dan aktif berkongsi melalui laman yang dikendalikan oleh anda maka tidak mustahil ianya akan mendapat Page Rank yang baik apabila berlakunya update. Tidak percaya, cuba lihat Scoop.it yang saya kendalikan – ianya mempunyai PR2.

Kongsikan Affiliate Link Anda – Gunakan Scoop.it untuk berkongsi Affiliate Link anda. Ramai tidak menggunakan fungsi ini rasanya. Namun saya telah pun berjaya menghasilkan beberapa jualan affiliate melalui laman Scoop.it yang dikendalikan oleh saya.

Mengapa Anda Perlu Menggunakan Scoop.it

Kelebihan menggunakan lama seperti Scoop.it adalah sukar untuk diceritakan sekiranya anda sendiri tidak mencuba bagaimana laman ini berfungsi. Saya telah menggunakan laman sebagai Beta user sehinggalah ke pengguna Pro sekarang, dan saya mencadangkan anda mencuba sendiri kelebihan Scoop.it.

Video di atas memberi penerangan yang lebih baik bagaimana laman ini berfungsi. Sebelum mencuba ada baik anda membaca entri mengenai Hacking RSS, satu entri yang amat baik untuk anda.

Comments

  1. alala. bahasa inggeris la pula. nampak memang menarik. nanti nak try la juga. ayat tadi tu, sikit lagi macam tagline saya. perkongsian tanpa batasan. hehe

  2. Aku godek-godek balik site ko, jumpa Scoopit ni, aku pun ada search pasal high pr do follow social bookmarking site, scoopit salah satu daripadanya.

    Alahai theme apa ko guna ni hehe, keciknya nak komen pun 😛

Leave a Comment

CommentLuv badge