semakan keputusan spm 2011

Semakan Keputusan SPM 2011 – Kemasukan Universiti 2012

In Blog, Hebahan by neu2 Comments

semakan keputusan spm 2011

nasib SPM 2011

Semakan Keputusan SPM 2011 (untuk kemasukan Universiti tahun 2012) dijangka akan diumumkan pada 21 Mac 2012. Seperti biasa bulan Mac setiap tahun merupakan bulan yang mendebarkan bagi para pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM pada 2011. Situasi yang telah dilalui oleh kebanyakan dari kita, teruskan berdoa agar keputusan yang diperolehi dapat mengembirakan keluarga.

Untuk membuat semakan keputusan SPM 2011, para pelajar boleh berbuat demikian pada 21 Mac 2012 sama ada melalui semakan SMS atau menyemak keputusan di sekolah masing-masing. Di bawah antara cara semakan SPM tahun 2011 yang anda boleh lakukan.

Semakan Keputusan SPM 2011

Untuk menyemak keputusan SPM 2011 (Kemasukan Universiti 2012) dan segala maklumat rasmi mengenai Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, calon-calon SPM 2011 boleh berbuat demikian melalui;

  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 21 Mac 2012 ini.
  2. Calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
  3. Semakan Secara SMS

Semak Keputusan SPM 2011 Secara SMS

Semakan secara SMS keputusan SPM 2011 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 21 Mac 2012 sehingga jam 12 tengah malam 27 Mac 2012.

Format Semakan SMS : SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 940201145679 BC011A006. Hantarkan SMS ke 15888.

Perkhidmatan Semakan secara SMS Keputusan SPM 2011 ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Tahniah & syabas kepada yang berjaya memperolehi keputusan yang baik pada peperiksaan kali ini. Perjuangan akan diteruskan ke peringkat yang seterusnya, semoga berjaya.

Kongsi kegelisahan, ketakutan dan kegembiraan SPM 2011 anda dengan kami menggunakan ruangan komen di bawah.

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge