SEO – 9 Perkara Yang Telah Aku Pelajari

seo dan link building

seo dan link building

Waktu entri pendek ini ditulis aku masih lagi sedang belajar tentang apakah itu SEO. Mungkin anda boleh mengatakan aku sebagi orang baru dalam dunia penulisan blog, topik yang aku bincangkan sudah lapuk dan tips-tips blog yang aku beri tidak sesuai – itu semua tidak menjadi masalah. Yang penting aku suka dengan penulisan blog. Berikut antara sedikit mengenai SEO untuk rakan semua.

1 – Jangan hanya bercakap tentang SEO tetapi yang penting anda buat. Orang yang banyak bercakap tidak semestinya benar, yang banyak pengalaman tidak semestinya betul begitu juga yang mempunyai pengikut yang ramai tidak semestinya seorang pemimpin. Apa yang penting anda lakukan sendiri.

2 – Google yang menentukan “rules” SEO. Namun sekiranya anda mengikut telunjuk dan rules yang ditetapkan oleh Google maka anda tidak akan kemana-mana. Ain’t life a bitch? Maaf, namun ini untuk Google – WTF

3 – Trial & Error merupakan istilah terbaik untuk anda gunapakai dalam mempratikkan SEO. Sama ada blog anda benar-benar mempunyai Quality Content + Value. Belajar sendiri, trial, cuba, error atau silap tidak menjadi masalah kepada aku – ini kerana aku budak baru belajar. Ebook boleh dibeli, forum digitalpoint aku boleh join percuma tapi mana guru yang hendak menurunkan ilmunya di alam maya ini sekiranya aku tidak mencuba trial & error. Apatah lagi mengharapkan ilmu dari kursus online yang aku pelajari 3 hari lepas.

4 – Belajar, Praktik, Bertanya, Berkawan untuk menjadi yang terbaik dalam online marketing. Tidak guna sekiranya beribu ilmu di dada, bekarang buku ilmiah anda baca namun anda tidak mempraktikkan ilmu tersebut. Login blog anda, add new post, tulis sesuatu dan hit butang publish sekuatnya. Kongsi dengan saya ilmu anda. Teringin sekali aku baca ilmu SEO dan link building yang di tulis dalam bahasa Melayu.

5 – White Hat vs Black Hat vs Grey Hat – ini semua jargon penting SEO yang perlu anda kenali. Link cloaking, hidden link, forum signature link dan bermacam cara lagi aku dah cuba. Perlukah aku praktikkan untuk blog ini.

6 – Buat tetapi jangan terlebih buat. Kadang-kadang less is better, perlu di ingat. Ini untuk Black Hat SEO – ini kerana anda perlu merujuk kembali point kedua. Sekali lagi WTF Google

7 – Selidik, analisis, kesan dan akibat kepada blog anda dengan teknik SEO dan link building yang anda gunakan.

8 – Gunakan tools atau plugins untuk membantu anda. Sekiranya anda mengunakan WordPress sebagai asas platform blog anda maka boleh dikatakan anda antara manusia yang membuat keputusan yang betul untuk menulis blog menggunakan WordPress (tidak pula aku mengatakan bahawa platform blog lain tidak baik). Ini kerana WordPress mempunyai lebih dari 1000+ plugin yang di bina khas untuk SEO. Kepada komuniti WordPress – terima kasih aku ucapkan kerana membuatkan hidup ini cukup mudah.

9 – Gunakan SEO friendly WordPress themes. Saya hanya akan sebutkan dua theme framework yang terbaik untuk mengoptimasikan SEO blog anda.

  • StudioPress Genesis
  • Thesis Theme

Dalam 9 senarai tersebut tidak kira sebanyak mana anda pelajari, berguru atau bertanya dan sedalam mana ilmu SEO anda di dalam dada. Ilmu tersebut tidak berguna sekiranya anda tidak praktikkan.

p/s – Dengan rasminya aku akan menulis dalam bahasa Melayu selepas ini.

Nama saya Neu, seorang blogger biasa, seorang bapa, pengemar minimalis. Multees hanya laman saya berkongsi pendapat. Bergerak setapak ke hadapan dengan wujudnya Ink Minus dan memiliki beberapa lagi blog dalam niche yang berlainan. Masa banyak diluangkan di laman CSS Poet dan juga Star Magazine.

Comments

  1. link building utk keyword mudah2 ok la… utk keyword yg byk persaingan kalau buat manual… sakit gak la…

    aku sendiri pun tgh belajar seo sikit2… dan cuba aplikasikan apa yg aku belajar… :-)

    • neu

      pemilihan keywords unt link building bro kena tengok jg – jgn pilih keywords yg susah rank unt blog kita…jgn pula pilih keywords yg tiada nilai sbb aper keywords yg kita pakai mencerminkan blog kita kan

  2. seo ni simple aje. aku pun malas nak belajar dalam-dalam. cukup tahu asas aje. itu dah cukup untuk boost blog kita dalam pelbagai perkara. hoho..

Pingbacks

  1. SEO Blog - Theme atau Plugin Keutamaan Anda
  2. Penulisan Blog - Mengapa Anda Perlu Fokus
  3. 69 Perkara Sexy Tentang Blog Yang Telah Aku Pelajari
  4. 75 Perkara Yang Aku Pelajari Dari Blog

Leave a Reply

CommentLuv badge

Tinggalkan Komen Anda di sini.