
SEO Blog – Theme atau Plugin (mana yang menjadi keutamaan anda). Aku mengharap tajuk artikel kali ini boleh memberi gambaran yang jelas tentang isi kandungan artikel pendek ini. Sebagai pengguna WordPress, maaf aku bukan developer atau designer yang boleh mengatakan mana yang lebih penting untuk SEO blog. Namun aku terfikir untuk menulis artikel ini setelah melihat banyak rakan blog yang lain menggunakan theme premium seperti Thesis dan Genesis – tidak ketinggalan ramai yang meggunakan WooThemes. Bukan untuk membuat perbandingan tentang SEO Blog – Theme atau Plugin, tetapi aku menulis dari sudut pandangan seorang pengguna. Tiada affiliate link di sini.
Jadi persoalan untuk anda semua, mana yang memainkan peranan penting dalam SEO blog – Theme atau Plugin. Mungkin anda boleh mengatakan anda tidak peduli tentang SEO, atau anda tidak buat SEO dalam blog anda. Anda silap sekiranya anda mengatakan begitu, dari awal penulisan, pemilihan tajuk, tag, alt tag yang anda buat merupakan proses SEO. Sedar atau tidak sememangnya anda telah bermain dengan SEO – serius dengan tidak sahaja. Itu bezanya bagi aku.
Theme vs Plugin – Kata Aku
Theme – Sebelum anda menulis, pemilihan theme yang sesuai antara aspek yang diberi perhatian oleh kebanyakan blogger. Theme yang baik ialah theme yang mempunyai susun atur code HTML yang bersih, struktur heading yang baik, navigasi yang tersusun, loadingnya bagaimana dan pelbagai lagi yang perlu diambil kira. Jadi sebelum anda memilih mana-mana theme anda perlu mengetahui features serta fungsi yang ditawarkan oleh theme tersebut.
Bagi aku, theme yang baik ialah theme yang dapat menawarkan bukan sahaja susun atur yang kemas, navigasi yang baik dan yang paling penting mempunyai code html yang bersih dan teratur. Secara ringkas code-code theme tersebut dengan mudah ditafsir oleh enjin carian. Theme yang cantik sahaja tidak memadai.
Plugin – Terdapat pelbagai plugin untuk SEO yang dibangunkan oleh komuniti WordPress (WordPress memang sexy) untuk kegunaan blogger. Mana plugin yang sesuai untuk anda dan cara penggunaanya mungkin berlainan bagi setiap blogger. Secara peribadi aku menggunakan WP SEO dari Yoast dan juga SEOPressor untuk fungsi SEO blog ini dan blog lain. Selagi plugin ini tiada konflik dengan theme dan plugin lain maka aku akan terus menggunakan kedua plugin tersebut.
Bagi aku, Plugin SEO yang baik adalah plugin yang dapat membantu anda memberi gambaran jelas mengenai SEO sebelum anda menekan butang publish. Disini anda boleh melakukan pengubahsuaian untuk memantapkan SEO blog anda. Berfungsi dengan baik untuk SEO-optimasi keywords, meta, sitemaps dan sebagainya.
Kaitan Theme dengan SEO
Pengguna Thesis, Genesis dan WooThemes tentu arif tentang hal ini. Ini kerana ketiga theme yang aku sebutkan diatas mempunyai fungsi SEO build-in. Secara asasnya, setelah anda memasang theme tersebut anda boleh sahaja menulis dan mengguna pakai fungsi SEO theme tersebut(sekiranya anda tidak memasang mana-mana plugin SEO). Difikirkan ianya memang baik, ini kerana anda sudah mengurangkan penggunaan plugin untuk blog aku.
Namun, pernah tidak anda terfikir apa akan terjadi sekiranya anda menukar theme. Tentu kelam kabut jadinya. Apa akan jadi dengan artikel anda yang sebelum ini anda telah optimasikan dengan teknik SEO dari ebook yang anda pelajari. Tentu sukar bukan untuk anda mengetahui apa yang bakal berlaku kepada artikel-artikel anda. Berkemungkinan dari segi SEO anda akan mengalami masalah, terutama sekiranya artikel mempunyai ranking yang cukup baik dalam enjin carian.
SEO plugin
Sebenarnya ada alasan mengapa Theme dan Plugin diwujudkan sebagai dua entiti yang berbeza untuk pengguna WordPress. Mengapa anda perlu kepada plugin untuk menjalankan tugas SEO blog anda. Jawapannya mudah, anda perlu pisahkan kandungan, design(theme) dan hal-hal yang berkaitan dengan SEO. Jadi disini perlunya plugin SEO. Tidak kira apa theme yang anda guna sekalipun, SEO blog anda masih lagi dapat dioptimumkan.
Theme vs Plugin – Kandungan Blog Kunci Utama
Akhir kata sebagai rumusan, walau apa pun theme yang anda guna, anda masih lagi perlu untuk memasang plugin SEO. Biar theme menjadi rumah kepada blog anda dari segi design, banner, navigasi dan sebagainya. Namun untuk tugas SEO, biar plugin yang menjadi tulang belakang blog anda.
SEO merupakan tugas yang amat besar yang aku rasa tidak mampu dilaksanakan oleh mana-mana theme atau plugin secara berasingan. Terbaik anda mengoptimumkan penggunaan kedua entiti ini untuk kebaikan blog. Secara mudah, biar kedua-duanya memainkan peranan masing-masing.
Namun, anda perlu balik kepada nilai asas sesebuah blog yang baik – di sini walau apa jenis theme atau plugin yang anda gunakan, ianya tidak akan mempunyai nilai sekiranya blog anda tidak mempunyai kandungan yang baik. Pengukur yang baik untuk SEO adalah kandungan blog anda, kandungan yang baik dengan senang sahaja boleh dioptimasikan untuk SEO blog anda.
SEO Blog – Theme atau Plugin
Anda ada pendapat untuk dikongsikan, boleh kongsikan di sini – ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda. Ini merupakan pandangan peribadi aku tentang SEO Blog – Theme atau Plugin Keutamaan Anda.
Latest posts by neu (see all)
- Bina Blog Itu Mudah, Tetapi….. - May 24, 2013
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
http://seopressor.com/trial/index.html
kena beli eh? bro beli dari mne? berminat jugak untuk pakai nanti bila ada masa…
dri segi theme, mgkin barangkali lah themes premium ada fungsi SEO built in. namun dari dlu smpai skang, sy tak pernah menitik beratkan ttg SEO. nanti lah kot ^.^
saya aktif berforum dkt worriorforum – kat sana mamat developer nih release & promote dia punya plugin. saya dapat dari situ…buat masa skg seopressor boleh dikatakan baik jg fungsi dia.
ko add aku kat wariorforum weh..
Anyway – Themes | Set up themes Onpage | Offpage | Keyword style Onpage| Link building | and etc sume tu penting dan dalam rangkuman teknik seo
shah Blogger recently posted..Top 10 Di Google
aku dah lama xjenguk WF ni bro
bagi saya dua-dua penting. theme sedap sikit nak memandang nak baca pun tak serabut, plugin SEO plak penting untuk tarik traffik. tapi lagi penting, loading blog, sebabtak ramai yang suka tunggu lama-lama.
mengenai loading blog eiela bole cek site loading guna Google PageSpeed atau ySlow. Kalau cek pagai pagespeed, dia akan beri summary unt optimasikan lg pagespeed blog. boleh saja ikut tutorial yg ada dkt situ
bagi saya, plugin lebih baik dari theme sebab plugin dia memudahkan kita mengisi keyword yang baik bagi SEO
sebaiknya gunakan mana yang anda rasakan perlu…tak pernah pula saya mencuba kedua-duanya sekali
kalau saya tidak silap theme genesis akan deactivate fungsi seo theme tersebut sekiranya blog tersebut memasang plugin seo
ya betul.
kalau dah ada plugin seo, genesis akan hide setting utk seo.
sebabnya, nak prevent dari conflict.
dua setting seo (built in dan plugin) takleh bekerja dalam satu masa, kalau tak conflict
Affan recently posted..Giveaway Mudah Sempena Ramadhan
yup genesis akan hide SEO features sekiranya anda menggunakan SEO plugin
Twitter: Bard87
macam mana pula dengan thesis ye?
Puan Bardboo recently posted..Kerana Aku Seorang Ibu
kalau boleh, kedua-duanya sekali.
kalau itu yg dirasakan perlu
saya pakai wordpress seo plugin daripada yoast..alhamdulillah,kesan dia ada.banyak dpt organic traffic dari google setiap hari.walaupun tak banyak tapi adalah..walaupun theme sekarang seo optimised tapi rasanya seo plugin lagi berkesan sebab kita boleh setting untuk setiap post.kalau theme,hanya untuk homepage & site description
yoast terbaik bg aku – ada sesiapa disini memasang all in one seo
aku pun pakai yoast jugak.dulu masa WP 2.0 aku pakai all in one seo.sekarang tengok macam yoast lebih baik.tak gitu?
aku jg guna yoast & xpula aku menolak all in one SEO…ttp yoast mmg baik setakat ini
p/s TQ bro nanti aku cek pasal xleh reply komen tu
p/s: bro aku macam tak boleh nak reply komen orang lain. apsal ekk?
Twitter: azuanrazi
Semua main peranan… tp blog aku tak blh lah guna plugin SEO Pressor tu.. load jd tinggi.. rugi betul.. dengan kata ada satu lag premium plugin yg agak bagus dr SEOPressor, iaitu Easy WordPress SEO.
Kalau plugin SEO ni, Yoast mmg terbaik lah, sebab semua lengkap, byk function. Kalau yg basic, Platinum SEO atau All in one Seo.
Emm, apa nickname bro kat Warriorforum?
untuk blog ni seopressor ok jer, pagespeed blog saya 92/100, mungkin disbbkan plugin yg saya guna tak byk.
p/s – nick kat warriorforum, bro nak antar PM ker hahaha
Twitter: azuanrazi
Aku punya dlm 20 plugin kot.. hehe..
Saje nak tahu nickname, mana tau ada pape nnti.. hehe..
so, apa nickname?
erkk, tak blh nak reply komen la..
hehe..pasni kita discuss fasal warriorforum – bagus forum ni
sekarang saya ada 30 plugin di install. hahaha
Kalau Theme yang terlalu asas terpaksa guna plugin. Kalau ada duit teringin guna Premium Theme Thesis yang boleh kustom kurang pengunaan plugin
Kenapa tidak boleh reply comment?
Saya guna All in SEO pack tapi Yoast adalah yang terbaik setakat ini kerana apa kekurangan pada All in SEO telah dibaiki dan ditambah pada Yoast
skg dah boleh komen bro, dah jumpa punca kenapa tak boleh komen
saya pakai plugin wp seo tag , wp title tag , dan tak de plugin seo lain.. tak pe kot.. sbb ? tk pandai pakai plugin seo ni rumit ..
xper blog PB dah bagus tu, pelawat dan pembaca dah ada..
kali saya saya pilih plugin dr themes..cth ek : plugin umpama enjin dan themes hanya body kereta…jika nak menang dalam race so kita akan settig enjin)plugin) dulu berbanding body(themes).
Twitter: azuanrazi
Plugin kalau sentiasa update baru best.. sbb mcm mudah bocor utk masuk malware..
Aku pakai genesis, jadi tak pakai Plugins SEO.
Bukan susah, kalau nak bertukar theme, ada plugin khas utk pindahkan data2 SEO.
Plugin dari studiopress, SEO Data Transporter
Affan recently posted..Giveaway Mudah Sempena Ramadhan
untuk blogger yg sememangnya mampu melakukan pekara sedikit techie dan teknikal menggunakan plugin spt SEO Data Transporter mmg satu pekara yang tiada masalah. ttp kepada non teknikal blogger mmg menjadi satu permasalahan – jika dilihat dari sudut ini. ttp jika anda jenis blogger yg suka kepada try & error isu ini tidak akan timbul.
untuk pakai plugin SEO atau tidak terpulang kepada kemampuan & keperluan blogger tersebut
Kalaulah SEO boleh jadi rajanya tentulah thame boleh jadi permaisurinya…
Kalaulah aku boleh salah tulis “SEO”, maka korang bacalah dengan “plugin”
Neo. Mcm agak jauh dari jangkauan aku lak keyword “plug in” itu haha..
Anyway pada aku penting Plug in =senjata seo tu ( dalam Blogspot kena koding sendiri ).. Sebab themes apa sekali pun kita boleh adjust semua tu tambah2 satu fungsi n minimakan yg x patut ikut kriteria yg baik untuk crawler. Content 1st > Setup onpage 2nd > Off Page.
shah Blogger recently posted..Algoritma Google Terbaru Update ?
Kedua-duanya penting bagi aku bro. thx for this informative artikel.
Yus recently posted..Download Premium Elegant Theme Secara Percuma Part 1
Twitter: hatiputera
aku pakai all in seo pack.nak pakai seo processor belum mampu lagi.
hatiputera recently posted..Cabaran Seo Eyriqazz vs Denaihati
AIA antara yg palin lama lah bro, takda masalah nak pakai. bole cuba yoast tgk. rasanya yoast dah terbaik. plugin lain unt SEO dah tak perlu letak kalau pakai yoast. saya pun dah buang easy wp seo. berat blog plugin tu
Twitter: tokputih
menjenguk semula kitab2 lama kat sini
auc recently posted..Selangor vs Xuan Thanh Sai Gon | AFC Cup 2013