
Kepelbagaian Teknik SEO Blog
Teknik SEO Blog atau Bagaimana Melaksanakan SEO merupakan antara topik yang seringkali dibincangkan. Jika bercakap mengenai Search Engine Optimization, SEO atau SERP dan apa yang berkaitan dengan topik tersebut, maka anda akan temui pelbagai tips.
Baca juga: Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia
Pelbagai teknik dan tips yang mempunyai penceritaan yang hampir sama akan dibincangkan, namun anda sedari atau tidak teknik dan tips tersebut hanya dibezakan dengan cara penyampaian.
Anda baca mengenai tips SEO, namun adakah anda melaksanakan tips tersebut? Pernah atau tidak anda melaksanakan teknik SEO blog tersebut untuk blog anda? atau anda mengatakan anda tidak main SEO…..
Jika anda lakukan proses SEO – Bagaimana anda lakukan? Adakah sama seperti apa yang disampaikan di bawah.
Artikel di bawah saya cuba huraikan secara ringkas mengenai teknik SEO blog dan bagaimana melaksanakan proses SEO tersebut dalam penulisan artikel anda. Setidaknya apa yang disampaikan merupakan asas yang perlu anda ketahui serba sedikit oleh anda sebagai seorang blogger.
Gambar Sebagai Penyeri, Penulisan Itu Yang Penting
Ada pepatah mengatakan “sekeping gambar mengambarkan sejuta perkataan”. Pepatah yang mempunyai kebenaran, namun adakah ia membawa makna yang serupa dalam proses SEO blog anda.
Jawapannya mungkin tidak, sebaliknya untuk melaksanakan proses dan teknik SEO blog secara lebih efektif anda maka anda perlu melakukan lebih dari hanya menghasilkan artikel yang diselitkan gambar menarik sahaja. Penulisan dan tiap patah perkataan yang anda gunakan memainkan peranan penting dalam SEO blog anda.
Penulisan SEO blog yang baik merupakan penulisan yang dihasilkan bukan sahaja untuk pembaca, namun lebih dari itu ianya dioptimasikan juga untuk kepentingan enjin carian. Optimasi keywords yang berkaitan serta keywords density yang digunakan secara tidak langsung memberi kesan dalam proses SEO blog. Bagaimana caranya, terbaik anda….
Gunakan target kewords dengan sebaiknya, sebagai contoh anda ingin optimasikan artikel atau entri anda dengan kata carian “Malaysia SEO Services“. Apa yang anda boleh lakukan cuba untuk bermain dengan kata kunci tersebut sama ada melalui pengulangan keywords tersebut. Menggunakan fungsi headings dengan menyelitkan keywords tersebut, bold dan italic juga boleh digunakan untuk memberi penekanan terhadap kepentingan kata kunci tersebut.
Teknik SEO Blog – Jangan Gunakan Secara Berlebihan!!!
Namun elakkan dari terlebih guna sesuatu keywords dalam penghasilan artikel anda. Sebaiknya kekalkan keywords density antara 3% – 5%. Lebih dari itu, blog anda boleh di anggap sebagai spammer – atas alasan penggunaan keywords yang berlebihan.
Penggunaan Gambar
Sesuaikan artikel anda dengan penggunaan gambar yang baik dan cantik. Sesuatu yang perlu untuk menarik perhatian pelawat dan pembaca anda. Anda boleh masukkan gambar yang menarik di permulaan artikel, di bahagian tengah dan bahagian lain bersesuaian dengan artikel anda.
Jika gambar yang anda masukkan dalam tiap artikel merupakan penyeri, cuba anda berikan nilai SEO kepada gambar tersebut melalui penggunaan alt text yang baik. Mungkin selitkan keywords sebagai alt text adalah salah satu cara untuk meningkatkan visibility blog anda dalam enjin carian.
Masih tercari-cari imej serta gambar yang sesuai – anda boleh mencuba Flickr, tentukan kesesuaian gambar tersebut dan bagaimana menggunakan gambar dari Flickr perlu di ketahui oleh anda.
Kandungan Berkualiti
Umum mengatakan content is king dan kenyataan tersebut mempunyai kebenarannya. Populariti blog anda juga bergantung kepada kandungan yang anda hasilkan. Apa yang anda sajikan untuk pembaca dan pelawat perlu mengambil kira pelbagai aspek – kandungan yang berkualiti merupakan suatu perkara yang perlu.
Buat pembaca menginggati penulisan anda melalui penghasilan artikel yang baik. Beri juga nilai dalam penulisan tersebut, mungkin apa yang anda lakukan sekarang tidak dihargai, namun pada masa hadapan mungkin apa yang anda huraikan mempunyai kepentingan tersendiri dalam dunia penulisan blog.
Ianya akan lebih bermakna jika anda selitkan sedikit teknik SEO dalam penghasilan kandungan tersebut. Cuba optimasikan keywords tetentu untuk menambah nilai SEO untuk kepentingan enjin carian.
Fungsi Headings (gunakan H1, H2, H3 dengan sebaiknya)
Kadang kala, sesebuah artikel memerlukan anda untuk menghurai sesuatu perkara dengan lebih teliti. Ini boleh menyebabkan anda menghasilkan artikel yang sedikit panjang. Di sini anda boleh mencuba untuk menggunakan headings untuk menerangkan apa yang ingin anda huraikan dalam artikel anda. Penggunaan heading yang baik boleh memberi penerangan kepada pembaca tentang apa yang hendak anda sampaikan dalam artikel tersebut.
Namun disebalik itu, penggunaan headings yang baik mempunyai kepentingan dalam SEO blog anda. Ia membawa pemberat tertentu. Tipnya cuba anda selitkan keywords yang anda ingin optimasikan sebagai headings artikel anda. Salah satu teknik SEO blog yang mudah namun mempunyai kepentingan dalam proses SEO anda.
Masih kurang yakin dengan apa yang dihuraikan cuba anda baca pengenalan kepada tag heading, salah satu tips SEO blog yang amat baik di baca oleh rakan blogger semua.
Peluang Untuk Link In dan Internal Link
Link In, Deep Linking atau Internal Link semuanya mempunyai maksud yang hampir sama. Iaitu anda perlu link atau menghubungkaitkan artikel-artikel lama yang pernah anda hasilkan dalam setiap artikel baru yang akan anda hasilkan sekiranya berpeluang melakukannya. Cuba anda lihat apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi arkitek link yang baik.
Mengapa Internal Link:
- Salah satu dari teknik SEO blog yang perlu diguna pakai.
- Kepentingan SEO blog anda
- Anda boleh kawal Keywords yang anda ingin gunakan
- Rendahkan Bounce Rate blog anda
- Jadikan Archives anda khazanah bacaan baru
Teknik SEO Blog – Satu Subjek Yang Amat Luas
Untuk melaksanakan proses SEO yang baik melibatkan banyak perkara, lebih-lebih lagi ianya melibatkan pelbagai teknik – set teknik SEO blog yang perlu dipraktikkan secara trial dan error.
Teori boleh dibaca namun keberkesanan perlaksanaannya perlu dilakukan secara trial dan error. Apa yang disebutkan dalam artikel ini merupakan set teknik tersebut dan hanya sebahagian dari cara melaksanakan SEO.
Keberkesanan juga bergantung kepada pelbagai faktor, namun jika anda melakukan set teknik yang terdapat dalam artikel ini tidak mustahil anda juga akan berjaya dalam proses SEO blog anda sendiri.
Akhir kata, SEO merupakan topik yang amat luas, satu subjek yang lebih kepada eksperimen bukan teori semata-mata. Lebih kepada proses pembelajaran berterusan ini kerana SEO merupakan sesuatu yang berubah-ubah.

Teknik SEO Blog Lelaki Kacak
Untuk cabaran SEO lelaki kacak saya kurang melaksanakan backlinks menggunakan tool serta software yang saya miliki atas beberapa sebab tetentu. Antaranya ialah:
- Google semakin bijak memerangkap blog yang melaksanakan backlinks dalam skala besar.
- Anda mungkin tidak mahu dikenakan penalti oleh Google.
- Tidak ingin mengorbankan nilai blog ini yang mempunyai niche spesifik.
Bagaimana Melaksanakan SEO Secara Betul | Apa Kata Anda
Bagi saya, setiap apa yang anda ingin pratikkan perlu anda sesuaikan dengan cara anda. Ini kerana anda yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin saya telah kongsikan sesuatu menerusi penulisan ini, anda ingin menambah sesuatu, buat diruangan komen – mungkin kita boleh berkongsi sesuatu untuk manfaat bersama.
Ada point atau isi yang saya tertinggal? Bahagian mana? Sekiranya anda ada pendapat hendak dikongsikan, anda boleh berbuat diruang komen di bawah. Teknik SEO Blog – Bagaimana Melaksanakan SEO kongsi sedikit tips anda.
Latest posts by neu (see all)
- Pengiklanan Blog: Tanda Harga Pengiklanan Blog Anda - May 17, 2013
- 3000 Klik, 52 Pendaftaran, RM2000+ Komisyen - May 12, 2013
- Panjang Artikel Yang Ideal – Kepentingan atau Keperluan - May 10, 2013
Sentiasa diamalkan cuma persaingan untuk mendapatkan kedudukan tinggi didalam carian enjin adalah satu cabaran kerana ia bergantung kepada beberapa faktor.
untuk dpt 1st page google ada byk faktor diambil kira..tp xda masalah asal kita dah cuba yg terbaik untuk blog sndiri..
dah jenuh belajar….
hmmm… tapi still ramai yang merahsiakan teknik seo sebenar…
Biasalah tuh hendak dapat teknik SEO bukan mudah. Bila dapat teknik ada yang menjual perkhidmatan tetapi tidak teknik.
terbaik jwapan ni bro
hahaha memang ade pon…
tapi rasa macam pelik jugak la… hahaha
terima kasih untuk ilmu ini.sentiasa cuba untuk menggunakan seo tapi masih belum berjaya.
nik recently posted..Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..
bole cuba yg asas – rasanya apa yg disebutkan dlm entri antara asas SEO…antara set teknik yg perlu ada
yes..ianya teknik..bukan permainan seperti yang selalu dihebahkan..:D
tah la reez – xkena rasanya kalau ckp SEO ni permainan
(dofollow)
neu recently posted..Teknik SEO Blog – Bagaimana Melaksanakan SEO Secara Betul
ramai yg kata main seo…ape yg mainnya tahle.
pemahaman xsama
Twitter: azuanrazi
atau mungkin PING di Facebook? atau PING utk dapat page depan Google?
Azuan recently posted..YanmieOnline – Boleh Bah Kalau Kau
term PING kat facebook mmg kena perbetul balik la rasanya…PING dgn SHARE rasanya byk beza..Buat satu artikel bro pasal ni
banyak lagi kena baiki nih..
ohcikgu recently posted..Video dan Lirik Lagu Gemuruh Suara – Team Malaysia Theme’s Song
blog cikgu dah ok rasanya
org lama ni
(dofollow)
neu recently posted..Teknik SEO Blog – Bagaimana Melaksanakan SEO Secara Betul
menarik..keyword tak pernah pulak aku praktik pengulangan keyword, thank atas perkongsian
syahrilhafiz recently posted..4 Sebab Mengapa ANDA Harus Miliki Samsung Galaxy Note
cuba try
(dofollow)
neu recently posted..Teknik SEO Blog – Bagaimana Melaksanakan SEO Secara Betul
serius, byk lagi yg aku perlu pelajari lg bab seo ni. maklumlah, algoritma enjin carian sentiasa berubah. yg paling penting optimakan seo pada blog, dan sentiasa ingatkan pada diri content is king. itulah yg sering dilupakan blogger sekarang ini.
Mohd Isa recently posted..SEO: Tutorial Menghantar Suapan RSS Blog ke Yahoo! Pipes
kandungan yang paling penting isa…
(dofollow)
neu recently posted..Senang Saja Menghasilkan Blog…Untuk Berjaya Dengan Blog Itu Susah…
itulah, bila ikut kandungan yang penting. nak update selalu memang makan masalah. sampai kadang-kadang mengarang dalam masa dua hari. idea banyak, nak kupas dalam kandungan yang berkualiti dan nak muatkan keyword density sampai boleh terlupa. jenuh nak repair balik. haha
Mohd Isa recently posted..Menulis Untuk Pembaca Atau Untuk Enjin Carian
Twitter: azuanrazi
Akhirnya artikel yg ditunggu2 di publish juga.. input yg menarik dr seorang yg berpengalaman.. Apa2 pun mesti bermula dgn yg asas. Hasil yg berikutnya ialah dari teknik yg dilakukan.
Azuan recently posted..YanmieOnline – Boleh Bah Kalau Kau
Betul bro… apa pun mende ni kena minat . kena tang yg cakap “Aku penat main SEO” kompom dah bosan ataupun asyik kurang memberangsangkan n lebih pada mengejar trafik sblm usaha lg fokus
.. Antara point2 dia atas banyak aku pakai dari lainnya
. Nice sharing dude
shah blogger recently posted..Heading Tags SEO
terima kasih bro – artikel ni sj aku hasilkan untuk cuba target keywords teknik SEO blog..boleh rank ke tak
(dofollow)
neo recently posted..Teknik SEO Blog – Bagaimana Melaksanakan SEO Secara Betul
Kita buat apa yang betul dan biarkan search engine nilai blog kita…jgn cepat putus asa bab SEO ni
Shahrul recently posted..Pastikan Akaun Facebook Anda Selamat
yup yang penting kita buat & praktikkan sbb SEO ni menda yang luas – kalau setakat baca & tidak amalkan tips-tips yg dibaca mmg tidak ada hasil jg..
nak kata cara yang betul tu. susah.Yang penting sekali, kita cuba dan buat. Jangan tengok result orang lain aje..
bro titan ni apa yang aku buat dan ada hasilnya…tak akan bercakap jika aku tak buat sbb aku tahu ada ramai lg kat luar sana yg baik dari aku
mungkin ko ada sesuautu yg nak dikongsikan – silakan bro
masih baru lagi dalam seo ni banyak kena belajar, ape pun artikel ni sangat membantu.
kekadang aku rasa bila semua orang menggunakan kaedah yang betul dengan SEO ni,yang tinggal hanya nasib dan rezeki untuk SERP je
yup betul sbb ada byk lg faktor lain yg mempengaruhi ranking serp
Terus terang, masih bermain dgn seo tapi dlm kapasiti yg sederhana , takut hilang feeling ke atas blog sendiri. Biasanya bukan keyword hangat di pasaran tetapi isu remeh temeh yang org lain tak sentuh. biasanya keyword tu akan evergreen sepanjang masa. tradik agak stabil.
Kujie recently posted..Pupuklah Rasa Hormat
Twitter: Amirez
nice tips. kadang2 ikut tips ni kadang2 tak hiraukan langsung lagi2 bila nak cepat hehe
Amirez recently posted..Gambar Gerhana Bulan 10 Disember 2011
TQ bro amirez…buat apa yg termampu ja dah cukup, tp kalau betul2 nak buat SEO, tu antara stepnya
saya sekarang ni walaupun dalam contest cabaran seo, masih kurang bermain seo. nanti kalau saya main seo ja, lepas tu trafik tak naik2 dari search engine. itu yang buat hilang mood nak blogging. jadi saya buat apa yang termampu.
unt cabaran seo lelaki kacak ni saya dah slow buat backlinks bro – takut kena penalti plak sbb site yg saya buat servis dah kena penalti semua premium keywords yg rank 1st-3rd page dah kena
keyword density utk antara 3% – 5% ke.. baru tau.
keywords density begantung kpd berapa patah perkataan artikel kita tu..
komen bro masuk spam sbb link ke post
Aduhh.. adam lemah lagi laa pasal SEO ni….
Sedang cuba mempelajari teknik SEO ni sedikit demi sedikit.. insyaallah akan dipraktikan untuk contest cabaran SEO yang sedang disertai
Sangat lengkap ni ulasannya, moga aja aku bisa juga menerapkan ilmu seo ini dengan baik
terima kasih mas bro atas sharingnya dan salam kenal dari blogger Indonesia
Ramzi recently posted..Cara Membuat / Memasang Rating Bintang Rich Snippet Google di Blogger
Twitter: duniamaklumat
SEO ini amat sukar dan memenatkan.. tapi bila dah berjaya kita dapat lihat hasilnya..
HafizAmri recently posted..Tanda-tanda Kanser Payudara