Tip-Tip Usahawan Kecil: 5 Tip Usahawan Kecil dan Perniagaan Yang Perlu Anda Cuba

Usahawan Kecil

Usahawan Kecil

Tip-Tip Usahawan Kecil: 5 Tips Keusahawan Kecil dan Perniagaan

Tip-tip usahawan atau tip perniagaan merupakan antara topik perbincangan menarik apabila kita bercakap mengenai bidang keusahawan di Malaysia. Persoalan sama ada anda seorang peniaga, seorang usahawan berjaya atau seorang yang baru hendak memulakan perniagaan tidak timbul dalam bidang keusahawan di Malaysia. Ini kerana terdapat pelbagai tip-tip usahawan yang boleh anda ikuti untuk mengembangkan perniagaan anda.

Tambahan pula kerajaan amat menggalakkan bidang keusahawan di Malaysia dengan pelbagai galakan perniagaan. Jadi, untuk mencari tip-tip usahawan yang sesuai untuk dipratikkan dan disesuaikan dengan model perniagaan anda adalah tidak begitu sukar.

Usaha kerajaan merangsangkan ekonomi dengan pelan rangsangan belanjawan adil yang disokong oleh penggunaan swasta yang aktif dan pulangan pelaburan domestik telah memberikan satu tinjauan positif bahawa ekonomi kini sememangnya penuh dengan prospek untuk usahawan kecil berkembang.

Jika anda mengatakan bahawa sukar untuk mencari tip-tip keusahawan kecil, tiada tip-tip usahawan kecil yang sesuai dengan model perniagaan anda, mungkin artikel ringkas mengenai tip-tip keusahawan di bawah sesuai untuk anda.

Apa yang cuba saya kongsikan mengenai tip keusahawan kecil di bawah adalah berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang “peniaga” dan juga berdasarkan pembaca saya.

Usahawan Kecil Perlu Lakukan Post Mortem Perniagaan

Sebagai seorang pengusaha perniagaan dan usahawan kecil anda perlu melakukan post-mortem dalam perniagaan anda. Post-mortem yang dimaksudkan ialah dengan meneliti bagaimana perniagaan anda berjalan dalam tahun-tahun berikutnya dan bandingkan dengan pencapaian semasa perniagaan anda.

“Bedah siasat” perniagaan boleh dilakukan dengan menanyakan beberapa set soalan mudah seperti berikut: Berjayakah peniagaan kecil anda dalam tahun tersebut? Berapa keuntungan yang perniagaan kecil anda jana dalam tahun berikut? Apa masalah atau halangan yang menghalang perniagaan kecil anda berkembang?

Jawapan yang anda perolehi kepada soalan-soalan tersebut adalah hasil yang amat penting sekali dalam post mortem perniagaan yang anda lakukan. Ini kerana jawapan tersebut merupakan refleksi kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan anda. Berdasarkan jawapan yang anda perolehi dari persoalan tersebut juga boleh digunakan sebagai kunci utama untuk membina perniagaan yang baik di masa hadapan.

Tip-tip usahawan kecil

Pentingnya Melihat Dari Atas ke Bawah

Sebagai seorang “ketua”, anda sebagai seorang usahawan kecil perlu cekap dan bijak dalam mengenalpasti masalah yang timbul dalam perniagaan anda. Sekiranya post-mortem perniagaan telah dilakukan, maka pada satu masa anda perlu melihat bagaimana organisasi perniagaan anda ditadbir.

Untuk menjadi seorang usahawan kecil berjaya anda perlu melihat organisasi perniagaan anda dalam skop yang lebih khusus. Jika perniagaan anda bergerak dalam satu sistem (atas ke bawah) yang terdiri dari struktur organisasi yang terdiri dari perkerja dan lapisan pengurusan yang pelbagai maka tiba masanya melihat kecekapan pekerja anda, apakah tahap pengurusan pekerja bawahan anda? dan bagaimana struktur kecil ini membantu menyokong perniagaan anda sebagai seorang usahawan kecil.

Nota Tip-Tip Usahawan Kecil: Perhatikan dan kenalpasti bahagian mana yang tidak bergerak dan berfungsi dengan baik dalam perniagaan anda. Apabila sudah dikenalpasti, ambil langkah tertentu untuk memperbaikinya agar perniagaan anda berfungsi dengan lebih baik.

Sebagai seorang usahawan kecil, anda perlu tahu bahawa jatuh bangun perniagaan anda bergantung kepada pekerja bawahan anda dan bagaimana sistem perniagaan anda bergerak. Sebagai seorang “ketua” apabila anda melihat dari atas ke bawah dengan lebih teliti maka anda akan dapat mengenalpasti masalah yang menghalang perniagaan anda dari berkembang.

Dapatkan Pandangan Pihak Ketiga

Tip usahawan kecil yang ketiga berkait rapat dengan kesediaan anda untuk menerima pendapat, kritikan dan nasihat. Berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan, usahawan kecil yang berjaya adalah usahawan yang berkesediaan untuk menerima pendapat dan segala pendapat digunakan sebagai input positif untuk memperbaiki perniagaan mereka.

Bill McBean, pengarang buku Facts of Business Life: What Every Successful Business Owner Knows That You Don’t menyatakan bahawa seorang peniaga merupakan pakar dalam bidang tetentu sahaja, beliau berpendapat menjadi pakar dalam satu bidang hanya akan menyempitkan pandangan usahawan kecil tersebut dalam membuat keputusan dan merencanakan perniagaan.

Jadi beliau berpendapat adalah lebih baik untuk mendapatkan pandangan pihak ketiga sama ada peguam, akauntan atau pandangan dari isteri yang tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut. Ini kerana pendapat dari pihak ketiga adalah lebih meluas dan perspektif pandangan mereka lebih baik dari usahawan kecil itu sendiri.

Nota Tip-Tip Usahawan Kecil: Sebagai usahawan dan perniaga anda perlu belajar untuk menerima kritikan, pendapat dan teguran untuk berjaya. Ketepikan soal ego, ini kerana adalah lebih baik untuk belajar menerima.

Usahawan Kecil Perlu Cipta Jenama dan Imej Perniagaan Sendiri

Tahukah anda bahawa Jenama dan Imej perniagaan merupakan dua elemen terpenting dalam perniagaan. Tidak kira sama ada ianya perniagaan besar, perniagaan kecil atau anda yang baru hendak menjejakkan kaki dalam bidang keusahawanan. Jenama dan imej perniagaan merupakan perkara utama yang akan dipandang oleh pelanggan sedia ada atau pelanggan baru anda.

Tips Usahawan Kecil: Cuba bina jenama dan imej yang baik melalui interaksi anda dengan pelanggan anda. Cipta suasana hubungan positif antara perniagaan dan pelanggan adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh mana-mana usahawan kecil.

Sebagai contoh sekiranya anda ingin melakukan promosi tetentu, sebagai usahawan kecil yang baik anda boleh menghantar email, telefon dan jemputan kepada para pelanggan anda dengan memberitahu bahawa anda akan mengadakan promosi istimewa tersebut.

Dengan cara ini, pelanggan akan berasa lebih dekat dengan anda, lebih dekat dengan perniagaan anda dan promosi sebegini akan lebih melekat di minda pelanggan.

Tip-Tip Usahawan Kecil – Meniru Kejayaan Usahawan Kecil Lain

Ini merupakan tip-tip usahawan paling menarik yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Meniru kejayaan usahawan kecil lain di sini saya maksudkan dengan meniru apa yang dilakukan oleh individu terdahulu dan telah berjaya dengan cara tersebut. Namun pastikan peniruan yang anda lakukan kena dengan perniagaan anda. Elakkan dari meniru sesuatu yang anda sendiri tidak pasti sebagai usahawan kecil.

Dalam buku Think and Grow Rich, karya terulung Napoleon Hill menyatakan, kejayaan dan kekayaan yang diperoleh oleh tokoh-tokoh bisnes Amerika Syarikat kebanyakannya mempunyai ciri-ciri keperibadian yang sama.

Antaranya ciri keperibadian yang sama ini adalah meniru dan mengulangi kejayaan individu yang terdahulu. Dengan kata lain, kita mengulangi perkara yang dilakukan oleh individu yang pernah berjaya dalam bidang yang kita ceburi.

Teori psikologi menyatakan kelebihan manusia di dunia ini adalah kemampuan untuk meniru 100%, daripada reaksi dan gaya fikir orang lain.

Oleh itu, tidak menjadi satu masalah untuk anda meniru kejayaan individu lain untuk kebaikan perniagaan anda.

Usahawan Kecil Malaysia

Bakal Usahawan Kecil – Ini Kata Saya

Sebagai seorang usahawan tidak kira kecil atau besar anda tentu pernah membaca pelbagai tip-tip usahawan di luar sana. Namun untuk berjaya dengan apa jua tip-tip usahawan yang anda baca, anda perlu praktikkan tip usahawan tersebut dengan model perniagaan anda.

Kejayaan sebagai usahawan kecil tidak datang dengan sendirinya tanpa pengorbanan dari anda. Anda harus mendapatkan tip-tip usahawan yang betul untuk menjadi usahawan kecil atau besar yang berjaya.

Apa yang anda baca, cuba dan akhir sekali praktikkan perlu disesuaikan dengan cara anda, norma kehidupan anda, budaya dan pegangan hidup anda. Ini semua penting agar anda dapat membentuk diri sebagai usahawan kecil berjaya bukan sahaja di Malaysia malahan lebih dari itu anda mendapat keberkatan dalam perniagaan anda.

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>