Menulis

Tulis Apa Yang Anda SUKA

In Blog, Siri Penulisan Blog by zeo9 Comments

“Tulis apa yang anda suka” merupakan TIPS BLOGGING paling popular sikit masa dahulu. Ianya merupakan tips yang sering kali diberikan oleh blogger professional dalam atau luar negara.

Pada masa itu, baca sahaja tips tentang penulisan, maka, “tulis apa yang anda suka” merupakan salah satu tips yang akan diberikan.

Maka, mana-mana blogger yang baru hendak bermula akan mula menulis apa yang disukai. Hanya disebabkan “ramai” yang mengatakan demikian.

Namun, jika difikirkan kembali, apa yang saya suka belum tentu disukai oleh anda.

TIPS YANG SINONIM DENGAN DUNIA BLOG

Itu merupakan tips yang cukup sinonim dengan dunia blog dahulu. Bagaimana pula dengan masa sekarang, adakah tips “tulis apa yang anda suka” boleh lagi digunapakai. Adakah masih berkesan? atau, adakah masih releven dalam dunia blogging sekarang.

Sebenarnya, ada benarnya tips tersebut. Saya, anda dan kita mungkin bermula menulis dengan perkara yang kita suka, gemari dan tahu. Perkara tersebut pula ingin dikongsikan dengan rakan terdekat. Jadi bermulalah penulisan seorang blogger yang ingin menulis apa yang disukai.

DAHULUNYA ITU CARA MEMBINA PEMBACA

Lama kelamaan, kelompok pembaca dan pengemar yang mempunyai minat sama akan mula membaca apa yang kita kongsi. Akan mula berkongsi dan akan mula kembali untuk membaca apa yang bakal dikongsikan selepas itu.

MASIH BERKESAN ATAU TIDAK

Namun, dalam dunia blog sekarang yang begitu “sesak” mungkin menulis dan berkongsi apa yang disukai oleh kita mungkin lagi tidak mencukupi.

Blogger sekarang perlu melakukan lebih dari sekadar menulis apa yang disukai, tambahan pula, pembaca sudah pandai memilih.

Jika anda mahu buat duit dengan blog dan menjana pendapatan dengan blog, membina network atau mungkin anda mahu menjadi blogger terbaik, menulis apa yang disukai dan minati masih tidak mencukupi sekarang.

Mungkin sekiranya blogging merupakan antara kerjaya pilihan, mungkin anda perlu mula menulis apa yang pembaca suka dan pengiklan suka. Bukan sekadar menulis apa yang anda suka.

Kredit Gambar: Old Rusty Typewriter/ShutterStock

Daftar Percuma Sebagai Pembaca

[Blog & Affiliate]
Daftar Sebagai Pembaca Di Bawah & Terima Notifikasi Terus Ke Inbox Anda
DAFTAR
Zeo Unic

Comments

  1. Masih relevan bagi sesiapa yang menggemari membuat blog mereka sebagai blog peribadi atau lebih sinonim dengan “online diary”.. Saya juga pada mulanya begitu, setelah nampak akan fokusnya saya mula beralih sedikit demi sedikit..
    Irwan Alessa recently posted…Penutup Tirai 2013My Profile

    1. tak menjadi masalah unt menulis apa yg disukai. online diari, jurnal peribadi apa pun panggilan disebabkan ramai bermula dengan cara demikian. tapi perlu lakukan lebih dari itu jika mahu sesuatu dari blog.

      saya pun bermula dgn suka-suka asalnya.
      neu recently posted…Tulis Apa Yang Anda SUKAMy Profile

  2. Pingback: Blogging: Pencapaian Sepanjang 2013 dan Harapan Tahun 2014

Leave a Comment

CommentLuv badge